Monday, October 3, 2011

Aku nak duit bas

Sekarang nie UPM mengalami perubahan. Kalau dulu bas Suasana Edaran yang penuh dekat stesen bas kolej serumpun tapi sekarang semua dah berubah. Sekarang nie bas-bas UPM yang penuh dekat kolej serumpun. Dan dengan perubahan pasti ada kesannya kan. Kesannya, pelajar semakin tidak berpuas hati.Ok, aku nie bukannya jenis yang suka naik bas. Seingat aku la, last time aku naik bas dari bandar KB untuk balik rumah adalah pada tahun 2001. Zaman aku tingkatan 5. Bas ekspress aku slalu naik.Yang tue memang takleh nak nafikan la kan. Bas yang aku nak maksudkan disini adalah bas yang berhenti-henti atau bahasa 'urban nye' shuttle bas. Kat UTP memang takde bas la nak naik. Kat UTP memang aku menapak la kebanyakkannya. Lagipun kelas dan hostel tak jauh mana. Kalau jauh pun aku pinjam kereta dan moto member. Kat UDM pulak, seingat aku, aku hanya naik bas seminggu je. Itu pun seminggu selepas orientasi sebelum aku dapat WDJ. Selepas dapat WDJ memang tak naik-naik bas. Sebab 2 tahun aku kat UDM aku duk kat Tok Jembal. Nak pergi kelas dekat Gong Badak, memang la jauh kan. Tahun terakhir tue dah masuk duk dalam , jadi pergi kelas jalan kaki je.

Seingat aku lagi, bas yang selalu amek pelajar dari Tok Jembal ke Gong Badak memang sakit. Dah la ada satu bas je, pastu kadang-kadang bas kecik je yang datang, time dia pulak bukannya tepat.kadang-kadang tak tentu sejam sekali bas ada. Tak ke sakit macam tue? Berbeza dengan UPM nie. Nak kata aku tak naik bas langsung tue menipu la kan. Naik jugak bas. Masa tahun pertama memang acap kali jugak la naik bas. Sebab dalam sebulan pertama datang UPM mana bawak kereta lagi. Tapi lepas tue dah ada kereta macam liat sket nak naik bas. Oke, kenapa orang laki nie tak suka nak naik bas?
Pertamanya- bas penuh dengan pelajar perempuan je..setengah orang akan kata, eh best la bila bas penuh dengan orang perempuan. Mana tau tersangkut satu dua awek dalam bas. Masalahnya, ada ke pasangan yang jatuh cinta sebab selalu naik bas? kebarangkalian untuk jatuh cinta tue aku rasa tersangat rendah, aku rasa kebarangkalian untuk seseorang langgar lembu lebih tinggi daripada jatuh cinta dengan awek dalam bas nie.
Keduanya - pelajar lelaki nie selalunya bangun lewat. Yang nie memang lumrah la kan.Kalau kelas kul 8, kul 740 tue baru nak gi mandi . Kalau nak tunggu bas, bas pukul 750 tue dah gerak jadi memang selalu tak sempat la.
Ketiganya- bas selalu penuh.mana taknya, untuk 4 kolej yang ada kat kolej serumpun nie ditambah lagi dengan pelajar asing memang selalu penuh sesak la bas. Pulak tue kekerapan bas yang ada bukannya banyak. kadang-kadang untuk pukul 9 pagi ada satu atau dua bas je. Kadang-kadang nak naik bas tue macam bertarung nyawa. Pastu kena berdiri pulak, berhimpit-himpit dengan orang lain.Kalau orang yang kita berhimpit tue ala-ala maya karin atau lisa surihani , 'selesa' la jugak mata dan badan kan tapi kalau yang kita himpit tue lelaki hitam, gemuk, pastu time tengah hari , berpeluh-peluh boleh pulak dia pikul beg macam nak pergi daki gunung kat belakang, dengan bau yang kalah stokin aku main badminton, mau tak mati duk dalam bas tue?

Ok, selesai bab tue. Berbalik kepada yang asal tadi. Perubahan bas kat kolej serumpun nie memang menyeksakan. Aku tengok tiap-tiap hari memang berebut orang nak naik bas. Bas UPM nie kebanyakanya buruk berbanding bas suasana edaran tue. Pastue kapasiti dia memang la lagi rendah berbanding bas lama.Memang lewat aje aku tengok pelajar perempuan masuk kelas.Aku yang dah bangun lewat nie boleh dikategorikan sebagai awal masuk kelas.Semester nie aku tak naik lagi bas ke kelas. Kadang-kadang aku terpikir aku patut pergi mintak yuran bas yang aku bayar tiap-tiap sem kat UPM. Dah jadi macam sedekah je kat UPM. Kalau ikhlas tak mengapa kan, tapi masalahnya aku sendiri memang tak ikhlas nak bagi kat UPM, UPM nie dah banyak kaut duit aku, kemudahan yang dibagi tak setimpal seperti yang diharapkan. Siapa tau nama VC baru UPM? esok aku nak gi mintak duit bas.

2 comments:

  1. even terlambat comment, setuju betul..
    lagi2 utk student yg bawak motor or kereta sendiri, patutnya xpayah kot upm tolak yuran kenderaan,,hi3

    ReplyDelete

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share