Friday, October 7, 2011

Bajet 2012


Seperti yang semua sedia maklum.Petang ini PM kita sudah mengumumkan pembentangan bajet 2012. Ada banyak berita baik dan tak kurang juga ada yang mengatakan bajet kali nie mungkin sekadar bersifat sementara, 'one off'. Antara berita baik yang boleh diambil daripada bajet 2012 ini adalah pemberian bonus separuh bulan kepada kakitangan awam yang akan diberikan pada bulan 12 ini. sektor pendidikan juga mendapat banyak manfaat kerana yuran persekolahan dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun depan. Kemudian pemberian 100 kepada semua pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5. Bagi pelajar IPTA dan IPTS pula, hanya yang berwarganegara Malaysia pemberian baucar 200 akan diberikan untuk pembelian buku teks. Kepada para pendidik pula, skim baru akan dilancarkan untuk membolehkan para guru menikmati kenaikan gaji yang lebih fleksibel serta kemudahan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Dalam satu sudut, kita dapat lihat kerajaan prihatin kepada rakyat dalam pembentangan bajet kali nie. tapi jangan kita lupa, disebalik berita baik ini, golongan penjual pasti akan mengambil kesempatan. Aku yakin, tak lama lagi harga barangan akan naik.Alasan yang akan diberikan oleh penjual pastikan disebabkan bajet.Dan jika bajet ini betul-betul berjaya seperti yang dirancangkan, pasti ramai graduan akan memilih kerjaya sebagai pendidik selepas ini.Tapi yang kurang enak didengar adalah kerajaan akan melanjutkan had umur persaraan daripada 58 ke 60 tahun.. Memang kerajaan mengatakan rancangan ini tidak akan memberi kesan kepada graduan baru tetapi sebenarnya, langkah tersebut tersangat-sangat memberi kesan kepada graduan baru untuk memasuki bidang perkhidmatan awam. Bayangkan dengan lanjutan 2 tahun kepada tempoh persaraan tersebut akan memberi impak yang besar kepada lambakan graduan yang baru tamat pengajian.Dengan lambakan tersebut, pastinya saingan yang sangat kuat di kalangan para graduan seterusnya akan memberikan kesan kepada kadar pengangguran dalam negara kita.

Ok, aku bukanlah seorang pakar ekonomi untuk membincangkan secara mendalam mengenai bajet 2012 ini tetapi aku sekadar memberi pandangan ke atas apa yang telah dibentangkan oleh PM dan apa yang akan memberi kesan secara langsung kepada diri aku. Tapi alangkah baik kalau bajet 2012 mengandungi hal-hal yang berkaitan biasiswa ataupun pengurangan pembayaran balik PTPTN kepada pelajar IPTA atau IPTS. Sama-sama kita nantikan analisis bajet 2012 esok hari daripada kaca mata media dan pakar-pakar ekonomi yang lebih arif dan tidak bersikap berat sebelah kepada mana-mana pihak politik.

p/s.Oh yee..Skuad Malaysia kalah teruk kepada Australian petang tadi dengan jaringan 5-0. Daripada perlawanan yang aku saksikan, Australia berpeluang menjaringkan lebih banyak gol.Memang taraf skuad bola sepak negara kita dengan finalist Piala Asia nie sangat jauh.Mahu dengar apa komen Datuk Rajagopal mengenai persembahan anak-anak buahnya nanti.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share