Saturday, October 29, 2011

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2011

Malam ini, dua pasukan, satu berlambang penyu, satu berlambang rusa, akan masuk padang di shah alam, merebut piala berprestij di dalam bola sepak malaysia. Terengganu dan Negeri Sembilan akan turut malam ini dengan pelbagai agenda dan reputasi yang perlu dipertahankan. Di atas kertas dan rekod pertemuan, kedua-dua pasukan ada kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Terengganu dengan barisan penyerang yang sudah berjaya menewaskan gergasi Kelantan dan Selangor. Negeri Sembilan dengan barisan pertahanan yang berpengalaman dan konsisten. Dua jurulatih yang sudah tidak asing lagi dalam arena bola sepak negara. Irfan Bakti yang memang sangat luas pengalaman dan pasti tidak mahu kecundang lagi. Azraai Khor yang sebelum ini sudah mengecapi kejayaan piala malaysia bersama Kedah. Kedua-dua pasukan mempunyai pemain bintang bertaraf negara.. Abdul Hadi Yahya sebagai penjaring terbanyak liga super. Aidil Zaquan Adha sebagai kapten pertahanan negara. Marzuki Yusof yang memang setia bersama Terengganu sejak dulu. Hairrudin Omar yang memang terbukti berbisa dengan memasuki final piala Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut..
Dan yang paling penting malam ini, adalah ribuan para penyokong kedua-dua pasukan. Ya, isu tiket belum lagi reda dan masih kedengaran. Dari kerusi atas sehingga kerusi paling bawah, semua orang sudah menyatakan pendapat masing-masing mengenai isu ini. Apa-apa pun, para penyokong dan peminat bola sepak kedua-dua pasukan ini harus diberi penghargaan yang sewajarnya. Malam ini tiada siapa yang akan kalah. Penyokong Terengganu sudah menang apabila melayakkan diri ke shah alam. Negeri Sembilan sudah menang apabila melayakkan diri sekali lagi ke pentas akhir.
Malam ini 22 pemain, 2 pasukan, 3 pengadil, 2 jurulatih, 60000++ penyokong, 1 bola, 1 FAM akan mencurahkan segala yang ada untuk satu malam yang penuh kegemilangan.

1 comment:

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share