Monday, November 14, 2011

Budaya mengharap selalunya akan tertiarap

Hari ini bermulanya SPM di seluruh negara kita. Para pelajar pastinya mengharapkan agar mereka dapat menjawab semua kertas soalan dengan baik seterusnya mengharapkan agar mereka dapat menempatkan diri dalam institusi pendidikan tinggi yang baik-baik. Para cikgu pula mengharapkan agar anak murid mereka dapat menjawab kertas soalan dengan baik dan segala apa yang telah mereka ajari dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Pihak sekolah mengharap pelajar dapat jawab soalan dengan baik, dapat keputusan yang baik, seterus menaikkan nama sekolah. Ibu bapa mengharap anak-anak dapat jawab dengan cemerlang, masuk universiti yang kelas-kelas, seterusnya membina langkah kerjaya yang bagus-bagus.
Kita, rakyat Malaysia nie memang tak boleh lagi dengan budaya mengharap. Budaya ini sebenarnya bagus. Harapan sebenarnya memberikan kekuatan. Tetapi kalau terlalu mengharap dan berharap, kadang-kadang kita akan tertiarap. Contoh terbaik dalam MLM.Semua inginkan kekayaan. Semua berharap agar dapat duit banyak-banyak. Sebab itu dalam banyak MLM, yang tukang cari mengharap agar ramai orang dapat masuk dan bagi duit. Tapi selalunya MLM yang tak ikut cara yang betul, ramai yang tertiarap apabila harapan yang mereka harapkan musnah sebabnya berharap semata-mata akan jadi sia-sia sahaja.
Contoh lain lagi pasukan bola sepak negara kita. Setiap kali pergi kejohanan, semua pihak akan berharap dan mengharap agar pasukan negara memberikan persembahan yang baik seterusnya menaikkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Seperti yang berlaku sebelum ini, bila lawan Singapura, semua peminat marah sebab Malaysia tidak dapat berikan kemenangan yang diharap-harapkan maka harapan peminat tue menjadi maki cela. Tapi apabila Malaysia menang lawan Thailand pula, harapan ditunaikan tetapi ramai yang menambah berharap kepada sesuatu yang lebih lagi. Selepas ini, apa-apa pun keputusan yang pasukan negara kita perolehi selain mendapat pingat emas akan menjadi satu kegagalan yang besar, gara-gara harapan yang terlalu besar untuk digalas. Ya, tidak salah untuk berharap tinggi. Orang kata, berharap tinggi, usaha kita akan jadi kuat jugak. Tetapi selalunya tidak sebegitu. Orang kita terlalu berharap dan mengharap.Akhirnya tertiarap
Kita berharap agar negara kita selalu stabil tapi hakikatnya kita banyak berpecah dalam setiap aspek politik dan kaum. tengok bahasa. Dulu orang angkat BM dengan harapan dapat satukan semua kaum. tapi lihat sekarang, Cina harap bahasa mereka jadi bahasa kedua di dunia selepas English, India harap bahasa mereka tak akan pupus macam sanskrit. Melayu sendiri harap semua pandai English agar tidak ketinggalan. Akhirnya BM tercicir disebabkan harapan masing-masing yang tidak disesuaikan.
Dalam hubungan memang harapan paling besar main peranan. yang bujang berharap agar dapat jumpa makwe. yang dah ber'couple' harap dapat kahwin atau bertunang. Yang bertunang harap dapat jumpa di jinjang pelamin. Yang dah kawin harap dapat anak. Yang dah dapat anak harap dapat anak lebih ramai. Yang dah ada bini satu harap dapat bini satu lagi atau lagi dan lagi. Harapan semua ini ada yang bagus, ada yang tidak. Semua kita berharap dapat jumpa seorang macam dalam buku atau filem. Semua kita mengharap agar seseoarang dalam buku atau filem menjumpai kita. Setiap orang berharap pasangan kita terima apa kita ada. Setiap orang mengharap agar kita dapat terima apa jua yang pasangan kita ada. Tetapi kadang kala kita tak sedar, terlalu mengharap dan berharap akan buat kita tertiarap. Terlalu besar gunung kita harapkan, akhirnya ke dalam laut juga ia akan tumbang. Hanya kepada Allah kita boleh berharap dan mengharap. Dia yang Maha Kuasa tidak akan sia-siakan harapan kita. Semua benda seharusnya kita berharap kepada Nya. tetapi, harapan itu perlulah disertaikan dengan usaha. Pernah ada seseorang mengatakan, angan-angan menjadi harapan, harapan menjadi impian dan impian menjadi realiti.
Sebagai pengakhirannya, harapan walaupun sebesar zarah sekalipun, jika pandai dan bijak, boleh menjadi setinggi everest tetapi harapan walaupun secantik bulan, jika lalai dan gopoh, boleh menjadi sejauh bintang yang selamanya tidak akan kita dapat capai. Boleh berharap tetapi jangan mengharap.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share