Sunday, November 20, 2011

Perlawanan akhir Sukan Sea 2011

Malam esok, tuan rumah, Indonesia akan bertemu dengan jiran tetangga, musuh tradisi, Malaysia. Pastinya malam esok akan menjadi satu acara sukan yang paling mendapat liputan meluas dikalangan media Malaysia dan Indonesia. Malam esok, ribuan penyokong Indon akan bertumpu ke stadium dan mengharapkan pemain-pemain mereka dapat menembus luka kekalahan baru-baru ini dalam peringkat kumpulan.
Banyak benda yang membuatkan perlawanan malam esok akan menjadi satu perlawanan tumpuan.Satunya sebab perlawanan akhir bola sepak. Kalau pasukan yang menang sukan sea, selalunya pasukan tersebut akan menempa kejayaan yang lebih di masa akan datang. Macam Malaysia yang menang sukan sea pada 2009 seterusnya menang Suzuki Cup pada tahun lepas. Ya, rantau Asean kita nie bukan ada satu pasukan yang betul-betul kuat. Tetapi semua mengakui Sukan Sea adalah medan untuk mengukuhkan nama negara masing-masing. tambahan lagi, pemain-pemain yang bermain dalam sukan sea ini adalah pemain yang berumur bawah 23 tahun jadi mereka lah yang akan menjadi tonggak pasukan bola sepak negara pada masa akan datang.
Berbalik kepada pertemuan Indonesia dan Malaysia. Selain sejarah, seperti Melaka melawan Majapahit atau Tunku Abdul Rahman lawan Sukarno, banyak faktor lain yang menyebabkan setiap kali perlawanan antara Malaysia melawan Indon, pasti ramai yang akan mengambil tahu. Lihat saja berapa ramai amah-amah Indon Malaysia yang gajikan.Berapa ramai anak gadis Malaysia yang lari ke Lombok.Berapa ramai budak Malaysia yang belajar perubatan terutamanya di Indonesia. Pendek kata, pasti ada saje perkaitan yang membuatkan masing-masing negara mahu membuktikan bahawa negara masing-masing adalah terbaik.
Bagi aku, Malaysia tetap tempat tanah darah tumpah. Kalau aku kutuk sekalipun semua itu untuk kebaikan negara sendiri. Bagi Indonesia pula, aku langsung tiada kaitan malah nak kata tak suka tak jugak, nak kata suka mungkin ada beberapa aspek yang aku suka pasal Indon. Selain cewek-cewek Indon yang lawa-lawa,bagaimana Indonesia mendapatkan kemerdekaan mereka dan revolusi-revolusi yang telah terjadi disana amat menarik perhatian aku.Tetapi kadang-kadang aku pelik jugak, kenapa setiap kali Malaysia bertemu Indonesia, orang-orang di seberang sana yang lebih emosi melihatkan seolah-olah mereka teramat dengki dengan apa yang Malaysia ada. Orang Malaysia tidak pula berkelakuan sedemikian. Contoh terbaik kalau bas pemain malaysia nak masuk stadium, dikatakan setiap kali bas nak masuk mesti bas tersebut akan dirosakkan menyebabkan pemain-pemain Malaysia kena bawa masuk menggunakan kereta perisai. Ada perkara sedemikian berlaku di Kuala Lumpur? Nehi...Kalau betul Indonesia tue benci, dengki sangat-sangat dengan Malaysia, kenapa ambil Safee Sali? Kenapa hantar jugak amah-amah ke Malaysia? jawab-jawab. Aku memang tak paham. Mungkin sentimen bangsa tue sangat kuat dalam diri mereka. Apa yang terjadi antara Malaysia dan Indonesia tidak pula terjadi dengan negara-negara lain seperti Indonesia dengan Singapura contohnya, Malaysia dengan Singapura atau Thailand. Kalau diikutkan Malaysia dengan Singapura lebih kuat pertalian sejarah. Mungkin juga seteruan Malaysia vs Indonesia nie disebabkan 'ganyang Malaysia ' dulu.
Berbalik kita kepada bola sepak. Kalau dikaji dari segi permainan, Malaysia masih belum menyakinkan. Berbanding dengan Indonesia yang dilihat lebih pantas dari segi serangan. Jika tidak keterlaluan aku mengatakan bahawa kebanyakan kemenangan yang malaysia raih adalah disebabkan faktor 'luck'.tetapi faktor itu adalah yang terpenting dalam bola sepak. Buat apa main cantik, shot on target 30, kena palang gol, kena tiang gol tapi takde nasib bola tak masuk? baik main tak cantik, shot 1 tetapi satu shot tersebut terus masuk gol dan dapat kemenangan. Jadi, malam esok aku yakin dan percaya, Ong Kim Swee sudah ada percaturan taktikal yang tersendiri untuk misi mendapatkan pingat emas seterusnya meleburkan ego Indonesia dalam laman mereka sendiri. Semoga skuad Negara akan berjaya pada malam esok. Kita rakyat Malaysia sesama-sama lah memenuhkan kedai mamak menonton perlawanan pada malam esok dan jangan lupa ajak Indon kalau terjumpa dimana-mana tengok bola sekali.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share