Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah.Seluruh dunia Islam menyambut tahun baru hijrah dengan penuh kesyukuran dan penuh harapan. Melangkah ke tahun baru ini menandakan bermulanya pengembaraan yang baru bagi semua Muslim di seluruh dunia. Dan pengembaraan ini berpaksi kepada keredhaan kepada Allah swt.
Dalam kita melangkah ke tahun baru ini, pastinya kita tak lupakan peristiwa-peristiwa yang lepas yang berlaku pada tahun sebelum ini. Dunia arab ataupun timur tengah secara amnya diharapkan dapat mencari satu penyelesaian yang dapat mengembalikan keharmonian, keamanan yang seterusnya diharapkan dapat mengembalikan kuasa dunia arab. Libya masih bergolak..Syria, Jordan, Mesir masih lagi tidak stabil. Kuasa Iraq masih lagi terumbang ambing. Di Palestin nasib belum berubah. Iran masih lagi dicemburui kuasa-kuasa dunia. Arab Saudi dan jiran-jirannya masih lagi dilihat terlalu mengikut telunjuk Barat. Di sebelah Asia pula, Pakistan masih lagi dibawah pengaruh Amerika Syarikat. Afghanistan masih lagi memerlukan masa untuk membina identiti. Indonesia masih dibelenggu kekangan ekonomi. Malaysia walaupun stabil tapi Islam masih lagi dihentam dari kiri dan kanan. Secara keseluruhannya dunia Islam masih lagi tidak stabil. Meskipun kebanyakkan negara-negara Islam dalam dunia ini mempunyai sumber yang boleh dikatakan banyak dan kaya namun disebabkan kekangan teknologi dan pendidikan, kebanyakan negara Islam masih ketinggalan jauh. Pergolakan politik yang hebat pada tahun lepas di Mesir dan Libya telah membuka banyak mata. Semua negara kini semakin berhati-hati dengan pergerakan orang muda. Dalam dunia serba canggih sekarang, internet adalah medium terbaik untuk menyampaikan apa jua ketidak puas hati dan menjadi tempat untuk mencetuskan revolusi untuk kepentingan masing-masing.
Bagi kita, umat Islam di Malaysia ini, kita boleh katakan kita bersyukur kita masih lagi bebas untuk melakukan suruhan Allah tetapi masih banyak lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki bersama. Kita tidak seharusnya lalai dan leka dengan nikmat yang dikurnia kan Allah dan bersama-sama berusaha untuk meningkatkan lagi martabat agama Islam yang kita semua cintai ini. Semoga tahun baru hijrah yang datang ini akan dapat menlonjakkan pemikiran kita semua sebagai umat Islam untuk melangkah lebih jauh dan lebih efisyen menempuh dunia yang semakin bergerak pantas tanpa meninggalkan ajaran Al Quran.

Salam Maal Hijrah kepada semua.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share