Monday, December 19, 2011

Moneyball atau duit bola

Moneyball...






asalnya dari sebuah buku yang mengisarkan bagaimana orang kat US terutamanya orang yang berkaitan dengan MLB atau baseball guna cara baru atau pendekatan baru dalam sukan baseball. the grassroot dalam moneyball ini adalah bagaimana untuk menang dalam situasi yang adil? Pendekatan Oakland Athletics yang hanya mengeluarkan lebih kurang 38 juta untuk gaji pemain-pemain nya dalam melawan New York Yankees yang mengeluarkan lebih 200 juta untuk gaji pemain sahaja. Moneyball yang digunakan oleh Billy Beane yang merupakan general manager pasukan tersebut telah membuat rekod apabila menang 20 kali berturut namun malangnya kalah di pusingan playoff. Secara ringkasnya moneyball ini berkaitan dengan 5 benda iaitu

  1. Menang
  2. pemain yang undervalue
  3. statistik
  4. trust
  5. kaya lawan miskin
Jadi setelah konsep moneyball ini digunapakai oleh kebanyakkan pasukan baseball di US, ramai yang berpendapat pendekatan Moneyball mungkin boleh dicuba dalam dunia bola sepak pula. Jika kita lihat, senario bola sepak eropah sebagai contohnya, sangat tak adil.Pasukan yang kaya dapat membeli pemain superstar dengan tawarkan gaji yang sangat lumayan dan berterusan memenangi perlawanan dan piala. Bola sepak seringkali dikaitkan dengan duit dan banyak pemain hanya mahu bermain disebabkan kerana duit. Tidak boleh salahkan pemain utk itu kerana itu adalah kerja mereka tapi bagaimana pengurusan bola sepak melihat senario bola sepak dengan duit itu yang salah. Bagaimana dengan pasukan yang tidak mampu menawarkan gaji yang lumayan , atau tidak mempunyai tuan punya yang kaya.Kita lihat contoh di EPL, bagaimana Wigan atau Norwich mampu untuk bersaing atau ringkasnya memenangi perlawanan jika mereka perlu bersaing dengan Man City atau Chelsea yang mempunyai wang yang jauh lebih banyak daripada mereka. Tengok saja gaji Torres, atau Balotelli, Nasri..kelab-kelab kecil ini bila saja mereka mempunyai pemain muda yang meningkat naik, berterusan kelab-kelab besar akan ambil dan bagi gaji yang mahal seterusnya menang banyak piala. kelab-kelab kecil ini berterusan akan berusaha untuk sekadar terus berada dalam liga EPL dengan pemain-pemain yang ada. 

Pendekatan lama dalam bola sepak adalah mengenai duit. Orang lihat penyerang, jika dia sumbat banyak gol, dia berhak dibayar sekian-kian. orang lihat pemain tengah orang kata dia perlu buat assist yang banyak. dan untuk mendapatkan pemain-pemain ini perlu bayar transfer fee yang mahal seterusnya gaji yang mahal.Lihat apa yang terjadi apa Everton.Everton seringkali menjadi tempat kelab-kelab atasan mendapatkan pemain-pemain ternama. Rooney, Rodwell, Pienar, Arteta.Semuanya daripada Everton. Tapi sekarang Everton berterusan berusaha sekadar untuk mendapatkan tempat ditangga pertengahan liga. Mereka tidak mampu menyaingi Chelsea yang ada jutawan yang bila-bila masa mampu membayar 50 juta untuk seorang pemain penyerang dimana hanya 20 juta Everton bayar untuk gaji kesemua pemain dalam kelab tersebut. jadi moneyball sepatutnya digunakan dalam bola sepak

Kita pergi ke arena yang lebih dekat. Senario bola sepak tempatan kita. Kita lihat pasukan-pasukan yang ternama atau yang memenangi banyak kejayaan pada tahun ini atau musim lepas. Selangor, Kelantan dan Terengganu. Kelantan, mereka memang hilang 3 pemain utama iaitu norfarhan, indra putra dan Azizi mat rose.3 pemain utama yang boleh dikatakan berhak mendapat gaji yang tinggi. tapi kelantan tetap memenangi Liga Super yang tidak mampu dimenangi pada musim sebelum ini pada masa 3 orang pemain ini masih bersama Kelantan. Kelantan mengambil Nurul Azwan Roya yang suku gaji daripada Indra sebagai contoh. Daniel Fadly yang jauh lebih murah daripada NorFarhan. K Soley yang sebelum ini orang kata dah habis. tapi secara kolektifnya Kelantan masih berjaya.Memang sukar untuk menggantikan Indra dan Norfarhan tapi bola sepak adalah untuk menang.untuk mencari pemain yang boleh lawan prestasi 2 orang ini pada awal tahun ini memang mahal. Kelantan tahu itu tapi Kelantan tidak mempunyai pilihan. Kelantan tidak mempunyai duit yang banyak . Kelantan bergantung pada diri sendiri. tidak seperti kelab lain yang disokong oleh kerajaan negeri masing-masing. Still, kelantan mampu masuk final Piala FA dan menang liga super. 
Moneyball dalam bola sepak bukan saja dilihat dari segi gaji pemain atau transfer fee. Kelab boleh develop pemain muda yang ada. Lihat izuan solehudin atau pemain-pemain muda yang naik nama di terengganu. Berapa nilai mereka sekarang berbanding pada awal musim. Aku pasti sangat jauh bezanya. kelab bola sepak tidak sepatutnya hanya melihat kepada gol tetapi lebih kepada ability seorang pemain. Sebagai contoh, Kelantan bagi aku bijak dengan mengambil Norfarhan untuk musim 2012, kenapa? jika gaji pemain penyerang import lingkungan 30 ribu sebulan, adalah lebih menguntungkan membayar 30 ribu untuk dua orang pemain dalam Norfarhan dan Indra putra. Ya, Indra dah semakin tua tapi dia masih ada tenaga untuk bersaing. Lebih menguntungkan Indra dan Norfarhan dapat memberi assist yang seterusnya akan memberikan gol dan jaringan. Norfarhan dan Indra sudah kenal suasana di Kelantan. Dengan pemain import, semuanya masih kabur. menjaringkan 5 gol dalam perlawanan persahabatan tidak menentukan seseorang penyerang itu berbisa. lebih selamat untuk mendapatkan pemain tempatan yang memang masak dengan liga tempatan, masak dengan siapa lawan dan bagaimana pasukan lawan bersaing diatas padang.

Senario bola negara kita nie semuanya berkejar mendapatkan pemain import. Ramai pemain tempatan yang tidak dipandang atau undervalue.untuk jangka masa panjang kita tak tau macam mana polisi FAM, mungkin 3,4 tahun lepas ini pemain import akan di'ban' kembali.Dengan mengambil pemain tempatan yang sudah terbukti  dapat memberikan sesuatu kepada pasukan adalah lebih menguntungkan. Kepada bola sepak negara terutamanya.

Sebagai kesimpulannya, Moneyball adalah satu pendekatan yang menyeluruh. bagaimana kita melihat bola sepak itu sendiri. Semua mahu bola sepak yang cantik seperti Barcelona tapi lihat saja bagaimana pembangunan bola sepak di sana. banyak yang dilaburkan. Macam mana kita definisikan bola sepak itu?

p/s untuk lebih faham mengenai moneyball boleh baca di sini dan disini

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share