Sunday, December 4, 2011

Penangan Ombak Rindu




Sana sini, dalam fb, seme duk bercakap pasal ombak rindu. Yang dah kawen ajak suami tengok Aaron Aziz..Yang couple bawak pakwe tengok Maya Karin. Yang single kumpul kawan-kawan tengok Lisa Surihani.Bila selesai tengok woyam tue, suami akan pegang tangan isteri, pakwe akan pegang kardigan makwe, yang single2 pegang tisu.Yang tersengih tauke GSC dan TGV. Dan dalam media, semua orang memberikan respons yang baik kepada filem yang diadaptasi dari novel yang tajuk sama ini. Aku percaya tak mustahil filem ini akan beri keuntungan yang besar. satu faktor kerana sekarang ini filem hollywood macam cool down seketika jadi beri peluang kepada filem tempatan nak mencelah. Fenomena twillight rasenya dah cool down sedikit. Dengan status Ombak rindu yang pasti akan capai box office, akan memberi impak yang baik kepada industri filem negara dan budaya membaca negara kita nie.Aaron Aziz akan menempatkan lagi namanya sebagai pelakon yang berkaliber. Pengusaha filem akan lebih rancak untuk membuat filem selepas ini. Banyak novel akan diadaptasi kepada filem di masa akan datang. Orang akan mula banyak membeli novel-novel di kedai-kedai buku. Banyak novel yang akan dikeluarkan oleh para penulis negara kita. Ramai orang akan mula hargai karya seni tempatan kita. kalau kita sebelum ini kagum dengan karya harry potter, the lord of the ring yang diangkat dari novel, apa salahnya selepas ini kita kagum dengan trilogi Tombiruo dari Ramlee Awang Murshid ataupun karya-karya HM Tuah, nukilan Faisal Tehrani yang islamik ataupun mahakarya Sasterawan negara kita seperti Salina oleh A Samad Said. Dengan kerancakan ini, budaya filem dan membaca rakyat negara kita akan meningkat dan barulah kemajuan yang kita semua ingin kejar akan dapat tercapai.

p/s..aku tak pergi pun woyam..aku sumbang industri melalui astro first je lah nanti.pengalaman tengok woyam filem malaysia selalunya tak begitu molek untuk aku.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share