Wednesday, August 31, 2011

Bebas setengah abad

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 54.Dah lebih setengah abad negara kita bebas daripada cengkaman penjajah.Selalunya kalau dah capai 50 tahun, orang kata boleh dianggap sebagai jubli perak nie.Tahun ini memang istimewa sebabnya Merdeka jatuh pada hari raya.Kira orang panggil Merdeka Raya.Disebabkan raya juga la sambutan merdeka tidak seperti tahun-tahun yang sebelum ini dimana banyak bendera dikibarkan.

Merdeka sebenarnya terletak pada taksiran masing-masing. Sejarah bukan sekadar boleh dibaca, sejarah dilihat dari kaca mata masing-masing.Pelbagai tafsiran boleh dibuat. Sebagai contoh, sejarah melayu lama ditulis oleh orang-orang yang berbeza dan kita boleh lihat berbagai versi pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat , sekadar menyebut pertarungan paling epik dalam dunia Melayu.Jadi kesimpulannya disini, sejarah mempunyai banyak sisi, terserah kepada kita untuk melihatnya daripada kanan atau kiri.
Sama-sama kita menyambut merdeka hari ini, sambil beraya di rumah sanak saudara dan sahabat handai.Sekali lagi Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54.

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya




Ikhlas daripada WDJ Owner wdj9100.blogspot.com

Semoga hari raya yang diharapkan pada tahun ini membawa seribu makna dan seribu teladan kepada kita semua. Semoga kita dipanjangkan umur oleh Allah untuk ditemukan pada Ramadhan tahun depan pula. Selamat hari raya kepada semua pembaca blog ini dan terima kasih diatas kesudian membaca blog yang tidak seberapa ini.

Saturday, August 27, 2011

Window Shopping tak bertempat

Sempena nak beraya nie, lagi tinggal beberapa hari je, maka ramai lah orang berpusu-pusu keluar membeli belah. Kalau di KB nie, kawasan yang paling menjadi tumpuan untuk orang membeli belah raya sudah pasti di Wakaf Che Yeh. Bermula semalam dan sampai malam raya, aku rasa, berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lepas-lepas, jalan di Wakaf Che Yeh memang akan sesak teruk.
Berkenaan dengan membeli belah juga, ramai juga anak perantauan yang balik dan akan cuba menikmati juadah-juadah kelate untuk beberapa hari ini. Maka ramai la yang akan menyerbu bazaar-bazaar Ramadhan yang besar di KB nie. Bazaar yang paling sohor sudah pasti di perkarangan stadium. Serba jenis kuih, lauk pauk dan minuman ada disini. Seronok lihat orang ramai berpusu berkunjung ke bazaar tapi yang tak seronoknya apabila ramai yang datang ke bazaar ramadhan tapi buat gaya window shopping macam duk kat Lot 10. Jalan dua langkah berhenti , tengok-tengok pastu tak beli pun, jalan dua langkah lagi. habis satu round baru nak jalan pusing balik cari kuih.Lepas tue bila orang dah ramai mula la mulut dan muka buat macam orang lain tak de perasaan. Kalau nak beli ayam golek tue, mau nya masuk dengan arang tue terus. Sakit hati je bila terserempak orang-orang yang macam nie. Bukan apa, aku faham bukan semua orang ada matlamat terus bila dah sampai kat bazaar tue, mesti nak pusing-pusing tapi yang menjadi masalahnya, bila dah dia nak pusing-pusing tue menyusahkan orang lain. Jalan pulak alahai kalah model yang nak masuk project runaway kelolaan Heidi Klum.Tapi memandangkan bazaar ramadhan tue bukan yang milik bapak aku atau sedara mara aku jadi aku terpaksa akur dan sabar je la dengan karenah-karenah manusia nie.

Apa pun selamat berbuka kepada semua dan semoga persiapan raya semua berjalan dengan lancar.

Thursday, August 25, 2011

Beraya dengan bola

Semalam Kelantan berjaya menewaskan T-Team dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan persahabatan di KB.Jaringan Piya (2) dan Azamudin Akil sementara Mohd Fitri Omar untuk TTeam. Perlawanan semalam walaupun sekadar perlawanan persahabatan, tapi kehadiran penonton memang membanggakan.Boleh dikatakan hampir kesemua tempat duduk astaka penuh. Persembahan kedua-dua pasukan semalam sangat baik. Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan menyerang. Gandingan Azamuddin dan Matyo dibahagian serangan mendapat pujian daripada ramai peminat. Di bahagian pertahanan pula, meskipun kehilangan Apek, Mat Chah dilihat mampu mengalas tugas sebagai penjaga gawang Kelantan. Bahagian tengah pula dilihat kadang-kadang agak lemah dengan Shakir dan Piya kadang-kadang tenggelam. Tetapi Piya masih membuktikan ketajamannya dalam menghasilkan jaringan apabila mampu membawa bola dari tengah padang sehingga membolosi gawang T Team. Pada separuh masa kedua, T Team mula memasukkan pemain-pemain simpanan mereka. Pemain Kelantan juga telah mengendurkan serangan mereka. Secara keseluruhannya, perlawanan semalam menghiburkan kepada para peminat yang sanggup turun ke stadium meskipun mungkin sudah sibuk dengan persiapan untuk beraya. Malam esok Kelantan akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan di Thailand.

p/s Raya tahun ini nampaknya memang beraya dengan bola. EPL sudah bermula. Lepas raya nanti Piala Malaysia pula akan bermula sabtu, 6 September.Sedikit kecewa apabila Liga Itali mungkin akan ditangguhkan dan Liga Sepanyol terpaksa ditangguhkan akibat mogok daripada persatuan pemain.

Tuesday, August 23, 2011

L untuk raya

Petang nie sementara menanti waktu berbuka, terlintas nak citer pasal 3 L yang selalu orang buat dalam bulan puasa nie, lebih-lebih lagi nak dekat raya nie.

L yang pertama -

Lemang. Kalau kat KB nie jarang orang buat lemang, maklum orang Kelantan lebih suka makan ketupat.Tapi ada juga lemang dijual terutama di kawasan tepi highway kat Gua Musang dan Jeli. Kalau negeri lain tue aku rasa memang selalu dah kot makan lemang. Lemang kat cecah dengan rendang memang boleh habis satu batang tue kan.Yang nak makan lemang nie memang best dan ramai tapi tang nak membuat nie memang sikit je yang sudi. Buluh bukan sebarangan buluh boleh diambil untuk buat lemang nie tau.Kemudian kena pandai juga sukat santan yang nak disumbat dalam buluh tue, kalau terkurang maka keras la lemang, terlebih, lembik la lemang tue. Aku tak reti sangat bab membuat nie, bab memakan memang reti sangat.

L yang kedua -

Lopeh. Sebenarnya kuih nie nak kata terkenal tue takde la sangat kan. Nak kata kuih nie wajib ada masa raya pun, tak jugak. Aku saja selitkan juga sebabnya petang nie terasa kecur je air liur nak makan kuih lopeh dengan gula melaka. Siapa yang tak minat kuih lopeh nie memang tersangat rugi. Siapa boleh katakan tidak kepada gula melaka yang manis pastu dimakan sekali dengan kuih lopeh yang enak dengan dibalut kelapa? Memang mantap la kalau kuih nie ada waktu berbuka, waktu lepas terawih takpun waktu sahur.Esok kena cari dengan bazaar nie.

L yang ketiga -

Lorenzo..Aku saja je ambik nama Lorenzo sebab nama tue merupakan antara jenama perabot yang agak terkenal dan mahal. Aku rasa Lorenzo nie memang sebaris dengan Ikea dan macam-macam lagi. Aku tak expert sangat pun bab perabot nie maklum lah takde rumah sendiri lagi.Menyewa dengan mak bapak je lagi nie. Lepas nie menyewa dengan Kolej pula. Nak pakai perabot apa la sangat kan. Berbalik kepada Lorenzo nie. Ada satu kedai Lorenzo berdekatan rumah aku di KB nie dan nak raya nie memang gila-gila lah sale die. Ada sekali tue aku tengok flyer dia, diskaun sampai 70 %. Memang gila. Ibu-ibu pasti nak tukar perabot dekat-dekat nak raya nie kan jadi kepada mana-mana yang mampu tue boleh la singgah di Lorenzo.Rumah aku? tak perlu Lorenzo pun. Cukup yang mana ada.

Sampai situ je lah L untuk hari ini. Jangan lupa tak lama dah kita nak beraya. Mana-mana yang ada duit lebih tue, kena start lah beli sampul duit raya dan tukar duit di bank. Kalau yang mana rasa baik hati, boleh la hulur duit raya kat blog nie.huhuh.Sekian.Selamat berbuka.

Monday, August 22, 2011

Seminggu sebelum raya

Layan dulu...Sabri Yunus..anak seni Kelate..




p/s sape tok paham, tanya ore-ore kelate seme

Saturday, August 20, 2011

Kau kaya? tak kaya kalau takde benda nie

Lamborghini Sesto Elemento
Harga dia dalam usd 2.9 juta..kalau kita convert ke dalam RM , mungkin lebih kurang 8 juta lah macam tue kan. Pastue campur tolak dengan cukai yang mahal kat negara kita nie nak bawak masuk kereta nie, mungkin satu atau dua kali ganda nilai tadi.Kita ambil satu kali ganda jadi dalam lebih kurang 16 juta.Tambahan 1 juta lagi untuk proses dokumentasi dan sebagainya.Secara keseluruhannya, untuk bawak masuk kereta nie dan pakai kat negara kita, seseorang kena ada lebih kurang RM 20 juta.
Kenapa kereta nie mahal tahap tinggi? sebabnya, hanya 20 unit dikeluarkan dalam dunia nie.Jadi sesiapa yang berjaya beli memang dia adalah 20 terunik dan teristimewa di dunia lah. Satu lagi ciri yang buatkan kereta nie sangat susah didapati dan terlalu mahal, spefikasi kereta nie gagal memenuhi kehendak keselamatan yang diperlukan di US.JPJ kita aku tak tau la kalau test body kereta nie macam mana.

Kereta nie diperbuat hampir sepenuhnya daripada carbon fibre.Memang tersangat ringan. Lagi satu, Ia boleh cecah 62 mph dalam 2.5 saat sahaja atau 100 kph dalam masa 3 saat sahaja. Bayangkan, kita bawak kereta nie, lepas tol UPM, Serdang hendak ke Seremban yang jaraknya dalam lebih kurang 53 km, anda hanya perlukan masa bawah setengah jam. Itupun kalau takde kucing lintas atau ada pemandu yang tak reti bahasa bawak kereta halaju 20kph di lane kanan.Kereta nie juga kat bahagian exhost belakang dia diperbuat daripada glass dan komposite seramit Pyrosic yang boleh tahan kepanasan lebih 1,600 degree Fahrenheit atau dalam 872 celcius. Bayangkan sendiri betapa tahannya bahagian belakang kereta nie. Kat negara kita nie, kalau panas dalam 35 darjah Celcius pun kita kira amat panas la tue kan, kalau 800 darjah aku pun tak tau la.Ini nak tunjukkan bahawa enjin yang kuat daripada kereta nie memang panas kalau kita tekan kuat.






p/s..kalau aku menabung dari kecil, rasa2 umur dalam nak masuk 50-an, dah boleh beli kereta nie.

Thursday, August 18, 2011

Red Warrior dan Tiki Taka

Semalam Kelantan melakar satu lagi kemenangan dalam siri perlawanan persahabatan pra- Piala Malaysia.Sebelum ini Kelantan telah membelasah Kuala Lumpur dengan 5 jaringan di KL. Semalam Kelantan menewaskan Selangor dengan jaringan tipis 1-0. Ya, ini sekadar perlawanan persahabatan yang bertujuan untuk meningkatkan kembali kecergasan para pemain tapi apabila dua pasukan Kelantan dan Selangor bertarung diatas padang, semangat kemenangan mengatasi segala-galanya. Semalam pemain baru Kelantan Alex 'Azamuddin Akil dan R Surendran dikatakan sekali lagi mempamerkan persembahan yang terbaik. Dengan persiapan yang boleh dikatakan sangat membanggakan setakat ini, Kelantan dilihat berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia. Semua pasukan dikhabarkan sudah melakukan persiapan yang rapi untuk menghadapi Piala Malaysia yang akan berlangsung selepas Hari Raya Nanti. Terengganu, antara pencabar yang boleh dikatakan paling kuat dalam saingan Piala Malaysia nanti, adalah antara pasukan yang perlu diambil perhatian oleh Kelantan disamping Selangor. Negeri Sembilan juga dikatakan sudah kembali kuat dengan hampir kesemua pemain utama mereka sudah sembuh dari kecederaan. Kedah juga tidak harus diambil mudah kerana kehadiran Wan Jamak Wan Hassan mampu membawa Kedah melangkah jauh dalam saingan Piala Malaysia. Walaubagaimanapun, sebelum melangkah ke saingan kalah mati, Kelantan harus mempamerkan persembahan yang mantap dalam peringkat kumpulan menentang Johor FC, Sarawak dan Felda United.

Dalam membicarakan lebih lanjut mengenai persiapan dan peluang Kelantan. Satu kecacatan yang mungkin dirasai adalah kemungkinan ketiadaaan Penjaga Gol nombor 1 Malaysia, Apek yang kini masih lagi bersama dengan skuad Ong Kim Swee.Namun, dalam beberapa perlawanan persahabatan ini, Datuk Karathu dilihat mencuba Shahrizan Ismail malah mengguna kembali lagenda penjaga gol Kelantan, Halim Napi. Barisan pertahanan Kelantan dilihat masih lagi kuat. Farisham, Rizal dan Subramaniam dibantu Daudsu, Roypy dan Aziz boleh lagi diharap untuk menahan asakan pihak lawan.Namun 2 aspek yang dilihat masih kurang pada Kelantan. Serangan dan cara permainan. Bahagian serangan dikatakan kembali mantap dengan kemasukan Azamudin dan Surendran yang memberi lebih pilihan kepada Datuk Karathu untuk mencari striker partner kepada Mat Yo. Cara permainan pula yang menjadi sedikit kegusaran kepada para peminat. Peminat Red Warrior boleh dikatakan antara penyokong yang paling demand. Kami tidak mahu sekadar menang, tapi kami mahu menang dengan baik. Dengan kemunculan Tiki Taka ala Barcelona, semua peminat mahu kelab sokongan masing-masing mengamalkan permainan seperti Barca tapi tidak semua boleh berjaya seperti Barcelona.

Walaupun peluang untuk diadaptasi tersangat nipis, tapi Datuk Karathu boleh menerapkan intipati Tiki Taka dalam Kelantan. Kenapa tidak? Jika diselidiki dalam permainan Tiki Taka, semua pemain perlu mempunyai kecergasan yang baik untuk sentiasa menekan pihak lawan. Dan dalam aspek serangan, semua pemain termasuk pemain full back boleh bertindak sebagai pemain sayap. Daudsu dan Roypy boleh dijelmakan sedemikian. Dalam Tiki Taka pula. 2 pemain tengah yang bertindak sebagai holding midfielder dan sole general midfield diperlukan untuk mengawal rentak dan barisan tengah. Syakir Shaari telah membuktikan dalam 2 musim ini, dia adalah antara seorang pemain holding midfield yang boleh juga bertindak sebagai deep play maker. Piya pula sepatutnya lebih cenderung bergerak dibahagian tengah. Seringkali apabila Piya terlalu naik ke bahagian serangan, Shakir dilihat keseorangan. Nurul Azwan Roya dan Chanturu sememangnya terbukti sentiasa bertindak cemerlang sebagai winger dan kadangkala menjadi inside forward. Satu posisi yang Kelantan kurang adalah true attacking midfielder ataupun trequesta. Mat Yo pada musim ini dilihat lebih cenderung menjadi out and out striker berbanding musim lepas dimana dia lebih gemar bertindak sebagai deep forward ataupun advanced forward. Dengan kemasukan Azamuddin, Mat Yo boleh kembali menjadi Trequesta bersama Azamuddin ataupun bergerak ke hadapan menjadi Advance Forward untuk merencana serangan. Dengan mengamalkan corak permainan hantaran pendek dan tepat, Kelantan seharusnya tidak membazirkan tenaga para pemain yang sebelum ini banyak membuat hantaran jauh kedalam kotak penalti. Pada musim ini Kelantan sebenarnya kehilangan 'aerial power' dengan ketiadaan NorFarhan , Indra dan Hairuddin. Jadi sepatutnya Kelantan lebih bermain di bawah dengan hantaran pendek yang lebih digemari Nurul dan Mat Yo.

Begitu lah serba sedikit pandangan daripada mata seorang peminat Bola Sepak Kelantan yang telah mengikuti perkembangan bola sepak Kelantan pada masa Datuk Wan Hashim lagi. Pada zaman Red Warrior belum terkenal dan gah seperti sekarang. Pada zaman Kelantan terpaksa menanggung malu bermain dalam Liga FAM, pada zaman lagenda import menghiasi Kota Bharu seperti Woorawut dan Mahmadou Mustapha. Sekian untuk nukilan kali ini.

Tuesday, August 16, 2011

One Rosmah's ring to rule them all

One for the Dark Lord (Rosmah?)on his (her?) dark throne
In the Land of Mordor(Putrajaya, kediamana PM?) where the Shadows lie.
One Ring to rule them all, One Ring to find them,

One Ring to bring them all and in the darkness bind them
(PRU?)
In the Land of Mordor where the Shadows lie.



Petikan kat atas tue adalah daripada novel dan trilogi filem terkenal, The Lord of The Ring.Siapa yang tak kenal dan tak pernah tengok filem nie boleh ambik bantal dan hempuk diri sendiri. Memang tersangat rugi siapa yang tak pernah tengok antara filem dan novel terhebat nie.Filem nie bukan sahaja sarat dengan aksi, grafik yang menakjubkan malah filem nie turut memaparkan berbagai nilai-nilai yang sangat berguna. Antaranya adalah bagaimana kisah anak raja yang terbuang (Aragorn) yang akhirnya kembali menaiki takhta, bagaimana semangat kental manusia melawan kejahatan, bagaimana sifat dengki manusia dan tamak yang memusnahkan diri sendiri, bagaimana kejahatan yang berpaksikan kepada sebentuk cincin yang dapat merasuk semua pemakainya.Filem memang berdasarkan sebentuk cincin dan apabila cincin tersebut berjaya dimusnahkan maka tamatlah riwayat raja segala kejahatan di Middle Earth.

Baiklah, apa kaitannya aku tulis mengenai filem nie sekarang? Sebenarnya aku ingin kaitkan dengan isu yang masih lagi panas di Malaysia, iaitu mengenai cincin yang dikatakan berharga 24 juta milik Rosmah Mansor. Satu Malaysia heboh mengenai cincin tersebut baru-baru ini. Dan sekarang, ada beberapa laman web mengatakan Jacob and Co. dah membawa keluar balik cincin tersebut dan ada orang mengatakan bahawa memang dari mula cincin tersebut bukan milik Rosmah hanya sekadar menggunakan namanya saja untuk dibawa masuk ke Kuala Lumpur.Hmmm.pelik tue. Sebelum ini Rosmah menjawab bahawa dia membeli cincin yang dilaporkan berharga 24 juta daripada hasil dia menabung sejak dari kecil. Ok, sebelum kita ulas lebih lanjut, kita guna matematik dulu disini ya.
Cincin 24, 000, 000.00.Umur Rosmah? Siapa tahu? aku agak dalam 50 lebih lah, takkan Rosmah 40-an pulak kan.So dia akan mula menabung mungkin dari umur 5 tahun sebab tue yang terawal lah bagi seorang manusia atau budak boleh berfikir secara normal.Kalau lebih awal daripada itu aku tak pasti lah kan. Jadi, secara anggarannya, kita campur tolak, 50 tahun Rosmah akan ambil masa untuk menabung, itu pun sekiranya dia konsisten menabung dan tidak pernah menggunakan duit tabungannya itu, kita kira macam fixed value lah.

24000000/50 = 480,000 setahun.

Disini Rosmah kena menabung lebih kurang 500, 000 dalam masa setahun. Kita pecahkan lagi.

480,000/12 = 40,000 sebulan.dan 40,000/30 = 1333.333 sehari.

Secara anggarannya Rosmah perlu menyimpan duit sebanyak 1500 sehari sejak dia kecil sehingga besar untuk membolehkan dia membeli cincin berharga 24 juta tersebut.
So beginilah secara matematiknya. tapi apa yang aku buat ini adalah sekadar matematik ringkas. Orang lain mungkin boleh pertikaikan yang mungkin sejak kecik memang tak mampu la dia nak kumpul 1000 sehari tanpa henti selama sebulan tanpa henti dan bertahun-tahun kan. Mungkin juga dia simpan sikit-sikit masa kecil dan bila Najib dah jadi PM baru dia dapat simpan banyak-banyak. Mana tahu sejak kecil dia dapat kumpul 5,000 je sampai dewasa jadi 25,000 pastu bila dah kawin dengan Najib, simpanan dia melambung jadi 24 juta. Manalah tahukan.Hakikatnya jawapan yang Rosmah bagi duit simpanan dia sejak dari kecik. Aku agak anak raja pun tak mampu nak kumpul 1500 sehari sejak dari kecil. Ya lah, masa UPSR mesti akan keluarkan duit jugak nak beli apa-apa. Dah masuk sek Men lagi lah.Dah habis SPM lagi besar mahu guna duit. Agaknya Rosmah nie datang daripada kaum kerabat Brunei kot.Siapa tahu kan?

Ok, cukup kisah kira-kira cincin Rosmah. Kaitannya dengan One Ring dalam LOTR? Sama. Dalam LOTR, Lord Sauron tergila-gilakan cincin dia balik dan semua manusia pun mahukan cincin tersebut.Rosmah pun mesti dah lama tergila-gilakan cincin nie sebab tue dia sanggup kumpul duit dari kecil untuk beli cincin tersebut. Sebenarnya nilai baik Rosmah tunjuk tue. Para Ibu Bapa patut ajar anak-anak menabung sejak dari kecil baru besar dan tua dapat beli cincin macam dia.Berbalik kepada LOTR tadi.Semua orang mahu musnahkan one ring tapi tak semua sanggup bawaknya ke Mount Doom. Hanya Frodo dan Hobbits je sanggup redah pegi sana. Sama jugak dengan Rosmah. Semua duk kutuk cincin dia tapi hanya dia dan suami tercinta dia sahaja yang sanggup tahan isu nie.Mungkin Ananda Krishan je sanggup bagi support tukang jamin cincin tue dibawa masuk ke Malaysia. Siapa tahu kan?Maklumlah, Ananda tue antara orang paling kaya kat Malaysia kita nie.

Oklah,sekian dulu nukilan untuk malam nie.Sekadar coretan kosong mengisi masa sebelum tidur.Kalau ada sesiapa terjumpa mana-mana cincin diatas tue, kongsi lah dengan aku ye. Dapat suku pun jadi dah.

Monday, August 15, 2011

Nie buat akok mmg sedap

Gambar kat atas nie adalah gambar betul dan bukannya gambar yang telah diedit dengan mana-mana software ye. Kejadian tersebut telah terjadi di China. Untuk sumber berita yang asli boleh la pergi ke sini. Kalau ada ayam macam nie kat Malaysia memang best la.Satu biji telur dia pun dah boleh buat telur dadar untuk tiga orang.Memang berebut-rebut la jawabnya orang nak beli kan. Bayangkan telur besar tue ada kat Malaysia lagi, telur pindang boleh kongsi ramai-ramai. Sama-samalah doa agar ayam macam tue sampai kat Malaysia ye.Selamat berbuka.

Saturday, August 13, 2011

Dunia ayam golek

Ayam golek..Satu hidangan yang tersangat popular dalam bulan ramadhan. Aku rasakan di setiap negeri dimana ada bazaar ramadhan, pasti ada orang jual ayam golek.Kalau diikutkan, ayam golek nie macam silap mata.Sebabnya, ayam golek dapat hilangkan duit kita, dapat hilangkan rasa lapar dengan hanya melihatnya saja.Tak percaya? pergi bazaar ramadhan dan lihat orang duk bakar ayam golek lama-lama.Mesti rasa lapar kita akan berkurangan dan diganti dengan rasa nak makan ayam golek tersebut.

Tapi kenapa ayam golek nie sedap ? Kenapa di bulan bukan ramadhan, takde orang jual sangat ayam golek? Persoalan ini aku sendiri pun tak tahu jawapannya.Kalau bulan biasa, bukan katakan ayam golek, ayam percik pun kalau dapat makan sebulan sekali pun kira dah banyak la tue.Tapi masuk je bulan puasa, semua jenis ayam nak masuk dalam perut. Pelik jugak kan, tapi itulah keunikan bulan puasa. Bulan nie bukan sekadar bagi rahmat dan berkat tapi juga membawa sumber rezeki kepada yang rajin ambil peluang.

Berkaitan lagi dengan ayam golek, secara sinisnya, ayam golek boleh diibaratkan sebagai kita sebagai rakyat bawahan di negara nie.Tak percaya? orang yang duk pusing-pusing ayam tersebut adalah kerajaan dan orang yang hendak membeli ayam adalah pihak pembangkang. Tak perlu la aku sebutkan disini siapa dan apa yang aku sokong. Rasanya, orang yang dekat dan kenal dengan aku masing-masing sudah sedar dan tahu apa sokongan dan pegangan aku.Berbalik kepada ayam golek tadi.Kerajaan selaku penjual akan sentiasa memusingkan ayam supaya nampak cantik dan enak. Mereka akan sentiasa meletakkan minyak agar isi ayam tadi akan nampak masak sepenuhnya dan mengeluarkan haruman yang dapat memikat para pembeli.Macam sekarang. Kerajaan dah bagi bonus setengah gaji.Rakyat semua gembira.Aku juga berterima kasih tapi jangan lupa, macam hukum fizik,setiap benda yang ke hadapan akan ada tenaga yang sama yang akan ke belakang. Dengan pemberian bonus, lepas ini pasti harga barang-barang akan naik. Yang akan terkena adalah semua rakyat.Yang tak kerja kerajaan , yang tak dapat bonus pun akan rasa harga barang naik. Yang kerja swasta, yang dapat bonus lebih banyak daripada kerajaan pun akan rasa harga barang naik. Jadi, macam ayam golek tadi, walaupun ada ayam yang tak sama saiz, tapi kerajaan akan pusing agar semua ayam akan nampak dibakar sama saja.

Baiklah, bab pembeli pula, macam yang aku katakan tadi,aku ibaratkan pembeli nie macam pihak pembangkang. Tak kisahlah sama parti warna apa pun, itu bukan persoalannya disinikan. Dalam kes ayam golek tadi, pembeli akan cuba memikat dan meneliti setiap sudut dan segi ayam golek tadi sebelum dibeli. Betul langkah tersebut, sebabnya setiap orang hanya mahu yang terbaik bila membeli sesuatu, kan? Sama macam pembangkang, mereka akan meneliti setiap hal ehwal rakyat.mereka mahu menarik perhatian dan mahu menunjukkan yang mereka adalah lebih baik daripada kerajaan yang sedia ada.Tak ada yang salah dalam perkara ini, kan? pembeli pula dalam usaha mahu mendapatkan harga yang terbaik untuk ayam golek tadi, kadang-kadang akan cuba tawar menawar dengan penjual.Akan cuba memberitahu penjual, saiz ayam tak elok, mahu ayam sana, mahu sebelah saja, kepaknya dah tak elok dan macam-macam lagi.Macam pembeli, penjual mahu semuanya ayam goleknya habis dijual.Macam-macam cara dia buat tapi dia tak mampu buat semua ayam goleknya sempurna, betul tak? Macam pembeli jugak, dia mahu ayam golek yang dijual adalah sempurna.

Rasanya sekian dulu pasal ayam golek untuk petang ini. Dah kecur air liur. Nampak gaya petang esok kena pergi beli ayam golek. Untuk petang ini sudah agak lambat, ayam golek dah semua habis. Selamat berbuka semua.

Wednesday, August 10, 2011

Lazy Wednesday

Seperti yang ada dalam tajuk di atas, Rabu memang hari yang sangat malas.Hari Rabu adalah hari yang ditengah-tengah dalam satu minggu.

Satu yang aku suka pasal hari Rabu adalah, mungkin sekadar kebetulan, tapi dah banyak kali berlaku, bila je hari Rabu, trafik dalam bandar KB seakan berkurangan sedikit, berlainan dengan hari-hari yang lain.Mungkin kat bandar lain , mungkin hari yang lain.

Tapi, secara seriusnya, Rabu adalah satu hari yang sangat tak produktif.

p/s..mood sangat malas jadi tulis pun macam orang pemalas

Sunday, August 7, 2011

Tunggu waktu Berbuka

Lagi sejam setengah mahu berbuka, hendak lelapkan mata macam dah tak boleh, dengan cuaca yang amat panas sekarang nie, tidur pun tak selesa. Semalam selesai sudah aku berkerja di hotel.Lebih kurang 2 bulan lebih aku kerja.Gaji? average gaji kat KB je.Simpanan duit gaji? tarak..haha.gaji aku habis makan, isi minyak kete. Kalau orang lain ada juga hasil kan, hp baru ke, baju atau pakaian baru ke, aku? Duit gaji sekadar boleh guna untuk makan hari-hari. Bagi aku, cukup untuk makan, leh beli baju sehelai dua, dapat isi minyak kereta, ok lah tue, lagipun nama kerja part time pun kan.Aku tak kejar apa-apa pun.Untuk kerja part time nie, kalau aku betul-betul mahu cari kerja yang dapat duit banyak, dah tentu aku usahakan juga cari kerja kat KL, tapi bagi aku, kerja part time nie yang lebih penting adalah untuk kumpul pengalaman. Pengalaman tue lagi penting dan lebih berguna untuk masa depan nanti. Aku tak tau masa depan nanti macam mana kan tapi pengalaman yang diraih akan dapat digunakan sepanjang hayat nanti.Duit nie sekejap je, dapat RM50 petang nie, tak sampai malam nanti dah akan habis.
Ok, cukup pasal tue.Malam nie perlawanan Derby Manchester akan berlangsung. Nasib baik time dia selepas terawih. Kalau tak, mesti ramai peminat manchester terpaksa solat terawih singkat.Malam semalam Inter lawan AC Milan.Malangnya tiada siaran langsung dan inter pula kalah 2-1.FYI, Inter sebenarnya berdepan masalah sejak 2 tahun nie, selepas Mourinho keluar.Asal tukar coach je mesti kena adaptasi dengan sistem dan taktik baru.Musim baru ini jurulatih baru pula,jadi terpaksa la pula sesuaikan diri para pemain. Aku terima kekalahan awal musim nie.Tapi diharapkan nanti dalam liga, Inter dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada dan nanti dapat rampas kembali Liga dari AC Milan.Malam semalam juga Selangor lawan Malaysia.Kesian skuad Rajagopal, hendak buat perlawanan persahabatan tapi takde negara pun yang sudi.Oman pun last-last minit batalkan perlawanan. Akhirnya terpaksa lawan dengan skuad yang dapat tempat ke 3 dalam liga super. Dengan Selangor pun boleh kalah lagi.Aku sendiri dah kurang faham dah dengan skuad Rajagopal nie.Bukannya apa, kesian kat peminat Harimau Malaya yang sentiasa mengharapkan persembahan yang terbaik daripada skuad negara. Dalam Hitz.Fm pun selalu main lagi harimau malaya, tapi macam mana skuad negara nak maju kalau dengan skuad negeri pun boleh kalah? tambahan lagi, skuad negara sepatutnya buat persiapan dengan pasukan yang lebih hebat.
Sehubungan dengan bola sepak juga, undian Piala Malaysia dah berlangsung jumaat lepas.Kelantan akan bermain dalam kumpulan C bersama dengan felda united, Sarawak dan Johor FC. Kalau dilihat pada rekod sebelum ini, Kelantan boleh menempah tiket ke suku akhir dengan mudah. Tapi, Datuk karathu ada menyuarakan kebimbangan skuad Kelantan tidak akan berada dalam prestasi yang kemuncak kerana kehilangan beberapa pemain utama. Apek dan Izuan akan bermain dengan skuad Olimpik, Mat Yo masih cedera dan tak tahu dapat sembuh atau tidak.5 orang lagi menjalani latihan dengan skuad negara. Jadi masa bila skuad kelantan akan dapat bermain bersama?Diharapkan  Datuk Karathu dapat merencanakan satu strategi yang berkesan untuk menangani masalah ini. Seluruh peminat Red Warrior berharap agar Kelantan dapat mempertahankan Piala Malaysia.
Sekian dulu untuk petang ini.Malam ini jom make colek sambil layan Derby Manchester.

Thursday, August 4, 2011

Dah nak mula balik

Bulan Ogos baru masuk..kembalinya bulan ogos sebenarnya memberikan berita gembira kepada para peminat bola sepak seluruh dunia. Sebabnya, akan bermula musim bola sepak eropah. Sebulan dua sebelum ini, para peminat bola berehat seketika dan sekarang pasti semua dah bersiap sedia untuk mengikuti kembali pasukan kegemaran masing-masing.
Perlawanan yang terawal yang pasti mendapat tumpuan sudah pasti Man Utd lawan Man City hari ahad ini dalam perebutan Community Shields. Perlawanan yang menemukan Juara Piala FA dan Juara Liga. Kemudian Debry Milan dimana Inter akan bertemu AC Milan. Kemudian pada minggu depan Real Madrid akan bertemu Barcelona. Semua perlawanan boleh dianggap sebagai derby yang sengit.Sudah pasti semua pasukan akan menunjukkan aksi yang terbaik kerana mereka tidak mahu reputasi mereka jatuh ke tangan musuh seteru mereka. Jadi perlawanan-perlawanan ini pasti akan memberikan hiburan yang akan memberi kepuasan kepada para peminat bola sepak.
Kepada peminat bola sepak tempatan pula, sekarang adalah waktu berehat sebulan sementara menunggu kehadiran saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung selepas raya nanti. Meskipun begitu, banyak pasukan telah mengambil langkah persediaan yang rapi untuk menghadapi Piala Malaysia dengan beberapa pasukan tempatan telah mengambil dan meminjam pemain untuk digunakan dalam saingan Piala Malaysia nanti. Apa pun, semua mata akan bertumpu esok kerana esok akan dilangsung undian kumpulan Piala Malaysia. Pasti setiap pasukan mengharapkan laluan mereka mudah nanti. Sama-sama kita nantikan undian tersebut esok
Hari ini dah masuk hari ke empat umat islam di Malaysia mengikuti ibadah puasa.Lagi sehari aku akan berhenti kerja. Sebelum ini rasa macam dah bosan kerja tetapi bila dah nak dekat berhenti rasa macam sayang pula nak berhenti. Tapi aku kena berhenti jugak. Mahu enjoy saki baki cuti yang ada nie. Nasib baik sekarang bulan puasa, boleh jugak isi masa ronda-ronda bazaar ramadhan kalau tak lepas nie tak tau nak buat aktiviti apa. Satu benda yang aku nak habiskan jugak sementara cuti nie adalah menghabiskan novel The Lost Symbol by Dan Brown.Satu lagi sebelum masuk ke Serdang balik, perlu mengingati semula kertas-kertas kerja yang dah bersarang dalam laptop dan bawah katil tue. Kena ambil insiatif jugak kalau tidak mahu terkial-kial masuk bulan 9 nanti bila dah masuk kolej.

Selamat berbuka dan berterawih semua.

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday

Alone at counter this morning

Thinking of buying this



Had missed two nights of this

Finished downloading Joey season 1 and 2

Jom Share