Tuesday, January 31, 2012

Hujan pulok doh

Kalau dulu orang kata musim hujan nie habis bila tahun baru cina, tapi sekarang nie macam dah terbalik, raya cina dah lepas, tapi pagi nie hujan lebat pulak.2,3 hari nie di KB asyik hujan je. Aktiviti seharian pun dah terbantut bila dah hujan nie. Nak keluar malas.penyelesaiannya duk dalam rumah layan tenet, layan tv jawabnya.

Sedang termangu tengok laptop, terpandang kalendar untuk bulan februari.Sedar tak sedar kurang 3 minggu lagi cuti mau tamat.Sudah tak lama tapi plan masa sebelum cuti satu pun tak bermula lagi. Questionnaires masih kat tempat sama masa awal-awal balik baru nie. Buku pun baru suku baca.Hari tue bukan main lagi mau habiskan semua buku yang ada.Agaknya dah labah-labah pun dah bersarang kat buku yang baru-baru tak terbelek lagi tue.

Nasib baik la cuti nie bola ada, dan nasib baik jugak bola liga super rehat kejap time hujan-hujan macam nie. Esok Kelate lawan skuad Rajagopal kat KL.4hb pula katanya main kat KB lawan kelab Singapore.Tapi kalau tengok kat cuaca skarang nie, aku rasa berubah tempat pulak lepas nie main kat KL jugak.

Sekian dulu nukilan ringkas di pagi hari sementara tunggu hujan reda. Nak tengok tv pun takde cite bes di pagi hari nie. Asyik duk replay benda sama je kat astro. Layan hotfm pun jadi kan

Sunday, January 29, 2012

Berikutnya..Sabah, Terengganu dan Selangor

Semalam berbaloi..letih, penat hilang..Sampai je kaki di KB semalam dari Sg Petani terus ke stadium tersohor, home of the Red Warriors untuk tengok bebudak KL berkunjung ke Kota Bharu. Kelate walaupun separuh masa pertama goyah tapi untuk separuh masa kedua berjaya dapatkan 3 gol dan seterusnya 3 mata untuk kekal terajui liga. Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan serta Perak masih lagi teruk menghambat Kelantan dan perlawanan-perlawanan selepas ini akan menjadi penentu aras sejauh mana prestasi Kelantan untuk tahun ini. Meskipun pujian harus diberikan semalam kerana kutip 3 mata penuh tapi bahagian tengah Kelantan masih lagi perlu diperbaiki dan peluang-peluang untuk penyerang Kelantan harus lebih banyak. Mat Yo masih berbisa walaupun kurang diberikan chances di hadapan gol. Ghaddar masih kempunan gol padang.Antwi diberikan sorakan gemuruh satu stadium semalam dan terus mendapat tempat di hati penyokong Red Warriors. Tan Sri Annuar Musa akan umumkan 2 pemain yang dikhabarkan akan menjadi 2 pemain import baru untuk Red Warrior pada 4hb ini.Khabar angin juga diberitakan Rajagopal mahu adakan perlawanan persahabatan dengan Red Warrior.





Seterusnya, nantikan 2 pemain import baru Kelantan. Selepas itu, lawan Sabah yang kental di Likas, hadapi skuad Penyu 11 hb di Kota Bharu sebelum lawan Red Giants di Bukit Jalil. Harapnya FAM dan Ong Kim Swee tak kalut nak panggil Apek.Jangan lupa jugak 5hb Malaysia lawan Bahrain.

Friday, January 27, 2012

Habaq oyak

Bila utara bertemu ngan pantai timur, orang kata macam itik jumpa ayam. Budaya lain.Yang penting, bahasa pun lain. Intercultural katakan. Dalam aspek kawen nie, boleh dikatakan ramai orang pantai timur yang temu jodoh dengan orang-orang dari utara nie. Tak jauh pun, parent aku sendiri. Dan sekarang nie, adik ipar aku sorang dari sungai petani. Pekat lagi cakap kedah. Dan insyaAllah, bulan 4 nie, sorang lagi adik aku akan bertemu jodoh dengan sorang anak mami, orang Kepala Batas.Dan bila dua budaya nie bertembung, banyak la benda-benda lucu jadinya. Yang paling utama pastinya bahasa. Orang Kelate tak tau sangat bahasa utara. Ada vocab Penang yang orang Kelate tak tau. Banyak slang ore kelate yang orang Penang tak tau.

Sekarang nie pun aku sedang meronda Pulau Mutiara.Esok p Sungai Petani.Pastu balik. Seminggu nie memang hectic orang kata. Aku nie dah la sorang laki dalam adik beradik aku jadi bila dah adik kenduri kahwin tue memang penat sebab kena buat seme benda. Di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan aku yang sempat hadir kenduri adik pada ahad lepas. InsyaAllah, kalau berkesempatan, bulan 4 nie datang lagi untuk adik aku yang sorang lagi.

Bercakap lagi mengenai kahwin nie, selepas ini giliran 2 orang kawan sekolah lama aku akan kawen. Tahniah untuk mereka. Dan sorang lagi kawan aku kat UTP akan kawen. Semua dah akhiri zaman bujang. InsyaAllah, takde aral melintang, aku akan hadir semua majlis. Majlis aku je yang belum-belum nak nampak lagi.haha..

Sambung pasal bola pulak. Malam esok, Kelate lawan Kuala Lumpur. Prestasi KL tak berapa bagus untuk 4 perlawanan awal nie tapi dalam bola sepak sikap over confidence memang bahaya dan Kelate perlu berhati-hati. Malam sok kena pastikan kutip 3 mata penuh dan penyokong serta peminat Kelate harapkan satu perlawanan yang mantap serta menghiburkan ditunjukkan oleh anak buah Peter Butler. Dalam kerancakan liga bola sepak kita, tetiba timbul pula isu Apek yang dikatakan lewat untuk hadir latihan skuad olimpik Malaysia untuk game 5 hb nanti lawan Bahrain. Semua campur tangan sampaikan Dato Shabery Chik pun keluarkan statement. Butler sebagai jurulatih amek langkah berhati-hati dengan mengatakan hanya Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden Kafa berhak mengeluarkan statement. Dan dari pandangan Tan Sri Annuar Musa, Kafa sudah lepaskan Apek, cuma hari tue berlaku sedikit salah faham dan mungkin masalah utamanya adalah tiket flight yang tiada disebabkan cuti raya cina. Yang aku musykil, kalo FAM nak kat Apek, sepatutnya FAM yang book tiket awal-awal bagi kat Apek. Kenapa KAFA pula yang kena cari dan hantar Apek.Ya, aku tau FAM bagi elaun setiap pemain yang dipanggil wakili negara dan wakili negara adalah satu kebanggaan setiap pemain tapi kalau untuk latihan, isu seperti apek nie tak perlu digembar gemburkan sangat. Lagi satu, dalam FIFA atau AFC pun, KAFA selaku majikan utama Apek lebih berhak terhadap apa jua aktiviti Apek sebabnya yang bagi gaji adalah KAFA.Kalau Apek cedera ketika wakili negara, yang ruginya adalah Kafa dan Apek sendiri. Jaga kebajikan pun kafa sendiri. inilah dilema setiap persatuan negeri dan FAM. FAM nie macam kuku besi. Semua nak dan semua kena tunduk. Tiada kompromi.Agaknya MB dari UMNO kena sound sket FAM macam Ahmad Said, MB Ganu sound baru-baru nie, baru lah FAM tunduk. Patut Tan Sri Annuar Musa ugut FAM sket, nak Apek kena ikut KAFA, kalau tidak jangan lepaskan Apek. Masalah antara Kelab dan Negara nie bukan baru sebenarnya. Messi pun jadi rebutan antara Barcelona dan Argentina. Jadi kelab dan Negara perlu cari penyelesaian yang bagi kelebihan kepada semua pihak.

Sekian dulu.Semoga Kelate menang malam sok. Jom, cari laksa penang.

Wednesday, January 25, 2012

Ringkasan seminggu

Ahad - Bekwoh adik..Letih..Lega selesai.2 soalan lazim mencabar "abe dio bilo pulok?", " doh duk mano lo nie" kijo doh ko?"

Isnin - Simpan semua.Lagi sekali letih.

Selasa - Jale bawok ore jauh mari

Rabu - Hantar ore jauh balik..Tgk friendly kelate petang tadi

Khamis - Pagi sok gi Penang.Sabtu kenduri di Sungai Petani

Sabtu - tok tahu sempat ke tak tgk Kelate lawan KL di KB.

Saturday, January 21, 2012

Krisis? apa krisis

Krisis? bukan krisis, slow start je.Itu yang patut dilabel kepada prestasi Kelate bagi 4 perlawanan sebelum nie. Dan malam nie, Kelantan mengamuk di Darul Aman. 3 gol. 3 penjaring berbeza. 3 penyerang. Sebelum nie heboh dikatakan, pemain import kelantan tak hebat. kelantan tak dapat ulangi macam musim lepas. perlukan overhaul. sabar.Dalam bola sepak perlukan masa. Tengok sekarang. Ghaddar semakin berbisa. Antwi semakin menyengat. mat yo seperti biasa hebat. Masa amat penting. Masa untuk bersabar. Arsenal kalah teruk pada awal musim tapi lihat sekarang, masih lagi mengejar tempat di Champions League. Sama juga dengan Man Utd. Kalah teruk dengan City tapi masih ditangga kedua. Dan Kelantan, masih terlalu awal untuk overhaul. Beri masa kepada Peter Butler. ya, Kelantan mungkin perlu lebih banyak perbaiki. terutamanya di bahagian tengah tapi dalam liga, dimana perlawanan masih banyak perlu tempuh, 3 mata yang penting. Konsistensi.  Tak kisah menang berapa gol asal dapat bawa 3 mata. Tapi ya lah, aku terlebih paham, penyokong Red Warrior sentiasa mahukan yang terbaik. Siapa tidak mahu yang terbaik kan? tapi kita semua kene professional, kena bagi masa. InsyaAllah, selepas nie kejayaan demi kejayaan akan datang untuk Red Warriors. Sokongan perlu sentiasa ada. Terima Kasih kepada pemain untuk kemenangan di bumi Kenari malam nie. Seterusnya, City Boys..






p/s..Gol nie meme smart. passing tepat..finishing superb. Mat Yo meme striker hebat di Malaysia lonie.

Thursday, January 19, 2012

Malam esok..cafe TRW..

kredit FB kelantan soccer.net
Malam sok sapo2 raso dio ado daroh anok kelate, bulih bukok TV, cenel 801 pakat tengok Kedah lawan Kelate. Kalu ikut ko rekod, Kedah meme pasukan hok susoh nok di'jinokkan.Tapi takpo, tahun nie harapnya, dengan momentum selasa lepah, Kelate bulih dapat tigo mato lagi sambil hambat Tteam hok duk atas liga.Malam esok harapnyo Ghaddar bulih menyengat dan Mat Yo terus berbiso supo sekalo. Malam esok kalu ikut ere gak, meme sibuk sebab hari ahad adik kawe nok nikoh, dengan ore Kedoh jugok.Meme kebetule sungguh dapat adik ipar ore kedoh kali nie.Tapi gapo-gapo pun bola tetap bola. Male sok pakat g cafe TRW, tengok bola screen besar sambil paka jersey TRW baru.Gomo kelate Gomo.

p/s prediction? tok kisoh berapo gol asal mene. 2-1 pulok kalih, Mat yo ngan Piya kali nie.

Wednesday, January 18, 2012

Jom baca


Jom baca yang nie.Nak beli buku steve job tak mampu, beli yang Malaysia dulu.tak kurang jugak kualitinya kan..Selepas nie mahu dapatkan buku 'target' yang dah lama menjadi target tapi tak mampu dan tak jumpa lagi, The Lost Symbol. Baucer buku dah amek nie maka boleh lah cari kat KL bulan 2 nanti.Sekarang nie habiskan buku yang mana ada dan 'calculate' questionnaire yang bertimbun.

p/s..Kelate menang.Tapi overall, permainan masih kurang menyengat.Perlu banyak 'improvement' terutamanya barisan tengah.

Sunday, January 15, 2012

Cuti bermula

Rehat sekejap sebelum masuk detik terakhir semester depan
Waktu rehat sekadar nama sebab banyak kerja jugak kena siapkan
Sekarang menolong yang mampu untuk kenduri adik
selepas ini tolong bagi sorakan untuk Red Warriors
kemudian perlu pertolongan untuk buat Chapter 4 FYP
tak lama lepas tue tolong besarkan badan
kalau boleh cari pertolongan kuruskan perut
jadi, tolong sama-sama tolong

Friday, January 13, 2012

Jawatan kosong - Jurutaip Wisma FAM


Liga bola sepak tempatan baru bermula dan kerancakan di atas padang amat dinanti-nantikan oleh semua peminat dan penyokong bola sepak negara.  Dalam hal yang sama, kerancakan di luar padang juga turut mewarnai kancah bola sepak negara kita ini. Sebelum ini heboh diperkatakan ada beberapa pasukan negeri yang kecewa, marah dan 'fed up' dengan kegagalan pasukan mereka untuk mendaftarkan pemain import buruan masing-masing untuk saingan liga tempatan. Setelah tamat tempoh pendaftaran pemain, Terengganu dan FAM masing-masing menuding jari berkenaan dengan isu pemain import Terengganu yang diberitakan tidak layak untuk bermain untuk saingan liga. MB Terengganu memberi amaran kepada FAM supaya membayar ganti rugi atau pasukan Tteam dan Terengganu akan menarik diri daripada saingan liga. Ketiadaan dua pasukan ini sebenarnya akan menrencatkan liga tempatan kerana sokongan peminat sang penyu pastinya amat dinanti. Don't get me wrong here. Aku selaku peminat Red Warriors sebenarnya anti dengan sek White Troopers atas dasar bola sepak sahaja. Terengganu dan Kelantan perlu wujud kerana warna warni bola sepak derby pantai timur oleh kedua-dua peminat dan pemain daripada dua pasukan Pantai Timur ini akan membuatkan suasana liga akan lebih meriah.


Tapi disini aku bercakap berlandaskan sebagai seorang peminat bola sepak tempatan atau negara kita. FAM sebelum ini aku akui banyak jasa kepada negara tapi jangan kita lupa jugak kepincangan yang telah dimanipulasikan oleh FAM. Sebagai badan tertinggi FAM sepatutnya perkara-perkara yang tidak disenangi yang akan mendatangkan kemarahan kepada persatuan negeri, peminat bola sepak tempatan sepatutnya dapat dielak. Dan kepada semua persatuan negeri,yang merangkap kepada pihak pengurusan pasukan bola sepak dalam negara kita , turut perlu professional dalam menangani segala perancangan dan permasalahan yang timbul. Banyak dah isu yang apabila difikirkan balik, tidak menguntungkan sesiapa sahaja. Lihat saja isu tiket pada musim lepas. Lihat isu penggantungan pemain atau jurulatih. Sekarang isu pemain import pula. Lepas ini mungkin isu stadium ataupun isu jadual. Perkara-perkara sebegini jika dibiarkan dengan lebih panjang akan menjatuhkan kredibiliti liga tempatan. Sekarang ini Singapura dah bermain liga kita. Selepas ini FAM dengan 'bijaknya' mengundang Juara Liga Kemboja bermain dalam saingan Piala FA, jadi liga kita perlu lebih mantap. Tahun ini Kelantan dan Terengganu akan bermain dalam saingan AFC, disini orang luar akan nilai kemampuan barisan negara kita (walaupun dibantu oleh pemain import).

FAM, sepatutnya menwujudkan kerjasama yang lebih mantap dan erat dengan semua badan-badan berkanun dibawahnya dengan satu misi utama iaitu untuk memantapkan bola sepak masing-masing. Pihak persatuan bola sepak negeri pula juga harus wujudkan kerjasama yang padu dengan FAM. Kerjasama yang erat ini akan menguntungkan peminat bola sepak tempatan juga di kemudian hari. Tapi dengan situasi sekarang ini, yang rugi nanti adalah peminat tempatan sendiri. Sekiranya Terengganu menyaman FAM nanti, yang dapat malu adalah FAM dan Terengganu sendiri tidak kiralah siapa yang menang atau kalah. Kalau Terengganu tarik diri yang rugi peminat terengganu dan seluruh peminat tempatan. Tiada orang nak masuk stadium MPPJ sokong Terengganu lawan PKNS sebagai contohnya. FAM dapat duit bagi geran kepada semua persatuan adalah daripada duit rakyat juga. Daripada cukai negara juga. Jadi yang rugi dikemudian hari adalah rakyat dan peminat bola sepak juga.

Aku tak nak bagi pandangan siapa yang salah, siapa yang betul dalam situasi FAM , Terengganu dan MB Mat Said disini. Sekiranya FAM itu badan bebas, yang ditubuhkan untuk selia liga tempatan contohnya, seperti di England atau Eropah, pasti lebih professional liga tempatan ini. Sekarang ini bola sepak adalah entiti korporat. Jadi dengan korporat, berlandaskan keuntungan dan kuasa wang. Kuasa wang terletak kepada kejayaan dan peminat. Barulah kuasa bola sepak sebenar dapat diperolehi oleh peminat bola sepak tempatan. . Kerajaan sepatutnya menswastakan bola sepak negara. Siapa kata kelab dinegara ini tidak mampu berdiri baik? tengok sahaja Johor FC, lebih bagus daripada Johor sendiri malah melangkah jauh dalam saingan tempatan. Pasukan bola sepak negeri terlalu mengharapkan simpati kerajaan. Sudah masanya perlu berdiri dengan kaki sendiri. Dan untuk berdiri dengan kaki sendiri, badan utama bola sepak negara juga  perlu berdiri dengan kaki sendiri juga. Sekarang ini bola sepak negara kita terlalu kotor dengan politik. Politik perlu dalam bola sepak tapi perlu seiring dengan hasil yang dicapai.


Pengakhirannya, aku dan semua peminat bola sepak tempatan akan menantikan apa kesudahannya situasi antara FAM dan Terengganu kerana ianya akan melibatkan semua pihak yang minat dan sokong bola sepak negara kita nie. Yang pasti, tugas sebagai tukang taip surat dan baca surat di Wisma FAM masih ada. Siapa yang berani boleh hantar resume sekarang.

p/s..setiausaha agung FAM adalah bekas jeneral, jadi tak peliklah bila timbul soal salah faham dalam ayat-ayat berkaitan dengan hal ehwal bola sepak nie.Jeneral askar mana taip sendiri surat dulu, dia suruh kadet-kadet PALAPES je buat.

Wednesday, January 11, 2012

Cyber Crime Malaysia


Malaysia, in its bids to be technologically advanced has put into place its various national Information Communication and Technology (ICT) projects such as Multimedia Super Corridor and the various technology parks to promote the use and development of ICT to all Malaysians. Such developments will further enlarge the widespread of cyber culture to Malaysians and thus the threat of cyber crime will become bigger and bigger. As cyber crime being discussed earlier fall into 4 major categories which are against individuals, property, organisations and society, all parties need to work together in order to prevent cyber crimes. Malaysia must constantly check and conduct measurements to determine the use utility of its current laws to combat cybercrime. For individual effort on the other hand, education and awareness on cyber crime is a must so that cyber criminals would have no chance to commit crimes in internet world. One thing for sure is that the online environment nowadays where we all live with smart phones, laptops and social media, the threat of cyber crimes cannot and will never get rid by just a one sided effort. 
We don't need to do much or know much in preventing cyber crime from happen, all that needed is just a simple act or guide of consciousness from the user. We can started to train to delete our particulars after using  the network in PC or laptops. We can started to respect others privacy. Be alert with others who might seem to be a little bit suspicious toward our life. 
Cyber crime is a serious matter. We all should play our parts.to make the world wide web a little safer. 

Tuesday, January 10, 2012

Tahniah Messi..dan DSAi (ehh..)

Tahniah kepada Messi sebab menang anugerah pemain terbaik dunia buat kali yang ketiga berturut-turut.Messi sekali membuktikan bahawa dia sememangnya pemain bola sepak yang terbaik pernah Barcelona ada.Dia berjaya mengenepikan saingan Cristiano Ronaldo.Pastinya Messi berharap dapat mempertahankan kejuaraan yang Barcelona menangi pada musim lepas.

Berbalik kepada saingan bola sepak tempatan. Tempoh berkabung sehari selepas Kelantan kalah pada sabtu lepas sudah habis.Sekarang ini fokus beralih kepada saingan liga super yang akan bermula pada malam ini. Semalam liga perdana dah bermula. ATM dah mula langkah sebagai pencabar utama dalam liga perdana. Malam ini semua pasukan akan turun dengan semangat yang baru untuk bersaing menjuarai liga super daripada Kelantan. Dan Kelantan selaku juara bertahan pasti berdepan dengan onak dan ranjau. Perlawanan pertama Kelantan pastinya berdepan dengan Singapura yang ramai dibarisi pemain-pemain kebangsaan mereka. Satu perlawanan yang sukar kerana jika diikutkan atas kertas, Singapura mampu memberi saingan yang cukup sengit kepada mana-mana pasukan dalam saingan liga super nanti. Kelantan perlu lakukan sesuatu untuk mengekang barisan Sang Singa nanti. Barisan pertahanan pasti akan berubah setelah Azizi Mat Rose cedera.Barisan tengah perlu lebih kreatif dan tidak lagi melakukan kesilapan mudah. Barisan serangan pula perlu lebih tangkas dan 'clinical' dalam menyambar segala peluang -peluang yang terhidang. InsyaAllah, dengan semangat yang tinggi, Kelantan diharapkan dapat mengutip 3 mata penuh pada malam ini.

Tahniah kepada DSAI kerana bebas dari segala pertuduhan semalam di Mahkamah Jalan Duta.Tapi semuanya belum berakhir lagi. Najib pun ada kat luar negara lagi. Saiful pasti nak buat rayuan lagi..dan lagi..dan lagi..Ibrahim Ali pasti kembali dengan serangan perkauman nya itu. Dan politik Malaysia akan selamanya kotor dan kelihatan lucu dimata orang luar. Bagi orang kita? politik adalah wang..tanpa wang takde apa-apa boleh diharapkan.

p/s..terima kasih kerajaan BN sebab baucer buku pelajar universiti? wehh...bukan BN yang bagi weii..nie semua duit rakyat..duit kerajaan tak kira lah BN ke PAS ke DAP ke.Kalo gitu aku sokong PAS jadi aku tak layak la ek amek baucer buku nie? apa ingat aku tak bayar cukai apa? yang Mcd tue, bukan cukai namanya? bangang

Monday, January 9, 2012

901

Pagi esok KL akan sesak kembali
Pak Polis akan sibuk buat roadblock
Yang sokong Pakatan akan nyatakan ideologi dorang
Yang tak sokong pula akan buat sebaliknya
yang pasti Jalan Duta pagi esok akan penuh orang
Dah beri amaran
Dah keluar berita
Dah bagi permit
Dah cakap macam-macam

Aku duduk kat bilik
Sekarang musim panas terik di lembah klang nie
Tak terdaya nak keluar
Duduk kat bilik layan Everybody Loves Raymond lagi bagus
sebab di Malaysia nie Everybody Loves Politics

Sunday, January 8, 2012

Kempunan sekali lagi daging rusa

Permata hitam meranapkan harapan nak merasa daging rusa awal-awal tahun di Bukit Jalil. Permata hitam yang mungkin diambil geng Rusa dari Nilai 2 menggunakan sepenuhnya ketinggian untuk menewaskan 2 kali gawang Kelate yang dijaga Apek yang mungkin masih lagi fever sebab baru naik rumah baru tempoh hari. Pemain tengah  skuad Kijang 'lost in translation'. Defenders buat silly mistake.Strikers takde supply.Pendek kata, secara keseluruhannya taktikal kelate separuh masa kedua tak menjadi. NS pula bijak umpan permata hitam dia dengan hantaran-hantaran silang.

Awal-awal musim dah kempunan satu piala. Semoga skuad Kijang bangkit baham geng Singa pula diseberang tambak Johor 10 hb nanti. Kekalahan malam ini boleh dijadikan satu 'reality check' utk pihak pengurusan tertinggi KAFA, Peter Butler, para pemain Kelate, para peminat, geng Ultra Red Warriors dan semua penyokong Red Warriors.Masih jauh perjalanan musim ini. Masih banyak yang perlu diperbaiki.Masih banyak masa nak bersorak. Semoga dapat peluang ke Bukit Jalil lagi.

Malam ini yang tersengih FAM
Malam ini yang tersenyum PBNS
Malam ini yang mengharap KAFA
Malam ini yang penat Red Warriors

Tuesday, January 3, 2012

3 hari dalam tahun baru

Esok hari ke 4 dalam tahun 2012
Politik masih sama
Yang diatas terus tekan dibawah
Yang dibawah terus cucuk yang diatas
Yang kiri terus himpit yang kanan
Yang kanan terus tepis yang kiri
Ekonomi masih sama
bak kata member aku "kicap pun dah naik harga"
itu baru kicap..harga benda lain tunggu masa je lah
kedai1malaysia?buang masa
kerja masih ditakuk lama
kadar menganggur masih sama
negeri miskin masih sama
tapi cukai terus dibayar
pulangan dari cukai tetap sama
Bola sepak mungkin akan sama
harapnya bola sepak Kelantan akan meningkat dari sebelum nie
bola sepak negara juga diharap sedemikian
tapi pengurusan atas masih sama
masih sultan jaga
masih datuk-datuk yang jaga
masih bekas tentera yang jaga
masih dengan pendirian sama
masa depan tetap tidak terjaga

Sunday, January 1, 2012

Post pertama di pagi pertama 2012

Tahun 2011 semalam diakhiri dengan ini


sampaikan terpaksa beli baju hujan ( plastik sampah? ) yang tak dapat nak cover air hujan sangat..Apa pun refleksi 2011 sangat memberangsangkan.dan diharap tahun 2012 lebih baik daripada yang sebelum ini. Tapi yang penting tahun 2012 dimula dengan gembira sebab dah berjaya pakai ini..


Dan dipagi ini hujan masih tak berenti.Perjalanan mungkin ditangguhkan. Exam kalau boleh ditunda lagi elok tapi tau itu harapan yang sia-sia.

Akhir kata.Selamat melangkah ke tahun 2012..jangan jadi macam filem 2012 sudah..


p/s..to her...happy new year.hope all the best for this year, and this year will always be better than the last..This year something big will come.

Jom Share