Sunday, January 29, 2012

Berikutnya..Sabah, Terengganu dan Selangor

Semalam berbaloi..letih, penat hilang..Sampai je kaki di KB semalam dari Sg Petani terus ke stadium tersohor, home of the Red Warriors untuk tengok bebudak KL berkunjung ke Kota Bharu. Kelate walaupun separuh masa pertama goyah tapi untuk separuh masa kedua berjaya dapatkan 3 gol dan seterusnya 3 mata untuk kekal terajui liga. Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan serta Perak masih lagi teruk menghambat Kelantan dan perlawanan-perlawanan selepas ini akan menjadi penentu aras sejauh mana prestasi Kelantan untuk tahun ini. Meskipun pujian harus diberikan semalam kerana kutip 3 mata penuh tapi bahagian tengah Kelantan masih lagi perlu diperbaiki dan peluang-peluang untuk penyerang Kelantan harus lebih banyak. Mat Yo masih berbisa walaupun kurang diberikan chances di hadapan gol. Ghaddar masih kempunan gol padang.Antwi diberikan sorakan gemuruh satu stadium semalam dan terus mendapat tempat di hati penyokong Red Warriors. Tan Sri Annuar Musa akan umumkan 2 pemain yang dikhabarkan akan menjadi 2 pemain import baru untuk Red Warrior pada 4hb ini.Khabar angin juga diberitakan Rajagopal mahu adakan perlawanan persahabatan dengan Red Warrior.





Seterusnya, nantikan 2 pemain import baru Kelantan. Selepas itu, lawan Sabah yang kental di Likas, hadapi skuad Penyu 11 hb di Kota Bharu sebelum lawan Red Giants di Bukit Jalil. Harapnya FAM dan Ong Kim Swee tak kalut nak panggil Apek.Jangan lupa jugak 5hb Malaysia lawan Bahrain.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share