Friday, January 27, 2012

Habaq oyak

Bila utara bertemu ngan pantai timur, orang kata macam itik jumpa ayam. Budaya lain.Yang penting, bahasa pun lain. Intercultural katakan. Dalam aspek kawen nie, boleh dikatakan ramai orang pantai timur yang temu jodoh dengan orang-orang dari utara nie. Tak jauh pun, parent aku sendiri. Dan sekarang nie, adik ipar aku sorang dari sungai petani. Pekat lagi cakap kedah. Dan insyaAllah, bulan 4 nie, sorang lagi adik aku akan bertemu jodoh dengan sorang anak mami, orang Kepala Batas.Dan bila dua budaya nie bertembung, banyak la benda-benda lucu jadinya. Yang paling utama pastinya bahasa. Orang Kelate tak tau sangat bahasa utara. Ada vocab Penang yang orang Kelate tak tau. Banyak slang ore kelate yang orang Penang tak tau.

Sekarang nie pun aku sedang meronda Pulau Mutiara.Esok p Sungai Petani.Pastu balik. Seminggu nie memang hectic orang kata. Aku nie dah la sorang laki dalam adik beradik aku jadi bila dah adik kenduri kahwin tue memang penat sebab kena buat seme benda. Di sini aku nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan aku yang sempat hadir kenduri adik pada ahad lepas. InsyaAllah, kalau berkesempatan, bulan 4 nie datang lagi untuk adik aku yang sorang lagi.

Bercakap lagi mengenai kahwin nie, selepas ini giliran 2 orang kawan sekolah lama aku akan kawen. Tahniah untuk mereka. Dan sorang lagi kawan aku kat UTP akan kawen. Semua dah akhiri zaman bujang. InsyaAllah, takde aral melintang, aku akan hadir semua majlis. Majlis aku je yang belum-belum nak nampak lagi.haha..

Sambung pasal bola pulak. Malam esok, Kelate lawan Kuala Lumpur. Prestasi KL tak berapa bagus untuk 4 perlawanan awal nie tapi dalam bola sepak sikap over confidence memang bahaya dan Kelate perlu berhati-hati. Malam sok kena pastikan kutip 3 mata penuh dan penyokong serta peminat Kelate harapkan satu perlawanan yang mantap serta menghiburkan ditunjukkan oleh anak buah Peter Butler. Dalam kerancakan liga bola sepak kita, tetiba timbul pula isu Apek yang dikatakan lewat untuk hadir latihan skuad olimpik Malaysia untuk game 5 hb nanti lawan Bahrain. Semua campur tangan sampaikan Dato Shabery Chik pun keluarkan statement. Butler sebagai jurulatih amek langkah berhati-hati dengan mengatakan hanya Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden Kafa berhak mengeluarkan statement. Dan dari pandangan Tan Sri Annuar Musa, Kafa sudah lepaskan Apek, cuma hari tue berlaku sedikit salah faham dan mungkin masalah utamanya adalah tiket flight yang tiada disebabkan cuti raya cina. Yang aku musykil, kalo FAM nak kat Apek, sepatutnya FAM yang book tiket awal-awal bagi kat Apek. Kenapa KAFA pula yang kena cari dan hantar Apek.Ya, aku tau FAM bagi elaun setiap pemain yang dipanggil wakili negara dan wakili negara adalah satu kebanggaan setiap pemain tapi kalau untuk latihan, isu seperti apek nie tak perlu digembar gemburkan sangat. Lagi satu, dalam FIFA atau AFC pun, KAFA selaku majikan utama Apek lebih berhak terhadap apa jua aktiviti Apek sebabnya yang bagi gaji adalah KAFA.Kalau Apek cedera ketika wakili negara, yang ruginya adalah Kafa dan Apek sendiri. Jaga kebajikan pun kafa sendiri. inilah dilema setiap persatuan negeri dan FAM. FAM nie macam kuku besi. Semua nak dan semua kena tunduk. Tiada kompromi.Agaknya MB dari UMNO kena sound sket FAM macam Ahmad Said, MB Ganu sound baru-baru nie, baru lah FAM tunduk. Patut Tan Sri Annuar Musa ugut FAM sket, nak Apek kena ikut KAFA, kalau tidak jangan lepaskan Apek. Masalah antara Kelab dan Negara nie bukan baru sebenarnya. Messi pun jadi rebutan antara Barcelona dan Argentina. Jadi kelab dan Negara perlu cari penyelesaian yang bagi kelebihan kepada semua pihak.

Sekian dulu.Semoga Kelate menang malam sok. Jom, cari laksa penang.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share