Tuesday, January 31, 2012

Hujan pulok doh

Kalau dulu orang kata musim hujan nie habis bila tahun baru cina, tapi sekarang nie macam dah terbalik, raya cina dah lepas, tapi pagi nie hujan lebat pulak.2,3 hari nie di KB asyik hujan je. Aktiviti seharian pun dah terbantut bila dah hujan nie. Nak keluar malas.penyelesaiannya duk dalam rumah layan tenet, layan tv jawabnya.

Sedang termangu tengok laptop, terpandang kalendar untuk bulan februari.Sedar tak sedar kurang 3 minggu lagi cuti mau tamat.Sudah tak lama tapi plan masa sebelum cuti satu pun tak bermula lagi. Questionnaires masih kat tempat sama masa awal-awal balik baru nie. Buku pun baru suku baca.Hari tue bukan main lagi mau habiskan semua buku yang ada.Agaknya dah labah-labah pun dah bersarang kat buku yang baru-baru tak terbelek lagi tue.

Nasib baik la cuti nie bola ada, dan nasib baik jugak bola liga super rehat kejap time hujan-hujan macam nie. Esok Kelate lawan skuad Rajagopal kat KL.4hb pula katanya main kat KB lawan kelab Singapore.Tapi kalau tengok kat cuaca skarang nie, aku rasa berubah tempat pulak lepas nie main kat KL jugak.

Sekian dulu nukilan ringkas di pagi hari sementara tunggu hujan reda. Nak tengok tv pun takde cite bes di pagi hari nie. Asyik duk replay benda sama je kat astro. Layan hotfm pun jadi kan

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share