FAM, sepatutnya menwujudkan kerjasama yang lebih mantap dan erat dengan semua badan-badan berkanun dibawahnya dengan satu misi utama iaitu untuk memantapkan bola sepak masing-masing. Pihak persatuan bola sepak negeri pula juga harus wujudkan kerjasama yang padu dengan FAM. Kerjasama yang erat ini akan menguntungkan peminat bola sepak tempatan juga di kemudian hari. Tapi dengan situasi sekarang ini, yang rugi nanti adalah peminat tempatan sendiri. Sekiranya Terengganu menyaman FAM nanti, yang dapat malu adalah FAM dan Terengganu sendiri tidak kiralah siapa yang menang atau kalah. Kalau Terengganu tarik diri yang rugi peminat terengganu dan seluruh peminat tempatan. Tiada orang nak masuk stadium MPPJ sokong Terengganu lawan PKNS sebagai contohnya. FAM dapat duit bagi geran kepada semua persatuan adalah daripada duit rakyat juga. Daripada cukai negara juga. Jadi yang rugi dikemudian hari adalah rakyat dan peminat bola sepak juga.
Aku tak nak bagi pandangan siapa yang salah, siapa yang betul dalam situasi FAM , Terengganu dan MB Mat Said disini. Sekiranya FAM itu badan bebas, yang ditubuhkan untuk selia liga tempatan contohnya, seperti di England atau Eropah, pasti lebih professional liga tempatan ini. Sekarang ini bola sepak adalah entiti korporat. Jadi dengan korporat, berlandaskan keuntungan dan kuasa wang. Kuasa wang terletak kepada kejayaan dan peminat. Barulah kuasa bola sepak sebenar dapat diperolehi oleh peminat bola sepak tempatan. . Kerajaan sepatutnya menswastakan bola sepak negara. Siapa kata kelab dinegara ini tidak mampu berdiri baik? tengok sahaja Johor FC, lebih bagus daripada Johor sendiri malah melangkah jauh dalam saingan tempatan. Pasukan bola sepak negeri terlalu mengharapkan simpati kerajaan. Sudah masanya perlu berdiri dengan kaki sendiri. Dan untuk berdiri dengan kaki sendiri, badan utama bola sepak negara juga perlu berdiri dengan kaki sendiri juga. Sekarang ini bola sepak negara kita terlalu kotor dengan politik. Politik perlu dalam bola sepak tapi perlu seiring dengan hasil yang dicapai.
Pengakhirannya, aku dan semua peminat bola sepak tempatan akan menantikan apa kesudahannya situasi antara FAM dan Terengganu kerana ianya akan melibatkan semua pihak yang minat dan sokong bola sepak negara kita nie. Yang pasti, tugas sebagai tukang taip surat dan baca surat di Wisma FAM masih ada. Siapa yang berani boleh hantar resume sekarang.
p/s..setiausaha agung FAM adalah bekas jeneral, jadi tak peliklah bila timbul soal salah faham dalam ayat-ayat berkaitan dengan hal ehwal bola sepak nie.Jeneral askar mana taip sendiri surat dulu, dia suruh kadet-kadet PALAPES je buat.





0 Komen:
Post a Comment
berkata-kata lah sesuka hati....