Sunday, January 8, 2012

Kempunan sekali lagi daging rusa

Permata hitam meranapkan harapan nak merasa daging rusa awal-awal tahun di Bukit Jalil. Permata hitam yang mungkin diambil geng Rusa dari Nilai 2 menggunakan sepenuhnya ketinggian untuk menewaskan 2 kali gawang Kelate yang dijaga Apek yang mungkin masih lagi fever sebab baru naik rumah baru tempoh hari. Pemain tengah  skuad Kijang 'lost in translation'. Defenders buat silly mistake.Strikers takde supply.Pendek kata, secara keseluruhannya taktikal kelate separuh masa kedua tak menjadi. NS pula bijak umpan permata hitam dia dengan hantaran-hantaran silang.

Awal-awal musim dah kempunan satu piala. Semoga skuad Kijang bangkit baham geng Singa pula diseberang tambak Johor 10 hb nanti. Kekalahan malam ini boleh dijadikan satu 'reality check' utk pihak pengurusan tertinggi KAFA, Peter Butler, para pemain Kelate, para peminat, geng Ultra Red Warriors dan semua penyokong Red Warriors.Masih jauh perjalanan musim ini. Masih banyak yang perlu diperbaiki.Masih banyak masa nak bersorak. Semoga dapat peluang ke Bukit Jalil lagi.

Malam ini yang tersengih FAM
Malam ini yang tersenyum PBNS
Malam ini yang mengharap KAFA
Malam ini yang penat Red Warriors

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share