Saturday, January 21, 2012

Krisis? apa krisis

Krisis? bukan krisis, slow start je.Itu yang patut dilabel kepada prestasi Kelate bagi 4 perlawanan sebelum nie. Dan malam nie, Kelantan mengamuk di Darul Aman. 3 gol. 3 penjaring berbeza. 3 penyerang. Sebelum nie heboh dikatakan, pemain import kelantan tak hebat. kelantan tak dapat ulangi macam musim lepas. perlukan overhaul. sabar.Dalam bola sepak perlukan masa. Tengok sekarang. Ghaddar semakin berbisa. Antwi semakin menyengat. mat yo seperti biasa hebat. Masa amat penting. Masa untuk bersabar. Arsenal kalah teruk pada awal musim tapi lihat sekarang, masih lagi mengejar tempat di Champions League. Sama juga dengan Man Utd. Kalah teruk dengan City tapi masih ditangga kedua. Dan Kelantan, masih terlalu awal untuk overhaul. Beri masa kepada Peter Butler. ya, Kelantan mungkin perlu lebih banyak perbaiki. terutamanya di bahagian tengah tapi dalam liga, dimana perlawanan masih banyak perlu tempuh, 3 mata yang penting. Konsistensi.  Tak kisah menang berapa gol asal dapat bawa 3 mata. Tapi ya lah, aku terlebih paham, penyokong Red Warrior sentiasa mahukan yang terbaik. Siapa tidak mahu yang terbaik kan? tapi kita semua kene professional, kena bagi masa. InsyaAllah, selepas nie kejayaan demi kejayaan akan datang untuk Red Warriors. Sokongan perlu sentiasa ada. Terima Kasih kepada pemain untuk kemenangan di bumi Kenari malam nie. Seterusnya, City Boys..






p/s..Gol nie meme smart. passing tepat..finishing superb. Mat Yo meme striker hebat di Malaysia lonie.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share