Tuesday, January 10, 2012

Tahniah Messi..dan DSAi (ehh..)

Tahniah kepada Messi sebab menang anugerah pemain terbaik dunia buat kali yang ketiga berturut-turut.Messi sekali membuktikan bahawa dia sememangnya pemain bola sepak yang terbaik pernah Barcelona ada.Dia berjaya mengenepikan saingan Cristiano Ronaldo.Pastinya Messi berharap dapat mempertahankan kejuaraan yang Barcelona menangi pada musim lepas.

Berbalik kepada saingan bola sepak tempatan. Tempoh berkabung sehari selepas Kelantan kalah pada sabtu lepas sudah habis.Sekarang ini fokus beralih kepada saingan liga super yang akan bermula pada malam ini. Semalam liga perdana dah bermula. ATM dah mula langkah sebagai pencabar utama dalam liga perdana. Malam ini semua pasukan akan turun dengan semangat yang baru untuk bersaing menjuarai liga super daripada Kelantan. Dan Kelantan selaku juara bertahan pasti berdepan dengan onak dan ranjau. Perlawanan pertama Kelantan pastinya berdepan dengan Singapura yang ramai dibarisi pemain-pemain kebangsaan mereka. Satu perlawanan yang sukar kerana jika diikutkan atas kertas, Singapura mampu memberi saingan yang cukup sengit kepada mana-mana pasukan dalam saingan liga super nanti. Kelantan perlu lakukan sesuatu untuk mengekang barisan Sang Singa nanti. Barisan pertahanan pasti akan berubah setelah Azizi Mat Rose cedera.Barisan tengah perlu lebih kreatif dan tidak lagi melakukan kesilapan mudah. Barisan serangan pula perlu lebih tangkas dan 'clinical' dalam menyambar segala peluang -peluang yang terhidang. InsyaAllah, dengan semangat yang tinggi, Kelantan diharapkan dapat mengutip 3 mata penuh pada malam ini.

Tahniah kepada DSAI kerana bebas dari segala pertuduhan semalam di Mahkamah Jalan Duta.Tapi semuanya belum berakhir lagi. Najib pun ada kat luar negara lagi. Saiful pasti nak buat rayuan lagi..dan lagi..dan lagi..Ibrahim Ali pasti kembali dengan serangan perkauman nya itu. Dan politik Malaysia akan selamanya kotor dan kelihatan lucu dimata orang luar. Bagi orang kita? politik adalah wang..tanpa wang takde apa-apa boleh diharapkan.

p/s..terima kasih kerajaan BN sebab baucer buku pelajar universiti? wehh...bukan BN yang bagi weii..nie semua duit rakyat..duit kerajaan tak kira lah BN ke PAS ke DAP ke.Kalo gitu aku sokong PAS jadi aku tak layak la ek amek baucer buku nie? apa ingat aku tak bayar cukai apa? yang Mcd tue, bukan cukai namanya? bangang

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share