Tuesday, February 28, 2012

Sandiwara baru


Hari nie dah kuar khabar yang Peter Butler dah ditamatkan kontrak dengan serta merta. Esok mungkin berita nie akan jadi sah.Dan bermula lah kembali pencarian jurulatih baru untuk Kelantan. Liga Super belum lagi sampai pertengahan tapi Kelantan sudah perlu bermula dari awal kembali. Pencarian pemain import pun belum selesai lagi ditambah pula dengan pencarian untuk individu yang dapat mengisi kerusi panas RED Warriors nie.

Kelantan masuk bulan 3 nie banyak perlawanan yang penting dan sekarang tanpa jurulatih memang bertambah berliku la perjalanan Kelantan. Penyokong dan peminat Red Warrior sekarang tak tahu nak cakap ape. Bingung, pelik, kecewa, ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang dah putus asa. Pemain lagi lah. Masuk jurulatih baru selepas ini, terpaksa sesuaikan dengan taktikal baru pulak.Tapi mungkin ada sesetengah pemain yang gembira, ada juga yang sedih.

Pemain-pemain yang dapat effect daripada ketiadaan Peter Butler

Indra, Farhan - dua pemain ini kalo dilihat memang menjadi anak emas Peter Butler. Tapi bila dah tiada mungkin selepas nie mereka perlu gandakan usaha nak masuk kesebelasan utama

Zamri ramli, nik shahrul azim - pemain muda yang selalu mendapat kepercayaan Butler walaupun persembahan yang mereka berikan tidak sebagus mana.

Zairul , Rizal, - mungkin lega sebab sebelum nie mereka kurang dapat tempat dalam pasukan

Chanturu dan Roya - sama situasi dengan diatas tapi beberapa perlawanan  sebelum nie macam dah dapat kepercayaan .selepas nie kena usaha dari bawah balik

Sekarang persoalan utama siapa yang akan ganti tempat Peter Butler...

Bojan Hodak...ada lesen A..ada pengalaman.tapi jawatan dia baru dilantik CEO Army..

Datuk Karathu....mungkin akan kembali.Situasi sama seperti tahun lepas .Bidan terjun.pengganti yang dipercayai dan ada kreditbiliti.

Shelby Singh..pandai cakap je dia nie...

Capello? mahal dan TSAM susah nak berinteraksi kot sebab dia nie pun jenis keras kepala jugak.

pencarian jurulatih bermula dan selepas nie akan banyak la khabar angin akan bertiup dari Kota Bharu..

Monday, February 27, 2012

Tip of the iceberg - Red Warrior


Nampaknya isu dalaman KAFA semakin hari semakin menyerlah .Sebelum ini ramai yang ingatkan isu Peter James Butler dan KAFA sudah selesai.Tapi semua terkejut apabila diberitakan Butler direhatkan oleh KAFA dan diambil oleh sementara waktu oleh  penolong jurulatih. TSAM pula setakat ini tidak memberikan maklumat yang jelas mengenai kedudukan sebenar.Jadi, krisis dalam Kelantan boleh dikatakan seperti tip of the iceberg.Apa yang Nampak diatas kecik tapi sebenarnya dibawahnya masih besar lagi.
Kita analisa krisis ini. Mungkin semua berpunca daripada pemain import. Butler cetuskan isu apabila dia tidak diberikan kuasa mutlak untuk memilih pemain import dan dia tidak tahu menahu mengenai pemain import yang terbaru. KAFA pula mengatakan bahawa semua pemain import yang dibawa untuk ujian perlu lepasi kehendak Butler dahulu dan Butler yang sebenarnya menentukan mana pemain import yang sesuai untuk Kelantan. Yang peliknya disini, prestasi Kelantan tidaklah begitu membimbangkan malah Kelantan setakat ini masih lagi menerajui takhta liga super.Ya, jika dinilai, setakat ini Ghaddar dan Antwi boleh dikatakan pemain import penyerang yang baik.Tapi mungkin satu masalah dengan Kelantan ialah samada Kafa dan Butler sendiri tidak memberikan masa yang cukup untuk pemain import menunjukkan aksi yang sebenarnya.
Kelantan pada awal musim dilihat antara pasukan yang terawal mencari pemain import tapi setakat ini, semua pemain import yang dicari dikatakan tidak memenuhi kriteria. Peminat Kelantan juga dilihat tidak sabar dan mudah mengkritik pemain import yang dilihat tidak berkesan diatas padang. Dalam bola sepak perlukan kesabaran. KAFA, Butler, peminat perlu bersabar. Pemain perlu masa untuk sesuaikan diri dengan rakan sepasukan, dengan cuaca, dengan taktik, dengan style, dengan suasana bola sepak Malaysia. Kalau Messi sendiri yang datang ke Malaysia pun mungkin perlu masa untuk sesuaikan masa.
Ya, langkah KAFA memang terpuji dan patut dalam usaha menguatkan pasukan Kelantan dengan pemain-pemain import.Butler juga memang berkelayakan dan antara jurulatih yang berpengalaman luas untuk mengenal dan melengkapkan pemain import dalam taktikal pasukan Kelantan. Peminat juga berhak dalam menyuarakan pendapat mengenai persembahan pemain import  kerana setiap kali peminat ke stadium, peminat dan penyokong mengharapkan pemain-pemain memberikan persembahan yang terbaik.
Berbalik kepada isu KAFA dan Butler. Krisis ini bertambah lagi apabila KAFA menyatakan Butler seakan tidak menghormati KAFA dan menghilangkan diri. Jadi jika dilihat dari satu sudut, KAFA bertindak betul. KAFA sebagai majikan dan Butler seharusnya menghormati.Jika ada sesuatu permasalahan, bukan Butler tidak boleh menyuarakan pendapatnya tapi perlu berdiplomasi. Situasi ini sama dengan situasi yang terjadi dengan Capello dan England. England bertindak diluar pengetahuan Capello mengenai Terry dan Capello tidak suka . Jadi dua-dua pihak bersetuju untuk berpisah meskipun Euro 2012 akan berlangsung 4 bulan lagi.
Dari sudut Butler pula, memang tindakan KAFA yang merehatkannya seolah-olah sebagai hukuman yang tidak adil. Di saat Kelantan akan menempuh perlawanan yang mencabar selepas ini, jurulatih amat diperlukan. Butler perlu dihormati. Kemampuannya memang semua sudah sedia maklum. KAFA patut memberikan masa dan ruang kepada Butler untuk menjalankan tugasnya dengan selesa dan berkesan. Mungkin harapan yang tinggi daripada peminat dan KAFA sendiri menyebabkan krisis ini berlaku. TSAM pula pada awalnya dilihat seorang yang sangat berkaliber kerana masih sanggup memanggil Butler meskipun Butler sudah tinggalkan Kelantan 2009.
Tapi sekarang rata-rata peminat Kelantan sudah berbelah bagi. Ada yang menyokong TSAM dalam krisis ini. Ada yang mengatakan Butler yang betul. Sekarang ini, dikatakan Butler akan mengambil masa untuk menerangkan apa yang terjadi. KAFA juga sudah pasti akan mengeluarkan penjelasan apa yang terjadi. Yang menjadi mangsa sebenarnya adalah para pemain. Pemain mungkin berbelah bagi. Terganggu fikiran disebalik krisis jurulatih ini. Tapi diharapkan para pemain professional dan memberikan tumpuan untuk perlawanan yang akan datang.
KAFA sepatutnya memberi masa untuk jurulatih merencana taktik dalam pasukan. Lihat saja Ferguson, sudah berapa lama dia di Manchester.Baru ada legasi.Tapi Kelantan, setiap tahun bertukar jurulatih. Bila jurulatih baru masuk, berlainan taktikal direncanakan. B Sathianathan tidak sepatutnya dilepaskan. Atau Datuk Karathu. Sepatutnya mereka ditawarkan kontrak yang lebih lama.Atau dalam kes Butler ini, berikan ruang kepadanya. Jika Butler kata dia tak suka pemain import, hentikan sahaja ambil pemain import, dan jika Kelantan tidak berikan persembahan yang memuaskan selepas itu, pecat saja Butler. Ya, khidmat dan jasa semua pihak amat dihargai. TSAM sangat berjasa kepada Kelantan. Butler pun sama. Sathia , Datuk Karathu juga besar jasanya kepada Kelantan. Ahli-ahli KAFA juga patut dipuji diatas apa yang telah Kelantan kecapi setakat ini. Tapi peminat dan penyokong Kelantan mahukan mulai hari ini, segala krisis yang berlaku dapat diselesaikan dengan cepat, baik dan tidak merosakkan perjalanan bola sepak Kelantan.
Akhir kata, semoga semua pihak bersabar.Semua pihak berfikir dengan baik.Semua pihak menggunakan diplomasi dan komunikasi yang berkesan dalam menyelesaikan krisis ini dengan bertujuan menaikkan bola sepak Kelantan.Para peminat dan penyokong Red Warriors semuanya berharap dan mengharap.

p/s sekadar luahan seorang peminat dan penyokong Red Warrior

Friday, February 24, 2012

Telenovela Red Warriors

Pelakon Utama =  Jurulatih
Pelakon Utama = Presiden
Barisan Pelakon tambahan = Ahli KAFA
Barisan Stuntman = Pemain
Antagonis dan Protagonis = FAM
Executive Producer = Sultan

Penonton = Peminat dan Penyokong
Pengkritik = Negeri-negeri lain

Mula - mula ....2009
Final Piala FA 2009 lawan Selangor..

Kemudian ...


Dia ini menghilang...

Dia penyelamat ...
Final Piala Malaysia 2009..Kalah lawan Negeri Sembilan

Terus setia..
Berjaya..Final Piala Malaysia 2010..




Kemudian...Perkara bodoh terjadi...

Bidan terjun datang...
 Berjaya..Liga Super 2011..

Tapi masih ada yang tak puas hati..bidan terjun beredar..tapi tinggalkan kenangan manis

Kembali yang lama..bertaut kembali...

harapan tinggi...tapi tak lama..
sekarang direhatkan...
 Ending nya?

tiada siapa yang dapat predict..tiada siapa yang berani cakap..dalam telenovela.semuanya mungkin..

p/s...semua menanti..semua tertunggu..yang pasti Red Warrior sentiasa Red Warrior..Jurulatih boleh pergi dan datang,..Pemain boleh keluar dan masuk..Penonton boleh tak datang dan penuhkan stadium..Yang kekal setia, pasukan bola sepak Kelantan.Kelantan akan jatuh? dulu Kelantan pernah main liga FAM. jadi tak kisah,..Bola bulat.sekelip mata boleh berubah..

Thursday, February 23, 2012

Nippon Paint

Tiada apa yang nak dikatakan lagi mengenai persembahan skuad bola sepak Malaysia semalam menentang jepun bagi kelayakan Olimpik.
 Malaysia kalah dengan jaringan 4-0..Ada yang kecewa, ada yang kutuk, ada yang sederhana, ada yang selamba tak kurang jugak ada yang sinikal. Tapi itulah bola sepak. Mana mungkin dapat puaskan hati semua penyokong dan peminat. Kita sendiri akui Jepun jauh meninggalkan kita tapi kita masih lagi meletakkan harapan tinggi.Tapi apabila menerima realiti, semua hendak melatah. Ya, tak salah untuk berharap , tapi diparas mana harapan itu , tinggi, rendah atau sederhana.Ini baru skuad muda negara, belum lagi kita membicarakan mengenai skuad Datuk Rajagopal kita. Skuad 'beliau' akan melawan Sabah dan Filipina nanti.Bukan aku nak merendahkan skuad Sabah tapi berbaloikah skuad negara melawan Sabah? mungkin ada orang akan cakap perlawanan ini adalah untuk menguji keserasian, pemain baru serta taktik baru.Tapi sekali lagi, berbaloikah? Skuad Johor boleh yang bermain di liga premier pun boleh mengadakan persahabatan dengan kelab singapura.Ya, mereka akan kalah tapi sekurang-kurangnya dapat ukur kemampuan dengan skuad yang lebih besar. Bagi contoh terbaik, kalau kita sering baling batu kecil kedalam tong, memang kita akan sentiasa dapat isi banyak batu kecil tersebut tapi apa yang kita dapat? kalau kita gunakan batu besar, memang lagi susah, dan memang akan perit tapi sekurang-kurangnya tangan akan jadi lebih ringan apabila menggunakan batu kecil nanti. Lebih kurang perumpamaan yang aku reka sendiri. Jadi memang Skuad Rajagopal akan menang besar dalam setiap friendly tapi sekadar kemenangan yang dapat. Skuad negara menang besar dengan skuad Kelantan, dan aku tak pelik jugak nanti mereka akan belasah skuad Sabah dengan jaringan yang besar jugak.

Jadi disini apa yang boleh Malaysia buat. Bukan, persoalan utamanya, apa yang sebenarnya FAM aturkan untuk skuad negara? atau mungkinkah FAM masih kalut lagi dengan isu rasuah yang sudah sampai ke FIFA.mungkin sultan bola masih senyap membisu. atau FAM sekadar mengangguk titah TMJ.Yang jadi mangsa selalunya adalah penyokong. Pemain akan sentiasa dapat gaji. Kalah menang mereka tetap boleh elaun. Tapi peminat, penyokong? Ya, kami tak kisah kalau kalah.kami tetap setia sokong. Kami pun tahu skuad negara tak akan dapat main macam Spain atau Brazil. Takkan dapat berikan persembahan yang menarik, tiki taka. Tapi kami tak nak selalunya dibuai mimpi jadi juara Asia tenggara yang dah setahun berlalu. Yang selalu hilang dalam bola sepak Malaysia adalah konsistensi. Itu yang kami mahu. dengan ada konsistensi, akan ada peningkatan. Tapi masalah utama yang melanda negara kita nie, semua jenis jangka pendek. Mana ada yang jangka panjang. Semua tak mahu fikir jauh. Takut.

Entahlah.Harimau Malaya selamanya. Selamanya dengan isu rasuah, politik dan perubahan polisi. Selamanya tak akan meningkat naik.

p/s sama-sama nantikan berapa gol Safee jaringkan lawan Sabah nanti. nantikan juga berapa assist Amar Rohidan mampu bagi untuk penyerang negara kita.

Monday, February 20, 2012

Monday Blues

New Semester
Last semester
New subjects to be taken
Last subjects to be taken

hauntingly glad to wait for the end to begin
hopefully afraid to wait for the beginning of the end

Friday, February 17, 2012

Previu Ringkas 1 Kelantan lawan Sarawak

Bujang Senang ?


Malam esok dapat diketahui sama ada skuad Bujang Senang nie senang atau memang 'senang' dijinakkan di KB..Skuad bawah Robert Alberts nie orang cakap semakin meningkat. Tapi Kelantan pun apa kurangnya. Krisis salah faham Butler dan TSAM nampaknya dah berakhir.Dan pemain boleh tumpu untuk baiki persembahan malam esok.

Predict ? Kelantan 3 - Sarawak 1

p/s..Tunku Mahkota Johor jadi Presiden Johor.Pastu bertitah agar Johor ada satu kelab je.Ini susahnya apabila bola sepak Malaysia nie berterusan dipolitikkan.Aku bukan rakyat Johor tapi sebagai peminat bola sepak Malaysia, sepatutnya Tuanku tak bleh titah sebegitu.Johor FA usaha sendiri la. Nak gembleng usaha apa nya. MP Muar usaha sendiri dan masuk liga. Johor FC bayar sendiri import dan K Devan. Takkan nak bubar semua bagi kat Johor FA macam tue je. Dalam Malaysia nie, sepatutnya dah lama dah bola sepak dikorporatkan. tapi tak, masih nak tunggu FAM , badan kerajaan yang support. Private kan aje. FAM jaga skuad kebangsaan sudah.Bila dah private baru la takde kes2 yang pelik2 pasal bola kat malaysia nie.ini setiap musim kes berkaitan dengan stadium la, lampu stadium la, jadual la, pemain la, peraturan la.Kes yang kat negara Ivory Coast pun tak dengar. Bila dah private, sape ada duit die leh jalan, takde duit, takde inisiatif, bleh go out. Semua negeri jadi kelab. Tak bergantung pada kerajaan. Ini cukai aku bayar buat pe bagi kat pemain negeri sembilan dan perlis, last-last diorang amek rasuah jugak.baik cukai aku disalurkan kat stadium , upgrade jadi selesa sket. Jadi, kepada orang-orang politik dalam bola sepak, jangan duk cari rasuah pemain aje, anda sendiri tue nilai diri sendiri dulu.Bola sepak adalah business.

Thursday, February 16, 2012

Kijang dan Bujang Senang

Yang kanan Presiden Kafa.Yang kiri Ketua Jurulatih Kelate.Yang tengah? Jurulatih dalam FM je
Krisis Kelantan nampaknya reda dah.Sebelum nie heboh pasal Butler dan TSAM berselisih faham.Tapi yang terbaru aku dengar, Butler nafi dia mahu letak jawatan.Dan setakat minit ini, TSAM takde pulak keluarkan status berkaitan dengan Butler. Mungkin ini semua penangan kalah kepada Selangor tempoh hari. Bagi aku, kekalahan tersebut bukanlah apa sangat. Man Utd kalah besar. Arsenal kalah besar jugak. City pernah kalah besar.Real kalah teruk dengan Barca tapi masih lagi terajui liga. Mana ada pasukan yang boleh tak kalah.Ini kan pula Kelantan.Kekalahan buat motivasi lebih tinggi untuk kejar kemenangan. Butler pun kata, perlawanan baru nie nasib je tak menjadi. Kelantan banyak serang.Biasa lah. Berkaitan dengan pemain import pula, setakat ini obinna je menjadi.Aku tengok pun semua pasukan kat Malaysia nie pemain import diorang seme bukan konsisten.Sama juga dengan Kelantan. Amik contoh effa dari NS.Tak score gol dah. Doe pun sama dari Ganu. Kubala takleh buat Perak menang dengan Lions.Alex james pula tenggelam dengan Hai O.Jadi sama je.Tak leh harap sangat jugak dari pemain import.Diorang semua perlu masa nak sesuaikan diri dengan taraf liga kita nie.

Okey berbalik kepada kelantan.Sabtu nie perlawanan pertama Piala FA akan bermula. Kelantan akan menanti kunjungan Sarawak. Butler vs Robert Alberts. Sarawak dilihat semakin meningkat dalam liga. Kelantan pasti mahu capai pencapaian musim lepas dengan sekali lagi masuk final di Bukit Jalil.Perlawanan sabtu ini medan terbaik bagi Kelantan.Kelantan akan turun dengan 2 misi. Satunya mahu catat kemenangan dalam perlawanan pertama Piala FA. Keduanya mahu tunjukkan kembali persembahan cemerlang untuk tangkis tohmahan orang ramai yang Kelantan dilanda krisis.Jadi sabtu ini sama-sama penuhi stadium sekali lagi.Yang tak dapat pergi, RTM ada buat siaran langsung.

GOMO KELATE GOMO

p/s..Cuti dah nak habis.Minggu depan dah berada di UPM.Last semester.Yang paling dinanti-nantikan sudah tiba.

Tuesday, February 14, 2012

Terima Kasih Balaban n Irfan

Terima Kasih sebab tunjukkan bahawa Kelantan banyak kurang lagi
Terima kasih sebab bagitau kat Kelantan supaya jangan mudah overconfidence
Terima Kasih sebab leburkan rekod tanpa kalah Kelantan

Malam nie penyerang kelantan semua buntu
midfield pula kering idea
Possession banyak
Piya macam letih jah
Finishing takde
Tukar penyerang lagi
Tapi gol tak datang jugak
Hmmm..takpe, baru satu kalah kan
Bangkit untuk game lawan sarawak pulak nanti

Previu Ringkas 2 Selangor lawan Kelantan MSL


Malam ini orang yang tak reti baca fatwa pasal Valentine day duk dating kat Midvalley takpun kat Taman KLCC, tapi kita orang cerdik2 nie pergi stadium belake ye.
Malam ini liga super bersambung, Wan Jamak pun dah boleh main.
Malam ini atau petang ini Ahmad Said dah bising pasal lampu jadi tak tau bila Terengganu akan main.
Tapi yang paling penting, malam ini Red Giants akan lawan Red Warriors.

Irfan vs Butler
Safiq vs Shakir
Gurusamy vs Piya
Obinna vs Ramez Ayoub
Bosko Balaban vs Ghaddar
K Soley vs Farhan
Amri Yahya vs Mat Yo

Nak banding lagi Selangor ngan Kelantan memang tersangat kerdil Kelantan.
Kelantan tak menang Piala Malaysia sebanyak macam Selangor
Kelantan tak banyak universiti sebanyak macam Selangor
Kelantan tak sekaya seperti pasukan Selangor
Kelantan tak mampu cari pemain import yang pernah main kat England macam Selangor
Kelantan tak ada Azlan Johar yang pernah main dengan Selangor tapi jadi commentator tak macam duk kat Malaysia
Kelantan ada Tan Sri Annuar Musa
Kelantan ada Peter Butler tapi Selangor ada Irfan Bakti yang selalu rekod menang dengan Kelantan
Kelantan ada Apek
Kelantan ada Aziz Ismail dan Daudsu
Kelantan ada Roya yang tidak berambut merah seperti Amirul Hadi
Pendek kata Kelantan banyak tak ada daripada Selangor
tapi bola sepak ini bulat, macam-macam boleh jadi.
Malam ini Red Warrior akan penuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil yang sentiasa jadi badi kekalahan buat Kelantan
Malam ini sama-sama saksikan di RTM1
Sama-sama dengan Hj Hasbullah Awang sebut nama pemain Kelantan salah 

GOMO KELATE GOMO

Monday, February 13, 2012

Previu Ringkas 1 Selangor lawan Kelantan

Selangor lawan Kelantan, Liga Super 14 Februari
Malam esok, siaran langsung di RTM1, Stadium Nasional Bukit Jalil
Red Giants vs Red Warriors
Mencari kemenangan selepas 2 perlawanan vs tak tewas lagi selepas 7 perlawanan
Badi Bukit Jalil langsai? tonik dari KB dah dapat dari Sang Penyu baru-baru nie
Jom tengok malam esok

Sunday, February 12, 2012

4 tahun sudah


Love is the condition in which the happiness of another person is essential to your own.
Thank you dear

Saturday, February 11, 2012

Tahniah...Terima Kasih..Kelantan Menang musuh tradisi

Tamat game..Kelantan 2 - Terengganu 1.
Puas.Lega..

3 mata dikutip.
Rampas kembali tangga atas liga.Badi lawan Sang Penyu terubat (buat masa ini)
.Percaturan taktikal menjadi malam nie.
Ghaddar masih perlu berusaha keras.
Ramai kata persembahan paling best bagi Kelantan musim ini di Stadium KB.
Obinna sangat menjadi..Roya kembali rebut tempat skuad utama. Mat Yo terus bukti berbisa. Piya masih midfield hebat di Malaysia.
Terima Kasih Ganu..Bagi saingan sengit.Bagi tonik untuk Kelantan teruskan prestasi tanpa Kalah dalam liga.Terima Kasih Tteam
Saingan berikutnya..Musuh kental jugak..Selangor.

Red Warrior vs Red Giants.

GOMO KELATE GOMO

Friday, February 10, 2012

Previu ringkas 2 Kelantan lawan Terengganu MSL

Booth tiket dah buka..Terus pergi beli.Malam sok bergema.Sorakan 'Gomo Kelate Gomo'



Nasi kerabu vs Nasi dagang.
keropok losong vs sambal daging
Peter Butler vs Mat Zan Mat Aris
D vs T
KB Mall vs Mesra Mall
UMK vs UMT
Pantai Cahaya Bulan vs Pantai Batu Buruk
Francis Doe vs Muhammar Ghaddar
Subramaniam vs Marzuki
Apek vs Sharbinee
Tan Sri Annuar Musa vs Dato Seri Ahmad Said
need more to say?

Thursday, February 9, 2012

Previu ringkas 1 Kelantan lawan Terengganu MSL


Lagi 2 hari..845 malam.tempat stadium sultan muhammad ke 4..tiket esok rasanya dah mula dijual.Perlawanan semalam boleh lupakan sekejap.Perak diatas? tak takut..musim lepas juga begitu..Man Utd vs Liverpool pun hari Sabtu nie jugak, peduli kan EPL, minggu nie tumpu derby Pantai Timur.

Monday, February 6, 2012

Sekijang


Sekijang bukan merujuk kepada nama tempat yang ada kat Johor tapi dalam tulisan nie merujuk kepada skuad Kelantan.Seminggu nie memang haru biru suasana bagi semua orang yang terlibat dengan skuad Kelantan. Tak kiralah dari penyokong, peminat, pengurusan, pemain, presiden, para penaja serta peminat luar daripada Kelantan.Isu utama yang dibangkitkan para penyokong dan peminat Kelantan adalah prestasi yang kurang mantap lagi dari skuad Kelantan. Isu keduanya adalah pemain import.
gambar sekadar hiasan tak merujuk kepada mana-mana parti politik sekadar mahu tunjuk tempat bernama Sekijang

Isu pertama.Ada yang marah sangat-sangat sebabnya Kelantan kalah 2 kali berturut-turut dalam perlawanan persahabatan baru-baru nie kepada skuad Malaysia dan kelab dari Singapura. Apa tidaknya, dalam perlawanan-perlawanan tersebut peminat dan penyokong terpaksa membayar harga tiket sedangkan sepatutnya perlawanan persahabatan dibuat adalah untuk meraikan peminat.Tapi aku taknak pergi jauh pasal tiket tue sebab tue libatkan pengurusan dan alasan tersendiri.Aku sendiri tak pergi pada kedua-dua perlawanan disebabkan ada urusan yang lebih penting.Berbalik pada persembahan kelantan masa lawan Malaysia. Ramai yang sangat-sangat tak puas hati kerana Kelantan dibelasah 5-0.Ya, ramai yang katakan hendak buat macam mana lawan skuad Rajagopal kan. Tapi bagi aku, kalau diikutkan malam tersebut, itu bukan skuad pilihan Rajagopal. Rajagopal banyak amek pemain Kelantan untuk skuad Malaysia meninggalkan skuad Kelantan kehilangan beberapa pemain tonggak.Mat Yo, Subra, Shakir, Aziz semuanya diserap dalam skuad Malaysia. Sedangkan dalam perlawanan sebelum ini hanya Mat Yo seorang yang diserapkan. Mungkin Rajagopal dah menjangka dengan ketiadaan tonggak-tonggak ini maka Kelantan akan tempang dan memang terbukti. Tambahan lagi dengan tiadanya Apek.Aku tak salahkan pemain simpanan yang gagal pamer aksi terbaik pada malam tersebut.Roya, Chanturu, Ramzul, Rizal masih tak dapat capai prestasi seperti musim lepas. Kenapa? sebabnya pada musim ini semuanya hanya pelengkap bangku simpanan.Nak salahkan Butler? Tak jugak. Butler hanya mencorakkan taktik kepada pemain-pemain. Ada 2 cara untuk berjaya dalam bola sepak, pemain dapat ikut taktik. Atau jurulatih dapat tau taktik mana yang paling sesuai dengan keupayaan pemain. Sangat berbeza pendekatan ini. Kenapa aku cakap sedemikian? contohnya..Pemain tersebut suka main winger kanan atau kiri tapi taktik pasukan tersebut tak guna winger tapi banyak guna striker, jadi pemain tersebut ubah cara dia bermain, jadi striker dan berjaya. Yang kedua pula, jurulatih tengok dalam skuad dia ramai pemain tengah, jadi dia gunakan taktik yang ada ramai pemain tengah.berbeza kan. Sama juga dengan Kelantan. Kelantan kalau dilihat, Butler masih lagi dalam proses percubaan menerapkan taktik. Jadi semua harus bersabar. Nasib baik perlawanan-perlawanan awal liga Super nie Kelantan bertemu pasukan yang kurang kuat jadi membolehkan kelantan membaiki lagi mutu persembahan selepas ini. Cabaran sebenar adalah bertemu Terengganu dan Selangor selepas ini. Dan satu lagi aspek yang perlu Kelantan teliti adalah pemain import, yang juga merupakan isu kedua yang menghantui Kelantan awal musim ini.

Awal musim ini peminat dan penyokong Red Warrior dilambung harapan bila mendapat tahu ada 3 atau 4 orang pemain import yang berkualiti akan sertai Kelantan. Tapi malangnya, sampai hari ini, boleh dikatakan prestasi semua pemain import tak capai kehendak yang sepatutnya. Ya, sepatutnya kita bagi lebih masa untuk mereka, tapi satu masalah yang selalu hantui Kelantan adalah, peminat dan penyokong adalah sangat 'demanding'.Tapi betullah, setiap peminat mahukan yang terbaik setelah membayar dengan harga yang sepatutnya. Tiket yang dibeli, baju yang dibayar perlulah mendapat kepuasan dengan melihat persembahan pemain import yang dapat memperkuatkan skuad Kelantan diatas padang. Tapi sepanjang liga super musim nie, boleh dikatakan pemain tempatan lebih menyinar daripada mereka. Dari pandangan aku, Ghaddar memang berkualiti. Situasi nya mungkin sama dengan Torres. Reputasi diberikan tinggi tapi masih tak dapat berikan persembahan yang betul-betul menyakinkan. Antwi pula semakin meningkat tapi masih perlu jaga konsistensi. Zakaria dan Okinne pula sudah dipinjamkan kepada KL. Jangan selepas ini KL pula yang meningkat naik disebabkan 2 pemain ini, nanti Kelantan juga yang rugi. Dan baru-baru ini, Obinna dan Okocha pula sertai. Tapi ramai yang katakan sama je persembahan 2 orang tersebut. Dan yang terbaru, khabarnya Tan Sri masih mahu mencari seorang pemain import tengah untuk kuatkan Kelantan.Dari pandangan aku, kalau di liga super, skuad Kelantan sudah kuat dan mampu bersaing. tapi untuk AFC memang sangat perlukan import yang betul-betul mantap.Tapi aku tahu pencarian import yang sebegini bukannya senang. Lihat Selangor yang betul-betul nekad dengan mengambil Bosko Balaban yang suatu masa dulu bermain di Eropah tapi sekarang sudah berusia. Tapi tak salah kalau dia mampu berikan persembahan yang mantap walaupun di usia 34. Dan kalau dibandingkan pemain eropah dan pemain asia, mereka masih mampu menyengat. Cadangan aku, tak salah kalau Tan Sri mencuba 'link' pemain dari Eropah. Tapi masalah kewangan itu adalah satu cabaran buat Kelantan.

Akhir kata, diharapkan Kelantan dapat teruskan perbaiki persembahan dan prestasi. Peminat dan penyokong juga perlu lebih sabar dan berikan masa serta sokongan yang tak berbelah bagi skuad kelantan. Pengurusan, pemain dan jurulatih sudah sedaya upaya mencari formula terbaik untuk sentiasa cari 3 mata penting bagi Kelantan. Kerana di Kelantan, setiap kali masuk stadium, tiada yang lebih penting, selain 3 mata untuk Red Warrior. Lawan Kelantan seterusnya Sabah  pada hari Rabu ini sebelum Derby Pantai Timur hari Sabtu ini.GKG
nantikan perlawanan tumpuan ini pada 11hb, Sabtu

Wednesday, February 1, 2012

Bulan 2

Februari dah masuk.Kejap je habis bulan januari tahun nie.Rasa macam baru semalam masuk tahun 2012,tapi sekarang tengok2 dah masuk bulan 2.Apa pun semoga bulan ini lebih baik daripada bulan yang lepas.Bulan 2 nie menjanjikan lebih banyak aktiviti.Dan bulan ini juga menandakan akan melangkah masuk ke semester terakhir di Serdang.Lega.tak sabar rasanya nak tunggu bulan Jun pulak sebab itu adalah bulan terakhir sebagai undergraduate.Dan bila bercakap pasal nak masuk semester baru nie, mesti semua duk cakap pasal result kan.Aku tak hirau sangat dah pasal result nie. Yang penting selagi dapat duduk sudah, grade tak menentukan kedudukan pun. Asal dapat habiskan sudah.Kalau orang lain nak kejar gila-gila grade tue silakan.Dan satu lagi perkara pasal bulan 2 nie adalah kalendar bola sepak akan terus terisi.kat bawah serba sedikit planner untuk bulan 2 nie

  • 11hb kelate lawan ganu di KB
  • 14hb Selangor lawe kelate di Bukit Jalil
  • 18hb Kelate lawe Sarawak di KB untuk Piala FA (nampaknya pergi lambat la serdang nanti)
  • bermula 15hb, second round knockout stage Champions league bermula
  • 23hb dikatakan Yusri akan nikah dengan Lisa Surihani ( yang nie memang banyak berkait dengan peminat bola sebab ramai yang kecewa dengan pilihan Lisa yang cute miut tue)
Setakat tue dululah.Aku pun mana hafal sangat semua jadual bola untuk bulan nie. Aku ingat yang penting-penting je.Sekian

Jom Share