Thursday, February 23, 2012

Nippon Paint

Tiada apa yang nak dikatakan lagi mengenai persembahan skuad bola sepak Malaysia semalam menentang jepun bagi kelayakan Olimpik.
 Malaysia kalah dengan jaringan 4-0..Ada yang kecewa, ada yang kutuk, ada yang sederhana, ada yang selamba tak kurang jugak ada yang sinikal. Tapi itulah bola sepak. Mana mungkin dapat puaskan hati semua penyokong dan peminat. Kita sendiri akui Jepun jauh meninggalkan kita tapi kita masih lagi meletakkan harapan tinggi.Tapi apabila menerima realiti, semua hendak melatah. Ya, tak salah untuk berharap , tapi diparas mana harapan itu , tinggi, rendah atau sederhana.Ini baru skuad muda negara, belum lagi kita membicarakan mengenai skuad Datuk Rajagopal kita. Skuad 'beliau' akan melawan Sabah dan Filipina nanti.Bukan aku nak merendahkan skuad Sabah tapi berbaloikah skuad negara melawan Sabah? mungkin ada orang akan cakap perlawanan ini adalah untuk menguji keserasian, pemain baru serta taktik baru.Tapi sekali lagi, berbaloikah? Skuad Johor boleh yang bermain di liga premier pun boleh mengadakan persahabatan dengan kelab singapura.Ya, mereka akan kalah tapi sekurang-kurangnya dapat ukur kemampuan dengan skuad yang lebih besar. Bagi contoh terbaik, kalau kita sering baling batu kecil kedalam tong, memang kita akan sentiasa dapat isi banyak batu kecil tersebut tapi apa yang kita dapat? kalau kita gunakan batu besar, memang lagi susah, dan memang akan perit tapi sekurang-kurangnya tangan akan jadi lebih ringan apabila menggunakan batu kecil nanti. Lebih kurang perumpamaan yang aku reka sendiri. Jadi memang Skuad Rajagopal akan menang besar dalam setiap friendly tapi sekadar kemenangan yang dapat. Skuad negara menang besar dengan skuad Kelantan, dan aku tak pelik jugak nanti mereka akan belasah skuad Sabah dengan jaringan yang besar jugak.

Jadi disini apa yang boleh Malaysia buat. Bukan, persoalan utamanya, apa yang sebenarnya FAM aturkan untuk skuad negara? atau mungkinkah FAM masih kalut lagi dengan isu rasuah yang sudah sampai ke FIFA.mungkin sultan bola masih senyap membisu. atau FAM sekadar mengangguk titah TMJ.Yang jadi mangsa selalunya adalah penyokong. Pemain akan sentiasa dapat gaji. Kalah menang mereka tetap boleh elaun. Tapi peminat, penyokong? Ya, kami tak kisah kalau kalah.kami tetap setia sokong. Kami pun tahu skuad negara tak akan dapat main macam Spain atau Brazil. Takkan dapat berikan persembahan yang menarik, tiki taka. Tapi kami tak nak selalunya dibuai mimpi jadi juara Asia tenggara yang dah setahun berlalu. Yang selalu hilang dalam bola sepak Malaysia adalah konsistensi. Itu yang kami mahu. dengan ada konsistensi, akan ada peningkatan. Tapi masalah utama yang melanda negara kita nie, semua jenis jangka pendek. Mana ada yang jangka panjang. Semua tak mahu fikir jauh. Takut.

Entahlah.Harimau Malaya selamanya. Selamanya dengan isu rasuah, politik dan perubahan polisi. Selamanya tak akan meningkat naik.

p/s sama-sama nantikan berapa gol Safee jaringkan lawan Sabah nanti. nantikan juga berapa assist Amar Rohidan mampu bagi untuk penyerang negara kita.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share