Monday, February 6, 2012

Sekijang


Sekijang bukan merujuk kepada nama tempat yang ada kat Johor tapi dalam tulisan nie merujuk kepada skuad Kelantan.Seminggu nie memang haru biru suasana bagi semua orang yang terlibat dengan skuad Kelantan. Tak kiralah dari penyokong, peminat, pengurusan, pemain, presiden, para penaja serta peminat luar daripada Kelantan.Isu utama yang dibangkitkan para penyokong dan peminat Kelantan adalah prestasi yang kurang mantap lagi dari skuad Kelantan. Isu keduanya adalah pemain import.
gambar sekadar hiasan tak merujuk kepada mana-mana parti politik sekadar mahu tunjuk tempat bernama Sekijang

Isu pertama.Ada yang marah sangat-sangat sebabnya Kelantan kalah 2 kali berturut-turut dalam perlawanan persahabatan baru-baru nie kepada skuad Malaysia dan kelab dari Singapura. Apa tidaknya, dalam perlawanan-perlawanan tersebut peminat dan penyokong terpaksa membayar harga tiket sedangkan sepatutnya perlawanan persahabatan dibuat adalah untuk meraikan peminat.Tapi aku taknak pergi jauh pasal tiket tue sebab tue libatkan pengurusan dan alasan tersendiri.Aku sendiri tak pergi pada kedua-dua perlawanan disebabkan ada urusan yang lebih penting.Berbalik pada persembahan kelantan masa lawan Malaysia. Ramai yang sangat-sangat tak puas hati kerana Kelantan dibelasah 5-0.Ya, ramai yang katakan hendak buat macam mana lawan skuad Rajagopal kan. Tapi bagi aku, kalau diikutkan malam tersebut, itu bukan skuad pilihan Rajagopal. Rajagopal banyak amek pemain Kelantan untuk skuad Malaysia meninggalkan skuad Kelantan kehilangan beberapa pemain tonggak.Mat Yo, Subra, Shakir, Aziz semuanya diserap dalam skuad Malaysia. Sedangkan dalam perlawanan sebelum ini hanya Mat Yo seorang yang diserapkan. Mungkin Rajagopal dah menjangka dengan ketiadaan tonggak-tonggak ini maka Kelantan akan tempang dan memang terbukti. Tambahan lagi dengan tiadanya Apek.Aku tak salahkan pemain simpanan yang gagal pamer aksi terbaik pada malam tersebut.Roya, Chanturu, Ramzul, Rizal masih tak dapat capai prestasi seperti musim lepas. Kenapa? sebabnya pada musim ini semuanya hanya pelengkap bangku simpanan.Nak salahkan Butler? Tak jugak. Butler hanya mencorakkan taktik kepada pemain-pemain. Ada 2 cara untuk berjaya dalam bola sepak, pemain dapat ikut taktik. Atau jurulatih dapat tau taktik mana yang paling sesuai dengan keupayaan pemain. Sangat berbeza pendekatan ini. Kenapa aku cakap sedemikian? contohnya..Pemain tersebut suka main winger kanan atau kiri tapi taktik pasukan tersebut tak guna winger tapi banyak guna striker, jadi pemain tersebut ubah cara dia bermain, jadi striker dan berjaya. Yang kedua pula, jurulatih tengok dalam skuad dia ramai pemain tengah, jadi dia gunakan taktik yang ada ramai pemain tengah.berbeza kan. Sama juga dengan Kelantan. Kelantan kalau dilihat, Butler masih lagi dalam proses percubaan menerapkan taktik. Jadi semua harus bersabar. Nasib baik perlawanan-perlawanan awal liga Super nie Kelantan bertemu pasukan yang kurang kuat jadi membolehkan kelantan membaiki lagi mutu persembahan selepas ini. Cabaran sebenar adalah bertemu Terengganu dan Selangor selepas ini. Dan satu lagi aspek yang perlu Kelantan teliti adalah pemain import, yang juga merupakan isu kedua yang menghantui Kelantan awal musim ini.

Awal musim ini peminat dan penyokong Red Warrior dilambung harapan bila mendapat tahu ada 3 atau 4 orang pemain import yang berkualiti akan sertai Kelantan. Tapi malangnya, sampai hari ini, boleh dikatakan prestasi semua pemain import tak capai kehendak yang sepatutnya. Ya, sepatutnya kita bagi lebih masa untuk mereka, tapi satu masalah yang selalu hantui Kelantan adalah, peminat dan penyokong adalah sangat 'demanding'.Tapi betullah, setiap peminat mahukan yang terbaik setelah membayar dengan harga yang sepatutnya. Tiket yang dibeli, baju yang dibayar perlulah mendapat kepuasan dengan melihat persembahan pemain import yang dapat memperkuatkan skuad Kelantan diatas padang. Tapi sepanjang liga super musim nie, boleh dikatakan pemain tempatan lebih menyinar daripada mereka. Dari pandangan aku, Ghaddar memang berkualiti. Situasi nya mungkin sama dengan Torres. Reputasi diberikan tinggi tapi masih tak dapat berikan persembahan yang betul-betul menyakinkan. Antwi pula semakin meningkat tapi masih perlu jaga konsistensi. Zakaria dan Okinne pula sudah dipinjamkan kepada KL. Jangan selepas ini KL pula yang meningkat naik disebabkan 2 pemain ini, nanti Kelantan juga yang rugi. Dan baru-baru ini, Obinna dan Okocha pula sertai. Tapi ramai yang katakan sama je persembahan 2 orang tersebut. Dan yang terbaru, khabarnya Tan Sri masih mahu mencari seorang pemain import tengah untuk kuatkan Kelantan.Dari pandangan aku, kalau di liga super, skuad Kelantan sudah kuat dan mampu bersaing. tapi untuk AFC memang sangat perlukan import yang betul-betul mantap.Tapi aku tahu pencarian import yang sebegini bukannya senang. Lihat Selangor yang betul-betul nekad dengan mengambil Bosko Balaban yang suatu masa dulu bermain di Eropah tapi sekarang sudah berusia. Tapi tak salah kalau dia mampu berikan persembahan yang mantap walaupun di usia 34. Dan kalau dibandingkan pemain eropah dan pemain asia, mereka masih mampu menyengat. Cadangan aku, tak salah kalau Tan Sri mencuba 'link' pemain dari Eropah. Tapi masalah kewangan itu adalah satu cabaran buat Kelantan.

Akhir kata, diharapkan Kelantan dapat teruskan perbaiki persembahan dan prestasi. Peminat dan penyokong juga perlu lebih sabar dan berikan masa serta sokongan yang tak berbelah bagi skuad kelantan. Pengurusan, pemain dan jurulatih sudah sedaya upaya mencari formula terbaik untuk sentiasa cari 3 mata penting bagi Kelantan. Kerana di Kelantan, setiap kali masuk stadium, tiada yang lebih penting, selain 3 mata untuk Red Warrior. Lawan Kelantan seterusnya Sabah  pada hari Rabu ini sebelum Derby Pantai Timur hari Sabtu ini.GKG
nantikan perlawanan tumpuan ini pada 11hb, Sabtu

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share