Monday, February 27, 2012

Tip of the iceberg - Red Warrior


Nampaknya isu dalaman KAFA semakin hari semakin menyerlah .Sebelum ini ramai yang ingatkan isu Peter James Butler dan KAFA sudah selesai.Tapi semua terkejut apabila diberitakan Butler direhatkan oleh KAFA dan diambil oleh sementara waktu oleh  penolong jurulatih. TSAM pula setakat ini tidak memberikan maklumat yang jelas mengenai kedudukan sebenar.Jadi, krisis dalam Kelantan boleh dikatakan seperti tip of the iceberg.Apa yang Nampak diatas kecik tapi sebenarnya dibawahnya masih besar lagi.
Kita analisa krisis ini. Mungkin semua berpunca daripada pemain import. Butler cetuskan isu apabila dia tidak diberikan kuasa mutlak untuk memilih pemain import dan dia tidak tahu menahu mengenai pemain import yang terbaru. KAFA pula mengatakan bahawa semua pemain import yang dibawa untuk ujian perlu lepasi kehendak Butler dahulu dan Butler yang sebenarnya menentukan mana pemain import yang sesuai untuk Kelantan. Yang peliknya disini, prestasi Kelantan tidaklah begitu membimbangkan malah Kelantan setakat ini masih lagi menerajui takhta liga super.Ya, jika dinilai, setakat ini Ghaddar dan Antwi boleh dikatakan pemain import penyerang yang baik.Tapi mungkin satu masalah dengan Kelantan ialah samada Kafa dan Butler sendiri tidak memberikan masa yang cukup untuk pemain import menunjukkan aksi yang sebenarnya.
Kelantan pada awal musim dilihat antara pasukan yang terawal mencari pemain import tapi setakat ini, semua pemain import yang dicari dikatakan tidak memenuhi kriteria. Peminat Kelantan juga dilihat tidak sabar dan mudah mengkritik pemain import yang dilihat tidak berkesan diatas padang. Dalam bola sepak perlukan kesabaran. KAFA, Butler, peminat perlu bersabar. Pemain perlu masa untuk sesuaikan diri dengan rakan sepasukan, dengan cuaca, dengan taktik, dengan style, dengan suasana bola sepak Malaysia. Kalau Messi sendiri yang datang ke Malaysia pun mungkin perlu masa untuk sesuaikan masa.
Ya, langkah KAFA memang terpuji dan patut dalam usaha menguatkan pasukan Kelantan dengan pemain-pemain import.Butler juga memang berkelayakan dan antara jurulatih yang berpengalaman luas untuk mengenal dan melengkapkan pemain import dalam taktikal pasukan Kelantan. Peminat juga berhak dalam menyuarakan pendapat mengenai persembahan pemain import  kerana setiap kali peminat ke stadium, peminat dan penyokong mengharapkan pemain-pemain memberikan persembahan yang terbaik.
Berbalik kepada isu KAFA dan Butler. Krisis ini bertambah lagi apabila KAFA menyatakan Butler seakan tidak menghormati KAFA dan menghilangkan diri. Jadi jika dilihat dari satu sudut, KAFA bertindak betul. KAFA sebagai majikan dan Butler seharusnya menghormati.Jika ada sesuatu permasalahan, bukan Butler tidak boleh menyuarakan pendapatnya tapi perlu berdiplomasi. Situasi ini sama dengan situasi yang terjadi dengan Capello dan England. England bertindak diluar pengetahuan Capello mengenai Terry dan Capello tidak suka . Jadi dua-dua pihak bersetuju untuk berpisah meskipun Euro 2012 akan berlangsung 4 bulan lagi.
Dari sudut Butler pula, memang tindakan KAFA yang merehatkannya seolah-olah sebagai hukuman yang tidak adil. Di saat Kelantan akan menempuh perlawanan yang mencabar selepas ini, jurulatih amat diperlukan. Butler perlu dihormati. Kemampuannya memang semua sudah sedia maklum. KAFA patut memberikan masa dan ruang kepada Butler untuk menjalankan tugasnya dengan selesa dan berkesan. Mungkin harapan yang tinggi daripada peminat dan KAFA sendiri menyebabkan krisis ini berlaku. TSAM pula pada awalnya dilihat seorang yang sangat berkaliber kerana masih sanggup memanggil Butler meskipun Butler sudah tinggalkan Kelantan 2009.
Tapi sekarang rata-rata peminat Kelantan sudah berbelah bagi. Ada yang menyokong TSAM dalam krisis ini. Ada yang mengatakan Butler yang betul. Sekarang ini, dikatakan Butler akan mengambil masa untuk menerangkan apa yang terjadi. KAFA juga sudah pasti akan mengeluarkan penjelasan apa yang terjadi. Yang menjadi mangsa sebenarnya adalah para pemain. Pemain mungkin berbelah bagi. Terganggu fikiran disebalik krisis jurulatih ini. Tapi diharapkan para pemain professional dan memberikan tumpuan untuk perlawanan yang akan datang.
KAFA sepatutnya memberi masa untuk jurulatih merencana taktik dalam pasukan. Lihat saja Ferguson, sudah berapa lama dia di Manchester.Baru ada legasi.Tapi Kelantan, setiap tahun bertukar jurulatih. Bila jurulatih baru masuk, berlainan taktikal direncanakan. B Sathianathan tidak sepatutnya dilepaskan. Atau Datuk Karathu. Sepatutnya mereka ditawarkan kontrak yang lebih lama.Atau dalam kes Butler ini, berikan ruang kepadanya. Jika Butler kata dia tak suka pemain import, hentikan sahaja ambil pemain import, dan jika Kelantan tidak berikan persembahan yang memuaskan selepas itu, pecat saja Butler. Ya, khidmat dan jasa semua pihak amat dihargai. TSAM sangat berjasa kepada Kelantan. Butler pun sama. Sathia , Datuk Karathu juga besar jasanya kepada Kelantan. Ahli-ahli KAFA juga patut dipuji diatas apa yang telah Kelantan kecapi setakat ini. Tapi peminat dan penyokong Kelantan mahukan mulai hari ini, segala krisis yang berlaku dapat diselesaikan dengan cepat, baik dan tidak merosakkan perjalanan bola sepak Kelantan.
Akhir kata, semoga semua pihak bersabar.Semua pihak berfikir dengan baik.Semua pihak menggunakan diplomasi dan komunikasi yang berkesan dalam menyelesaikan krisis ini dengan bertujuan menaikkan bola sepak Kelantan.Para peminat dan penyokong Red Warriors semuanya berharap dan mengharap.

p/s sekadar luahan seorang peminat dan penyokong Red Warrior

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share