Saturday, March 31, 2012

Kelantan vs Felda United

warga Felda kat Gua Musang, Kuala Krai tue datanglah beri sokongan kat Felda.Sian kat Isa Samad tue

Malam nie Kelantan akan menentang Felda United dalam saingan Liga Super.Setelah rehat seketika, liga super kembali bersambung dan Kelantan pasti mahu terus mendaki takhta liga super dan menjarakkan diri lagi dari saingan Terengganu dan Lions..Saingan malam nie Felda United. Satu pasukan yang selalu dianggap sebagai pasukan Giant Killer..Geng Buah Sawit nie bagaimanapun dilihat sedikit jatuh prestasinya pada tahun ini. Kelantan pula dilihat semakin positif setelah berjaya menjejakkan kaki dalam saingan separuh akhir Piala FA. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa tonggak Kelantan tidak akan beraksi malam nie. Apek masih tidak pasti. Subramaniam mungkin sudah boleh beraksi. Mat Yo hanya dapat bermain 2, 3 minggu lagi. Azizi Mat Rose masih cedera..Satu benda yang melegakan Kelantan adalah Nwoha sudah berjaya menjaringkan gol.Tapi angin kencang mengatakan Keita Mandjou akan dibeli kelantan setelah pintu perpindahan dibuka mulai April nanti. jadi status Nwoha, bersama Antwi dan Ghaddar tidak ada siapa tahu melainkan jurulatih dan TSAM sendiri.

Tapi malam nie, bermain di KB, Kelantan pasti mahu mengutip tiga mata penuh. Farhan kembali temui sentuhan berbisa di depan gol Chanturu dan Azwan Roya sudah dapat tempat dalam pasukan. Satu masalah untuk Kelantan pasti datang dari ketangkasan Hamsani Ahmad. Saban tahun Hamsani Ahmad selaku antara penjaga gol disegani dan berpengalaman dalam negara nie menjadi benteng kebal untuk Felda United. Malam nie Hamsani pasti akan mengemudi gawang Felda dengan bermati-matian. Jangan dilupa juga bahawa Felda mempunyai Fakhri Shaarani. Walaupun mulai musim baru nie dia tidak menonjol mana, tapi dia masih antara penyerang yang boleh memberi duka kepada pasukan Kelantan.
Malam nie semua peminat Kelantan diharap dapat memenuhkan stadium memberi sokongan dalam usaha Kelantan mencari kemenangan lagi. Dan malam nie maybe aku hanya dapat ikuti siaran melalui radio saja sebab Astro dah tak nak siar match libatkan Kelantan. malam nie jugak Earth Hour, jadi perlawanan patutnya dimulakan lewat satu jam . Lampu Limpah stadium seluruh Malaysia untuk liga super malam nie kalau betul sokong earth hour patut ditutup.Bergelap dalam stadium ramai-ramai seronok jugak kan.

p/s...jangkaan. disebab sokongan warga Felda Ciku, Paloh, Kemahang..Kelantan hanya mampu menan 3-2 dengan Felda United malam nie. 1 gol Fakhri Saarani. 1 gol Hardi Jaafar..2 gol Nwoha..1 gol dari Azwan Roya

Friday, March 30, 2012

EarthHour dah kem 404

Malam esok, sempena 31 Mac, seluruh dunia akan melancarkan gerakan menyelamatkan bumi kita, Earth Hour.macam kebiasaannya, sempenan earthhour nie, semua orang akan konon2 nya menyayangi bumi dengan menutup lampu dan elektrik selama satu jam. Dengan harapan, penjimatan tenaga elektrik selama satu jam yang dilancarkan seluruh dunia akan menyelamatkan bumi yang semakin tua nie. Kenapa aku kata konon2 nya? sebabnya kita semua nie hipokrit je sebenanrnya.Aku menyokong earthhour, semua orang pun sokong earth hour tapi masalah dengan kita semua nie adalah kita sekadar sokong apabila ramai sokong. Cakap earth hour jadi semua pun tutup la lampu2 pastu duk cakap bagus benda nie, bla..bla dapat selamatkan bumi.Tapi selepas tutup satu jam, kita tak tutup pulak lampu selama 23 jam.Bukankah hipokrit macam tue? Kita cakap nak selamatkan bumi tapi kita guna plastik bag banyak2.Beli roti satu nak plastik. beli air satu tin pun nak plastik. Bekas polisterin lagi. Okey, dalam konteks mahasiswa orang duk cakap mahasiswa kena tahu pasal benda luar. Kena recycle la semua lagi lagi.Tapi aku tengok tiap-tiap hari penuhnya tong sampah dengan plastik-plastik. Initiatif kena cari sendiri. Orang akan cakap, ala satu plastik je pun. Tapi kalau seratus orang tak pakai plastik bukan kah dah membantu? akan ada jugak orang cakap, laa dah dia bagi plastik, amek je la. tak tahu nak cakap apa lagi.









Aku sendiri pun hipokrit dengan bumi nie. Cakap earth hour la tapi air tak jimat, lampu tak tutup mana. Plastik beli makanan amek jugak. Nak salahkan pihak universiti? boleh jugak..Aku tak nampak pun tong recycle. susah sangat ke nak letak tong recycle.Mahal ribu2 ke.Mungkin U nie tak de duit kot sebabnya jalan pun tak berturap. Lepas tue duk cakap eco sana eco sini tapi benda paling simple pun tak bleh buat. Nak selamatkan bumi nie bukan setakat tutup lampu satu jam setiap tahun je. Banyak benda yang paling senang, paling mudah untuk kita buat semua. Lepas U kita tengok kerajaan negeri dan negara pulak. Aku rasa semua orang pun bleh pikir kan. Tapi ya lah, hipokrit nie perkara yang senang dibuat, susah nak ditinggalkan. Cakap nak jadi itu la ini la.Ya kerajaan kita sokong earth hour tapi pembaziran tempat lain banyak lagi. Apa kilang Lynas nanti tue menyihatkan bumi ke?Bukak lampu jalan pukul 9 pagi waktu matahari pancar terik tue membantu bumi ke?
Perkara penting yang aku nak sampaikan kat sini adalah, bangsa kita nie, bangsa malaysia la orang kata kan walaupun aku tak berapa setuju dengan perkataan "bangsa malaysia" nie, semua nya hipokrit. Sebabnya? sebabnya memang kita terkongkong sejak dari dulu lagi. Tak de anjakan paradigma. tapi ya lah, bila orang cakap something, banyak la jugak orang akan bangkang..Sebab tue dalam peribahasa ada cakap, silence is gold.Sebab kalau kita cakap kena lempar macam-macam benda. Sebagai akhirannya, semoga semua yang terpaksa bergelap atau sukarela tutup lampu malam esok, berdoa je , agar bumi dapat diselamatkan ye.


selesai pasal earth hour,masuk kem 404 pulak. 4 April nanti FAM akan jatuhnya hukuman kepada Tan Sri Annuar Musa. Yang pastinya ramai orang duk kata TSAM akan kena gantung. Kalau tengokkan pada sejarah, memang akan kena hukuman yang berat.Jadi tak tahulah apa hukuman yang kena nanti, mungkin akan secara langsungnya akan melibatkan KAFA nanti.jadi banyak lah mulut-mulut yang bercakap nanti. Bagi aku senang je, kalau betul kesalahan TSAM yang FAM tengok pasal kritik pasukan bola negara tue amat besar, dan hukuman nanti patut berdasarkan jawatan dalam FAM sahaja. Disini aku tak katakan kalau tiada TSAM, kafa akan jatuh.Kelate tetap akan ada walaupun TSAM dibuang daerah sekalipun. Pasukan bola kelate tetap akan ada kalau kena gantung tak leh main 10000000 juta tahun sekalipun. Disini aku nak katakan, peminat akan sentiasa berada dibelakang bola sepak Kelantan.Dan kalau aku berada di tempat TSAM, jika FAM mahu bermain keras, KAFA juga boleh bermain keras. Tengok sahaja MB terengganu yang berjaya mengugut FAM. FAM sebenarnya kecut perut.Tapi ye lah, Kelantan nie sejak dari dulu lagi ramai yang tak suka. TSAM pula bukan orang kuat politik dah macam dulu kan. Lain la macam Sultan Pahang yang sangat otai. Kalau PM Najib cakap sesuatu pasal bola tentu semua akan ikut kan. Tapi ye la kan, siapa lah sangat ahli politik dari kelantan nie.Semua yang orang kelate kene selalu kena terima je lah. Dan aku sangat hormat TSAM diatas dasar apa yang dia buat untuk KAFA sebagai anak kelate sendiri. Jika aku berada di tempat TSAM, haramkan saja kelantan bermain dalam liga Malaysia. Mungkin semua pihak gembira.Tak mengapa, kita main liga dalam negeri je. Tak pun, jangan bagi Apek, mat yo ke yang kontrak dengan Kelantan , main dengan team rajagopal. Baru lah Rajagopal tahu siapa sebenarnya yang lebih besar. tapi sekarang nie terbalik, FAM macam raja dah padahal yang bergolok gadai bayar gaji adalah KAFA. Macam kes apek, apek cedera masa olimpik dan tak main untuk kelantan, ada FAM bayar apa-apa? takde pun. Jangan bagi pemain kelantan main dengan Malaysia, tak rugi apa-apa pun setakat main dengan malaysia dan kalah setiap masa. FAM nie sejak dulu lagi ramai yang benci, sepatutnya buat satu kajian pasal penerimaan FAM nie dalam Malaysia. Masalah dengan FAM apabila orang yang tak tahu pasal bola nak pegang hal ehwal dalaman, tertinggi bola sepak negara. Bekas jeneral askar nak jaga pasal bola. Sultan yang tak pernah main bola bleh jaga pasal bola. tapi itu lah hakikatnya. Kesultanan kena jaga.Kita rakyat nie terima je lah walaupun setiap masa rakyat negara lain duk ketawa berdekah-dekah kat negara kita. Jadi sesiapa yang rajin, pergilah wisma FAM 4 april nanti. Jangan FAM buat april fool sudah pada hari tersebut.GKG

Tuesday, March 27, 2012

Berwajah baru


Blogspot berinterface baru..Mula-mula macam pelik jugak apahal kena upgrade apa semua tapi rupanya memang dah berwajah baru.hanya perlu tekan je.Tak perlu bayar apa-apa. kalau kena bayar apa-apa memang alamat tutup la blog nie.Biasa laa dalam dunia ICT nie kan, semua benda akan berwajah baru. Change tue inevitable dalam ICT.hendak tak hendak, suka tak suka, susah senang, terpaksa terima dan adaptasi. kalau lambat adaptasi memang akan ketinggalan lah kita semua dalam dunia yang semakin hari semakin laju bergerak nie. Tengok macam social media yang terpenting dalam dekad nie, facebook, awal-awal dulu lain, pastu mula berubah, ubah font, design, interface, pastu timeline look pulak, aku tak pelik lepas nie banyak lagi perubahan yang ada. hendak tak hendak kena terima je lah kan.Lagipun bukannya kita bayar pun nak guna facebook tue. kalau kita bayar boleh la jugak komen gila-gila. Sape yang tak puas hati dengan perubahan dalam ict nie, stop guna ict, senang cerita.Banyak benda lain lagi bleh buat kan. Daripada duk bazir masa duk mencarut menyumpah pada ict , baik buat benda lain. macam yang blogspot nie, mula-mula bagi yang tak biasa akan pelik sket dan ambil masa nak sesuaikan diri, tapi hendak buat macam mana kan, kena belajar terima la jugak kan.Window pun dah kuar window 8..Lepas nie semua akan convert semua. setiap hari kena belajar..belajar setiap hari..malam nie belajar tengok pasukan mana masuk separuh akhir Piala FA.

Sunday, March 25, 2012

Duk kalut2 masuk April

Lagi seminggu dah nak masuk bulan 4.Time nie mula perasaan kalut datang. Banyak benda perlu kalut sebenarnya. Kalut pertama bab dalam u nie.Biasalah jadi pelajar kan, bila dah hampir separuh semester, banyak la benda nak kalut kan,. Puncanya sebab pemalas. Tambah lagi dengan pelajar akhir dah.Thesis final pun tak gerak2 lagi.Asyik duk tangguh je.Orang lain ada yang dah siap dah.Lepas nie memang kena kalut la baru berhasil sket kalo tak memang bersengkang mata.Kalau sebelum nie bersengkang mata hadap laptop, surfing, layan cerita, lepas nie sengkang mata menaip la jawabnya. Kalut nak isi resume lagi. Memang aku sedar dah, dah dekat 10 tahun bergelumang dengan buku-buku nie. Orang lain lame dah stop buku-buku nie, main dengan duit, kereta, hartanah dan sebagainya, tapi aku, skrip sama je setiap tahun. Tapi semuanya akan berubah tahun nie. Lagi spesifik bermula bulan 6 nie. Sekarang pun dah terasa kalut. Kalut buat resume, cari kerja. Lepas nie akan sama-sama rasai apa yang orang rasa tanam buah anggur. Harapnya tanam buah anggur tak lama. jadi kena kalut dari sekarang isi borang yang mana ada. Kalut sekarang berbaloi sebab mana tau ada rezeki tak perlu tanam buah anggur lama-lama. Bila fikir balik macam takut. takut nak pergi ke depan. Sebabnya dah terlalu lama duk macam nie. Tapi kene bergerak kedepan jugak, bila lagi nak merasa apa yang orang lain rasakan.

Kalut yang lain pasal bola. Bola Eropah semakin nak habis.Bola tempatan pula semakin naik. Kelantan boleh katakan akan jejak separuh akhir dah.Lepas nie kalut la cari tiket gi Bukit Jalil. Harapnya dapat lawan Terengganu atau Singapura kat final bulan mei nanti. Jadi semua benda nak kalut. Jangan rebah dalam kekalutan nie sudah..

Tuesday, March 20, 2012

Sunday, March 18, 2012

Striker sell tickets, defenders win the game




Daudsu...tanduk bola masuk gawang sendiri? cehhhh..dah lupa pun..Mahali jasuli leh score ke macam aku? Mahali jasuli tue, minggu lepas aku tengok duk kalut amek finishing school..






Aziz takde? tak kisah..Roypy masih power mcm dulu...lepas nie Roypy akan amek freekick.ketepi Piya

Friday, March 16, 2012

Masuk Bung

Esok male pakat tengok ore2 masuk bung.Bung pulok kat Ipoh..Sek Kijang Merah lawe Sek Seladang Putih..Pagi esok jugok kawe balik tuh..Tengok saing belarok..Sedak doh..Tengoh hari make nasi gula' lembu doh. Harapnyo male sok leh tengok ore gula' seladang pulok.Cumo harapnya male sok Hantu Kak Limah tok mari lah stadium sebabnyo buke takuk ko gapo, takuk sek Kijang tokleh main molek jah sebab duk suko tengok Hantu Kak Limoh jah male sok. Tapi takpo, male sok kawe raso bulih gula' seladang. Sek Kijang kito harap sudoh.Piya pun kato nok balah dendam..Mat Yo jah hok takdop sero rugi sikik.Paan ado tuh. Indra pun nok balik kg dio male sok lepah main kat stadium..Male sok tuhh, pakat tengok kat TV belako deh adik kakok.


Thursday, March 15, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Monday, March 12, 2012

Negara lain setahun sudah, tapi kat negara kita bertahun2 pun sama jugak

Setahun selepas tsunami besar di Jepun..Jom tengok perbezaan gambar-gambar terbaru di Jepun.
















menakjubkan..kejap je orang-orang jepun bertungkus lumus membersihkan dan membaiki bandar/pekan mereka. Berbeza sangat kalau kita lihat daripada gambar-gambar di atas nie.Ini satu lagi bukti bahawa orang jepun mempunyai sikap dan dedikasi yang tinggi. Diorang tak tunggu pun JKR ke Kementerian mana-mana ataupun majlis perbandaran untuk bersih dan buang semua-semua tue. Kalau kita kat Malaysia? kat bawah nie la contoh utama..


 dah berapa tahun dah..tapi masih jugak sama.JKR cakap tunggu laporan. Pastue siap ada pulak kes kecurian..Mentaliti orang Malaysia kan. Dulu cakap lain.Sekarang tak berganjak jugak. Kontraktor Korea tue ntah ke mana dah..Duit rakyat berjuta-juta habis macam tue. Cukai bayar tapi hasil sama je...

Sunday, March 11, 2012

Jumpe Hantu Kak Limah pulok Sabtu depan

Alhamdullillah..Semalam 3 tonggak berpengalaman Kelate berjaya membawa Kelantan melepas KL dalam saingan Piala FA dan melangkah ke saingan suku akhir. Kelate akan berjumpa SPA FC dan misi untuk melangkah kaki ke Bukit Jalil setelah kekecewaan tahun lepas.Banyak kejutan dah dalam saingan Piala FA pada tahun ini.Dan semestinya saingan suku akhir Piala FA selepas ini akan menjadi lebih menarik. Jom tengok pasukan-pasukan yang akan layak (? atau bernasib baik?) masuk dalam saingan suku akhir. Kalau dilihat dari sudut Kelantan, tiada masalah untuk melangkah ke saingan akhir. 2 pasukan pilihan yang dilihat sangat berpeluang untuk ke Bukit Jalil adalah Tteam, Kedah, Kelantan, Johor FC, Terengganu, Lions...Pilihan untuk jumpa Kelantan, sudah pasti Terengganu.

Kalo Petronas scholar lain la kan?

Saturday, March 10, 2012

Thursday, March 8, 2012

Ramalan Kijang Merah ratah Budak Bandar




Pusingan Kedua Piala FA lawan KL di Kota Bharu..KL antara pasukan yang paling disukai Kelantan lebih-lebih lagi jika bertemu di KB.Malang bagi KL kerana Sabtu ini Kelate pasti mahu mengamuk di halaman sendiri setelah kurang bernasib baik dalam perlawanan lawan geng Vietnam tempoh hari. Tapi KL kali nie bukan sebarangan. Lawan Terengganu tempoh hari pun berjaya mengikat Sang Penyu dengan hanya satu gol. Dikhabarkan Zakaria dan Okine semakin berbisa di pusat bandaraya, dan mereka mungkin akan memulangkan paku buah keras kepada KAFA sekiranya pada perlawanan Sabtu ini, para pemain Kelate bersikap lewa dalam memburu 3 mata. Tapi rasanya itu tidak akan terjadi. Para pemain pasti bermotivasi dan tidak lagi mahu mengecewakan penyokong di halaman sendiri. Piya pasti mahu menebus kegagalan. Indra dilaporkan kembali cergas. Daudsu pun sama. Chanturu mahu jadi man of the match macam lawan N9 tempoh hari. Mungkin KAFA akan menghadiahkan bonus iPad setiap seorang sekiranya menang lawan KL sabtu nie dah melangkah ke pusingan seterusnya dalam Piala FA. Mat Yo mungkin masih belum cergas. Dan harapan terletak kepada  pemain Import Nigeria, Ramzul, Farhan mungkin dan juga Indra. Video diatas adalah perlawanan sebelum ini dalam liga super di KB.Mungkin jaringan gol serupa boleh dilakukan Kelantan atau lagi elok lebih lagi.

Not so lucky Charm

7 Mac 2012

5 petang - makan, isi perut untuk malam

6 petang - santai tunggu member

7 petang - santai lagi tunggu member dalam kereta

8 malam - santai beli tiket walaupun dihampiri ulat tiket yang tawar tiket harga RM10, padahal dah duk depan kaunter tiket yang jual harga RM15

830 malam - santai masuk dalam stadium..tunggu member lagi.

845 malam - cari tempat duduk.Pertama kali dapat duduk di barisan hadapan dalam stadium nasional..Hujan tak berenti lagi

930 malam - perlawanan direhatkan..Hujan bertambah lebat. Bumbung stadium bocor..ramai orang cari tempat duduk lain..Keputusan masih seri 0-0..

1025 malam - .Hujan lebat. Air penuh atas padang. Antwi tak bermain elok sebab tak biasa main bola dalam hujan. Zamri Ramli hebat main bola dalam air. Macam budak-budak sekolah dulu-dulu..

1040 malam.- Kelantan mengasak tapi kurang tajam dihadapan penjaga gol Navibank Saigon yang tinggi lampai macam Big Show dalam WWE.

1100 malam - Semua penonton keluar stadium . Kecewa sebab seri..Tapi masih ok jika dibandingkan dengan keperitan kekalahan..Baru perlawanan utama..Hujan bertambah lebat.

1200 malam - Sampai bilik.Baju seluar basah kuyup..Mandi telan ubat..Tidur..

p/s...pakai baju merah sempena Kelantan menang lawan Negeri Sembilan di Bukit Jalil pada 2010 dengan harapan bawa tuah tapi nampaknya tuah di langit dengan hujan lagi hebat. Rasanya, pada 2010 itulah Kelantan last sekali menang dalam perlawanan bola sepak kompetitif yang berlangsung di Bukit Jalil. Selebihnya seri dan banyak kalah..Not so lucky charm anymore....

Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday - the spell of Bukit Jalil

N9 ..kalah..Selangor..kalah...Saigon?


Monday, March 5, 2012

Burger Hunting..Meme kaw kaw

sumber dari sini



Sumber Cik Epal blog


Carl Junior? Burger King? tak layan dah..Tgk bege kat atas nie? haa...tak terliur? Memang kena merasa burger nie. Nie semua penangan Cik Farah yang duk citer pasal dia makan bege besar kat Penang. terus terliur. Terus teringat How I Met Your Mother yang mana Marshall makan the best burger in town. Dan daripada gambar-gambar kat atas nie, aku rasa memang nie berhak jadi best burger in town. Yang lagi best, orang melayu buat semua nie.Grill lagi. Susun jadual, atur masa, jom cari burger nie di wangsa maju.Biar penuh perut gitu.Hendak tau lagi lanjut, aku dapat info nie dari blog Cik Epal dan Nana ( tak kenal blogger2 nie, bila google terus jumpa)..Klik lah nak tau lebih lanjut. Map ada kat bawah nie. Selagi tak hbs kat upm nie, aku nak merasa jugak bege nie.

Saturday, March 3, 2012

March Maticulously Madness

March has come.
Ides of March is waiting
so let march
toward the end line
where everything will roll up
to somewhere
March has come

Jom Share