Sunday, March 25, 2012

Duk kalut2 masuk April

Lagi seminggu dah nak masuk bulan 4.Time nie mula perasaan kalut datang. Banyak benda perlu kalut sebenarnya. Kalut pertama bab dalam u nie.Biasalah jadi pelajar kan, bila dah hampir separuh semester, banyak la benda nak kalut kan,. Puncanya sebab pemalas. Tambah lagi dengan pelajar akhir dah.Thesis final pun tak gerak2 lagi.Asyik duk tangguh je.Orang lain ada yang dah siap dah.Lepas nie memang kena kalut la baru berhasil sket kalo tak memang bersengkang mata.Kalau sebelum nie bersengkang mata hadap laptop, surfing, layan cerita, lepas nie sengkang mata menaip la jawabnya. Kalut nak isi resume lagi. Memang aku sedar dah, dah dekat 10 tahun bergelumang dengan buku-buku nie. Orang lain lame dah stop buku-buku nie, main dengan duit, kereta, hartanah dan sebagainya, tapi aku, skrip sama je setiap tahun. Tapi semuanya akan berubah tahun nie. Lagi spesifik bermula bulan 6 nie. Sekarang pun dah terasa kalut. Kalut buat resume, cari kerja. Lepas nie akan sama-sama rasai apa yang orang rasa tanam buah anggur. Harapnya tanam buah anggur tak lama. jadi kena kalut dari sekarang isi borang yang mana ada. Kalut sekarang berbaloi sebab mana tau ada rezeki tak perlu tanam buah anggur lama-lama. Bila fikir balik macam takut. takut nak pergi ke depan. Sebabnya dah terlalu lama duk macam nie. Tapi kene bergerak kedepan jugak, bila lagi nak merasa apa yang orang lain rasakan.

Kalut yang lain pasal bola. Bola Eropah semakin nak habis.Bola tempatan pula semakin naik. Kelantan boleh katakan akan jejak separuh akhir dah.Lepas nie kalut la cari tiket gi Bukit Jalil. Harapnya dapat lawan Terengganu atau Singapura kat final bulan mei nanti. Jadi semua benda nak kalut. Jangan rebah dalam kekalutan nie sudah..

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share