Friday, March 30, 2012

EarthHour dah kem 404

Malam esok, sempena 31 Mac, seluruh dunia akan melancarkan gerakan menyelamatkan bumi kita, Earth Hour.macam kebiasaannya, sempenan earthhour nie, semua orang akan konon2 nya menyayangi bumi dengan menutup lampu dan elektrik selama satu jam. Dengan harapan, penjimatan tenaga elektrik selama satu jam yang dilancarkan seluruh dunia akan menyelamatkan bumi yang semakin tua nie. Kenapa aku kata konon2 nya? sebabnya kita semua nie hipokrit je sebenanrnya.Aku menyokong earthhour, semua orang pun sokong earth hour tapi masalah dengan kita semua nie adalah kita sekadar sokong apabila ramai sokong. Cakap earth hour jadi semua pun tutup la lampu2 pastu duk cakap bagus benda nie, bla..bla dapat selamatkan bumi.Tapi selepas tutup satu jam, kita tak tutup pulak lampu selama 23 jam.Bukankah hipokrit macam tue? Kita cakap nak selamatkan bumi tapi kita guna plastik bag banyak2.Beli roti satu nak plastik. beli air satu tin pun nak plastik. Bekas polisterin lagi. Okey, dalam konteks mahasiswa orang duk cakap mahasiswa kena tahu pasal benda luar. Kena recycle la semua lagi lagi.Tapi aku tengok tiap-tiap hari penuhnya tong sampah dengan plastik-plastik. Initiatif kena cari sendiri. Orang akan cakap, ala satu plastik je pun. Tapi kalau seratus orang tak pakai plastik bukan kah dah membantu? akan ada jugak orang cakap, laa dah dia bagi plastik, amek je la. tak tahu nak cakap apa lagi.









Aku sendiri pun hipokrit dengan bumi nie. Cakap earth hour la tapi air tak jimat, lampu tak tutup mana. Plastik beli makanan amek jugak. Nak salahkan pihak universiti? boleh jugak..Aku tak nampak pun tong recycle. susah sangat ke nak letak tong recycle.Mahal ribu2 ke.Mungkin U nie tak de duit kot sebabnya jalan pun tak berturap. Lepas tue duk cakap eco sana eco sini tapi benda paling simple pun tak bleh buat. Nak selamatkan bumi nie bukan setakat tutup lampu satu jam setiap tahun je. Banyak benda yang paling senang, paling mudah untuk kita buat semua. Lepas U kita tengok kerajaan negeri dan negara pulak. Aku rasa semua orang pun bleh pikir kan. Tapi ya lah, hipokrit nie perkara yang senang dibuat, susah nak ditinggalkan. Cakap nak jadi itu la ini la.Ya kerajaan kita sokong earth hour tapi pembaziran tempat lain banyak lagi. Apa kilang Lynas nanti tue menyihatkan bumi ke?Bukak lampu jalan pukul 9 pagi waktu matahari pancar terik tue membantu bumi ke?
Perkara penting yang aku nak sampaikan kat sini adalah, bangsa kita nie, bangsa malaysia la orang kata kan walaupun aku tak berapa setuju dengan perkataan "bangsa malaysia" nie, semua nya hipokrit. Sebabnya? sebabnya memang kita terkongkong sejak dari dulu lagi. Tak de anjakan paradigma. tapi ya lah, bila orang cakap something, banyak la jugak orang akan bangkang..Sebab tue dalam peribahasa ada cakap, silence is gold.Sebab kalau kita cakap kena lempar macam-macam benda. Sebagai akhirannya, semoga semua yang terpaksa bergelap atau sukarela tutup lampu malam esok, berdoa je , agar bumi dapat diselamatkan ye.


selesai pasal earth hour,masuk kem 404 pulak. 4 April nanti FAM akan jatuhnya hukuman kepada Tan Sri Annuar Musa. Yang pastinya ramai orang duk kata TSAM akan kena gantung. Kalau tengokkan pada sejarah, memang akan kena hukuman yang berat.Jadi tak tahulah apa hukuman yang kena nanti, mungkin akan secara langsungnya akan melibatkan KAFA nanti.jadi banyak lah mulut-mulut yang bercakap nanti. Bagi aku senang je, kalau betul kesalahan TSAM yang FAM tengok pasal kritik pasukan bola negara tue amat besar, dan hukuman nanti patut berdasarkan jawatan dalam FAM sahaja. Disini aku tak katakan kalau tiada TSAM, kafa akan jatuh.Kelate tetap akan ada walaupun TSAM dibuang daerah sekalipun. Pasukan bola kelate tetap akan ada kalau kena gantung tak leh main 10000000 juta tahun sekalipun. Disini aku nak katakan, peminat akan sentiasa berada dibelakang bola sepak Kelantan.Dan kalau aku berada di tempat TSAM, jika FAM mahu bermain keras, KAFA juga boleh bermain keras. Tengok sahaja MB terengganu yang berjaya mengugut FAM. FAM sebenarnya kecut perut.Tapi ye lah, Kelantan nie sejak dari dulu lagi ramai yang tak suka. TSAM pula bukan orang kuat politik dah macam dulu kan. Lain la macam Sultan Pahang yang sangat otai. Kalau PM Najib cakap sesuatu pasal bola tentu semua akan ikut kan. Tapi ye la kan, siapa lah sangat ahli politik dari kelantan nie.Semua yang orang kelate kene selalu kena terima je lah. Dan aku sangat hormat TSAM diatas dasar apa yang dia buat untuk KAFA sebagai anak kelate sendiri. Jika aku berada di tempat TSAM, haramkan saja kelantan bermain dalam liga Malaysia. Mungkin semua pihak gembira.Tak mengapa, kita main liga dalam negeri je. Tak pun, jangan bagi Apek, mat yo ke yang kontrak dengan Kelantan , main dengan team rajagopal. Baru lah Rajagopal tahu siapa sebenarnya yang lebih besar. tapi sekarang nie terbalik, FAM macam raja dah padahal yang bergolok gadai bayar gaji adalah KAFA. Macam kes apek, apek cedera masa olimpik dan tak main untuk kelantan, ada FAM bayar apa-apa? takde pun. Jangan bagi pemain kelantan main dengan Malaysia, tak rugi apa-apa pun setakat main dengan malaysia dan kalah setiap masa. FAM nie sejak dulu lagi ramai yang benci, sepatutnya buat satu kajian pasal penerimaan FAM nie dalam Malaysia. Masalah dengan FAM apabila orang yang tak tahu pasal bola nak pegang hal ehwal dalaman, tertinggi bola sepak negara. Bekas jeneral askar nak jaga pasal bola. Sultan yang tak pernah main bola bleh jaga pasal bola. tapi itu lah hakikatnya. Kesultanan kena jaga.Kita rakyat nie terima je lah walaupun setiap masa rakyat negara lain duk ketawa berdekah-dekah kat negara kita. Jadi sesiapa yang rajin, pergilah wisma FAM 4 april nanti. Jangan FAM buat april fool sudah pada hari tersebut.GKG

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share