Saturday, March 31, 2012

Kelantan vs Felda United

warga Felda kat Gua Musang, Kuala Krai tue datanglah beri sokongan kat Felda.Sian kat Isa Samad tue

Malam nie Kelantan akan menentang Felda United dalam saingan Liga Super.Setelah rehat seketika, liga super kembali bersambung dan Kelantan pasti mahu terus mendaki takhta liga super dan menjarakkan diri lagi dari saingan Terengganu dan Lions..Saingan malam nie Felda United. Satu pasukan yang selalu dianggap sebagai pasukan Giant Killer..Geng Buah Sawit nie bagaimanapun dilihat sedikit jatuh prestasinya pada tahun ini. Kelantan pula dilihat semakin positif setelah berjaya menjejakkan kaki dalam saingan separuh akhir Piala FA. Walaubagaimanapun, masih ada beberapa tonggak Kelantan tidak akan beraksi malam nie. Apek masih tidak pasti. Subramaniam mungkin sudah boleh beraksi. Mat Yo hanya dapat bermain 2, 3 minggu lagi. Azizi Mat Rose masih cedera..Satu benda yang melegakan Kelantan adalah Nwoha sudah berjaya menjaringkan gol.Tapi angin kencang mengatakan Keita Mandjou akan dibeli kelantan setelah pintu perpindahan dibuka mulai April nanti. jadi status Nwoha, bersama Antwi dan Ghaddar tidak ada siapa tahu melainkan jurulatih dan TSAM sendiri.

Tapi malam nie, bermain di KB, Kelantan pasti mahu mengutip tiga mata penuh. Farhan kembali temui sentuhan berbisa di depan gol Chanturu dan Azwan Roya sudah dapat tempat dalam pasukan. Satu masalah untuk Kelantan pasti datang dari ketangkasan Hamsani Ahmad. Saban tahun Hamsani Ahmad selaku antara penjaga gol disegani dan berpengalaman dalam negara nie menjadi benteng kebal untuk Felda United. Malam nie Hamsani pasti akan mengemudi gawang Felda dengan bermati-matian. Jangan dilupa juga bahawa Felda mempunyai Fakhri Shaarani. Walaupun mulai musim baru nie dia tidak menonjol mana, tapi dia masih antara penyerang yang boleh memberi duka kepada pasukan Kelantan.
Malam nie semua peminat Kelantan diharap dapat memenuhkan stadium memberi sokongan dalam usaha Kelantan mencari kemenangan lagi. Dan malam nie maybe aku hanya dapat ikuti siaran melalui radio saja sebab Astro dah tak nak siar match libatkan Kelantan. malam nie jugak Earth Hour, jadi perlawanan patutnya dimulakan lewat satu jam . Lampu Limpah stadium seluruh Malaysia untuk liga super malam nie kalau betul sokong earth hour patut ditutup.Bergelap dalam stadium ramai-ramai seronok jugak kan.

p/s...jangkaan. disebab sokongan warga Felda Ciku, Paloh, Kemahang..Kelantan hanya mampu menan 3-2 dengan Felda United malam nie. 1 gol Fakhri Saarani. 1 gol Hardi Jaafar..2 gol Nwoha..1 gol dari Azwan Roya

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share