Thursday, March 8, 2012

Ramalan Kijang Merah ratah Budak Bandar




Pusingan Kedua Piala FA lawan KL di Kota Bharu..KL antara pasukan yang paling disukai Kelantan lebih-lebih lagi jika bertemu di KB.Malang bagi KL kerana Sabtu ini Kelate pasti mahu mengamuk di halaman sendiri setelah kurang bernasib baik dalam perlawanan lawan geng Vietnam tempoh hari. Tapi KL kali nie bukan sebarangan. Lawan Terengganu tempoh hari pun berjaya mengikat Sang Penyu dengan hanya satu gol. Dikhabarkan Zakaria dan Okine semakin berbisa di pusat bandaraya, dan mereka mungkin akan memulangkan paku buah keras kepada KAFA sekiranya pada perlawanan Sabtu ini, para pemain Kelate bersikap lewa dalam memburu 3 mata. Tapi rasanya itu tidak akan terjadi. Para pemain pasti bermotivasi dan tidak lagi mahu mengecewakan penyokong di halaman sendiri. Piya pasti mahu menebus kegagalan. Indra dilaporkan kembali cergas. Daudsu pun sama. Chanturu mahu jadi man of the match macam lawan N9 tempoh hari. Mungkin KAFA akan menghadiahkan bonus iPad setiap seorang sekiranya menang lawan KL sabtu nie dah melangkah ke pusingan seterusnya dalam Piala FA. Mat Yo mungkin masih belum cergas. Dan harapan terletak kepada  pemain Import Nigeria, Ramzul, Farhan mungkin dan juga Indra. Video diatas adalah perlawanan sebelum ini dalam liga super di KB.Mungkin jaringan gol serupa boleh dilakukan Kelantan atau lagi elok lebih lagi.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share