Saturday, April 28, 2012

The Avengers Review


Kalau aku boleh ringkaskan apa yang patut diperkatakan mengenai filem The Avengers dalam 3 perkataan, aku akan kata, “Hulk, Puny God”..Berbaloi petang tadi dapat tonton filem The Avengers. Dan aku rasa filem ini akan pecah rekod box office nanti. Kenapa? Bila lagi kita mau lihat superhero-superhero bergabung dalam satu filem dengan skrip yang mantap, diselit dengan komedi, dikuatkan dengan watak-watak pembantu serta dipadatkan dengan aksi-aksi pertarungan yang aku berani katakana lebih hebat daripada Transformers 2: Revenge of the Fallen. Aku juga berani katakana, The Avengers ini jauh lebih hebat daripada semua filem-filem yang pernah dikeluarkan dari Marvel Comic. Jika sebelum ini Iron Man, Hulk (Edward Norton), dan Spiderman 1 boleh dianggap antara filem marvel yang bagus, tapi The Avengers kali ini jauh melangkaui semua itu. Dan diantara filem yang diadaptasi jalan ceritanya daripada komik, aku bariskan The Avengers dengan Dark Knight..Saranan aku, pergi tonton The Avengers. Apa lagi yang perlu dalam filem ini. Ironman , Captain America, Thor, Hulk, Nick Fury, Black Widow, Hawkeye.. Barisan nama ini saja dah cukup untuk membuatkan semua orang kagum. Tapi kekuatan The Avengers sebenarnya terletak kepada naratif dan susunannya. Loki sebagai musuh utama dalam file mini cukup berperanan besar membawa skrip yang mantap serta menjadi penghubung kepada perkembangan setiap watak utama dalam filem ini. Satu lagi keunikan filem ini adalah bagaimana pengarahnya menyusun setiap karekter berkembang selari dengan filem ini bergerak diselitkan dengan skrip komedi yang pasti membuatkan penonton ketawa dan tak sabar untuk melihat aksi seterusnya. The Avengers bukan sekadar filem dimana superhero berlawan dengan musuh dan menghancurkan bandar tapi nilai kemanusiaan diselitkan bersama. Setiap watak utama ditunjukkan mempunyai keegooan masing-masing tapi bersatu dalam misi yang sama. Yang lebih menarik, Hulk yang sudah semestinya menjadi kegemaran ramai menjadi satu watak yang sangat penting bukan lagi watak yang dilihat sebagai raksasa yang tidak berakal yang hanya tahu marah dan menghancurkan apa sahaja yang ada didepannya. Ditambah pula dengan sekilas penceritaan mengenai watak Black Widow dan Hawkeye yang aku rasa sangat penting dalam membantu memperkemaskan watak utama dalam filem ini seterusnya menjadikan plot dalam filem ini berkembang teratur dan hebat.Akhir sekali, The Avengers memang hebat. Dan jika berkesempatan, aku mahu menontonnya untuk kali kedua, mungkin ketiga..Tanpa ragu-ragu, penantian filem ini yang mula diperkatakan sejak filem Ironman yang pertama lagi, sangat berbaloi dan mampu jadi antara filem terhebat.
p/s..tak sabar nantikan The Rise of Dark Knight pula

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share