Saturday, April 14, 2012

Battleship Review - Kapal Perang berperang

Filem Battleship sudah pun ditayangkan sejak Rabu lepas..Dan semalam aku berkesempatan untuk menontonnya..Jika dilihat daripada trailer, filem ini menjanjikan aksi, cgi yang bagi aku boleh dikatakan setaraf dengan Transformer.Malah, ada satu scene dimana shot debris jatuh dari langit memang sama dengan apa yang ada dalam filem Transformer - Revenge of the Fallen..Barisan pelakon dalam filem ini boleh dikatakan tidak mengecewakan tapi masih ada beberapa skrip yang sepatutnya dijadikan lebih menarik..Permulaan filem berjalan dengan perlahan..Babak lawan bola, dalam bar seolah-olah tidak mengarahkan kepada plot asal filem ini. Jika diimbas sekali lalu, hollywood dah banyak hasilkan filem berkaitan dengan peperangan dengan alien. Dan filem ini jugak berlandaskan perkara yang sama. Manusia hantar isyarat, isyarat dibalas dengan kedatangan alien.Alien datang, dan berlaku peperangan. Cumanya, kali ini peperangan yang berlaku adalah di lautan.Secara kebetulan pula, di Hawai satu latihan ketenteraan angkatan laut dijalankan.Seperti kebanyakkan filem hollywood yang lain, pengarah mahu menonjolkan kehebatan tentera laut Amerika..Hopper, watak utama dalam filem ini menjadi tunjang dalam sessi akhir menghapuskan alien. Malangnya alien yang datang hanya sedikit tapi sudah mampu mengerunkan manusia.Tapi itu semua pada awal sahaja, dengan segala kecanggihan yang alien miliki, mereka ada kelemahan yang sangat ketara dan kelemahan itu yang digunakan tentera Amerika.

Secara keseluruhannya, plot jalan cerita dalam filem ini tidak lah membosankan. Aku terhibur dengan aksi peperangan di laut dan dengan cgi yang dibuat sangat teliti.Tapi jika dibandingkan dengan battle of los angeles, aku rasa filem ini sedikit ketinggalan. Permulaan slow, pertengahan okey, tapi pengakhirannya semacam sudah diduga.Masih terdapat beberapa plot yang jika diolah mungkin lebih baik..Slot perlawanan bola sepak tidak perlu diadakan.Mungkin motif pengarah mahu mengetengahkan jugak penglibatan negara-negara lain dalam filem ini.Malah disebutkan juga kapten tentera laut dari Malaysia dalam filem ini. Yang mengecewakan apabila Liam Neeson yang sememangnya terbukti antara pelakon tersohor tidak memegang peranan yang besar dalam filem ini. Anda hanya akan melihat beliau di awal dan akhir filem sahaja.Battleship memang sama dengan tajuknya iaitu peperangan kapal laut dan jika dibandingkan dengan filem menentang alien yang lain, seperti Battle of Los Angeles, Skyline, Independence Day, War of the Worlds, filem ini memberikan nafas baru dengan mengetengahkan kehebatan angkatan tentera laut Amerika.Bagi pendapat aku, tidak lah begitu mengecewakan tapi tidak lah begitu hebat jika mahu mengredkan filem ini..Daripada RM10 atau RM12 yang anda habiskan untuk membeli tiket, aku boleh katakan RM6 sudah berbaloi..Aku sebenarnya agak lama tidak menonton filem pada tahun ini..Mungkin juga disebabkan expectation yang tinggi untuk filem ini setelah melihat trailernya, diakhirnya apa yang telah aku lihat tidak sampai seperti apa yang aku harapkan. Selepas ini menanti The Avengers.. p/s kepada sesiapa yang mahu lihat battleship, layan trailer ini dulu

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share