Sunday, April 1, 2012

Jawatan Kosong - Wisma FAM

Iklan jawatan kosong di Wisma FAM

Jawatan 1 - Presiden FAM
Kelayakan -
  • perlu menjadi sultan mana-mana negeri
  • tak perlu pengalaman dalam bola sepak
  • berani mengutarakan kenyataan-kenyataan yang tak berkait dengan bola sepak
  • perlu mendapat sokongan ahli politik kerajaan
  • tak perlu berbahasa inggeris dengan baik
Keistimewaan
  • gaji melampau
  • dapat publisiti setiap masa
  • setiap kata akan disiarkan dan disokong oleh media
  • tak perlu tengok bola di stadium
  • dapat melancong keluar negara tengok bola 
  • dapat duduk sahaja di pejabat
Jawatan 2 - Setiausaha Agung FAM

Kelayakan
  • bekas general
  • tak perlu berpengalaman dalam bola sepak tempatan
  • tak perlu berani buat apa-apa keputusan
  • hanya perlu turuti setiap apa yang orang lain buat
  • baik dengan mana-mana ahli politik kerajaan
 Keistimewaan
  • kebal daripada apa-apa hukuman jawatan kuasa
  • boleh ucapkan apa jua kenyataan
  • gaji tinggi
  • duduk dan baca surat khabar saja di pejabat
  • atur perlawanan bola sepak negara dengan kelab-kelab dalam negara
  • dapat hukum mana-mana individu yang dibenci
Jawatan 3 - Ahli Jawatan Kuasa FAM

Kelayakan
  •  sama seperti diatas
Keistimewaan
  • sama seperti diatas
  •  dan ditambah lagi dari semasa ke semasa
Sebarang permohonan perlu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pegawai FAM..Permohonan daripada jurulatih negara amat dialu-alukan dengan surat sokongan.
Sebarang temuduga akan dijalankan di Wisma FAM 3 bulan dari tempoh tarikh tutup permohonan.Permohonan bersertakan wang ringgit juga diterima..Permohonan daripada negeri Kelantan mempunyai peluang paling sedikit.
Tarikh tutup permohonan adalah 31 April 2012..


No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share