Thursday, April 5, 2012

Kelantan vs Arema 4 April 2012

Terima Kasih Ghaddar..Sebelum nie dan selama ini ramai yang tidak berpuas hati dengan Ghaddar.Malah tak kurang juga ramai yang mengeji dan mengutuknya. Malam ini Ghaddar membuktikan dia sangat berbisa. Dan tiada pentas yang lebih molek untuk buktikan bahawa dia memang penyerang sangat berkualiti seperti pentas AFC seperti malam ini. Gol pertama dari kaki kiri. Gol Kedua dari tandukan.Gol Ketiga dari kaki kanan. Bukankah itu semua adalah ciri-ciri penyerang yang berbisa dan bertaraf luar dari liga malaysia.Malam ini Ghaddar memberikan satu persoalan yang perlu dijawab oleh semua terutamanya kepada Bojan..Adakah aku, Ghaddar masih tidak layak untuk berada dalam kesebelasan utama Kelantan? Malam ini juga Ghaddar memberikan kemenangan yang sangat bermakna tatkala arena bola sepak Kelantan menerima berita buruk penggantungan 2 tahun 6 bulan TSAM selaku Presiden KAFA. Tapi hukuman yang dijatuhkan bukan bermakna perjuangan sudah tamat.Malam ini semuanya akan bermula. Kelantan akan terus berjuang. Nantikan semua..Sekali lagi..Terima Kasih Ghaddar..




No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share