Wednesday, April 4, 2012

Tan Sri Annuar Musa sah digantung


Perbicaraan TSAM petang tadi katanya dah tamat..TSAM sah digantung dari semua aktiviti bola sepak selama 2 tahun 6 bulan kerana didapati bersalah atas 2 pertuduhan. Maknanya, jawatan Timbalan Presiden FAM akan kosong.Jawatan beliau dalam KAFA sebagai presiden juga akan dikosongkan. Ini memang satu tamparan kepada bola sepak Kelantan kerana semua sedia maklum TSAM adalah tonggak utama yang memungkinkan revolusi bola sepak kelantan. Ini juga mungkin satu agenda rapi yang dirancang pihak tertentu yang tidak mahu pengaruh TSAM dan Kelantan terus menyerang Wisma FAM. Tapi tak mengapa..Penggantungan ini akan diterima dan Kelantan serta TSAM akan terus bangkit. Mana mungkin mahu membiarkan Singapura yang sekarang ligat dalam liga negara kita menjadi juara. FAM sebenarnya sudah kemaruk duit. Lihat saja setiap perlawanan melibatkan Singapura, pasti ada penalti yang dihadiahkan oleh pengadil. Bola sepak Malaysia tidak akan maju selagi Orang -orang yang tidak tahu bola sepak memegang tampuk pimpinan tertinggi negara. Kita selamanya dibuai kejayaan lampau. Kejayaan yang tidak seberapa. Liga kita masih jauh ketinggalan berbanding negara lain. Pengadil negara kita tak pernah berjaya menjadi pengadil rasmi FIFA..Arena bola sepak kita tidak mampu menarik pemain-pemain import yang berkualiti. Selagi politik dicampur dan bermaharaja lela dalam bola sepak, selagi itu bola sepak tidak akan maju..GKG

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share