Thursday, April 26, 2012

Viva La Spain

Semalam, satu lagi wakil pasukan Sepanyol kecundang dalam saingan separuh akhir Champions League.Real Madrid tewas penalti kepada Bayern Munich.Sehari sebelum ini, Chelsea berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah mengikat Barcelona di tempat sendiri. Jika sebelum ini, ramai pihak yang mengatakan perlawanan akhir di Munich bulan depan akan menjadi satu perlawanan yang klasik sekiranya Barcelona dan Real Madrid mampu melangkah ke perlawanan akhir tapi akhirnya kedua-dua pasukan kecewa di laman sendiri. Out of respect kepada Bayern dan Chelsea, Real dan Barcelona dilihat ramai sebuah pasukan yang sangat kuat di Eropah dan Sepanyol. Dengan barisan pemain terkemuka, Ronaldo untuk Real dan Messi untuk Barcelona. Namun begitu, bola sepak adalah sukan yang romantik.Apa yang kita kejar selalunya tidak muncul seperti yang kita harapkan. Mungkin obses El Classico di pentas akhir Champions League mengajar Real dan Barcelona bahawa bola sepak adalah sukan yang sangat mementingkan semangat berpasukan. Kita lihat bagaimana Chelsea berjaya bertahan dalam perlawanan di Nou Camp.Barca bertali arus menyerang dari awal sampai akhir tapi akhirnya, dengan kesabaran, Chelsea berjaya juga menidakkan semua ramalan. Bayern juga sama. Ramai tidak memberi harapan tinggi walaupun Bayern sebenarnya adalah pasukan yang sangat hebat tapi apabila bermain di Madrid, semua beranggapan Real akan menang.Tapi malangnya, bayern berjaya menyerap segala serangan Real malah beberapa kali mampu menganggu gugat gawang Casillas.

Dengan pentas akhir Champions League menemukan Bayern dan Chelsea, nasib wakil Sepanyol ( Real dan Barca) sebenarnya akan memberi kesan yang lebih jauh. Kebanyakkan pemain untuk Sepanyol dalam Euro nanti adalah dari kedua-dua kelab ini dan dengan kekalahan kedua-dua kelab ini, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pemain negara ini dalam Euro di Poland nanti. Manakala German, yang rata-rata pemain utamanya datang dari Bayern pasti akan mendapat kesan langsung dan pasti akan memberi saingan yang hebat di Poland jun nanti.

Dalam membicarakan saingan separuh akhir Champions League. Ramai yang memberi pandangan berbeza terhadap 'anti football' yang ditunjukkan oleh Chelsea. Jika pada 2010, Inter turut memberikan persembahan yang sama di Nou Camp, Roberto Di Matteo setelah kehilangan Terry, mengarahkan anak buahnya mengamalkan taktik bertahan sehinggakan Drogba dilihat pada satu masa menjadi left back dan DMC. Walau apa pun taktik yang diamalkan dalam perlawanan, kita semua pasti akan sentiasa berbelah bagi. Ya, tiki taka oleh Barcelona sedap dilihat tapi lihat statistik pada musim ini dimana Barcelona walaupun menguasai lebih separuh perlawanan tapi masih gagal mendapat kemenangan. Setiap pasukan bola sepak ada identiti tersendiri. Arsenal, dibawah Wenger juga ramai yang mengatakan mengamalkan taktik bermain yang laju dan menarik tapi diakhir perlawanan, setelah pengadil meniupkan wisel, 3 mata , kemenangan yang lebih didambakan. Semalam sepatutnya Mourinho, mastermind disebalik Inter menang treble pada 2010 , mengarahkan anak buahnya memperkemaskan bahagian pertahanan tetapi sebaliknya membiarkan bayern menguasai kembali perlawanan meskipun Ronaldo sudah menjaringkan 2 gol sehinggakan Robben berjaya memberi semangat kepada Bayern dengan jaringan penaltinya. Semua peminat dan penyokong boleh berbalah,berdebat, mengkritik, menyuarakan setiap pasukan mereka adalah terbaik, setiap pemain pasukan mereka adalah terbaik, setiap taktik yang ditunjukkan oleh pasukan mereka adalah terbaik tetapi dipenghujung hari, setiap orang hanya mahukan kemenangan..Setiap orang ada gaya masing-masing..

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share