Monday, May 14, 2012

Final Piala FA dan Butler


Peter James Butler hari ini dilaporkan oleh media sudah sah menandatangani kontrak untuk mengambil alih kerusi panas jurulatih bagi skuad Sang Penyu.Kontrak selama 18 bulan telah ditandatangani Peter Butler.Peter Butler yang sebelum ini dua kali mengemudi Kelantan dan 2 kali juga berhadapan kes-kes panas memang diakui sebagai seorang jurulatih yang berkaliber. Butler adalah jurulatih pertama Kelantan yang membawa Kelantan layak ke Perlawanan Akhir Piala FA pada tahun 2009 sebelum tewas penalti kepada Selangor.Pada ketika itu Kelantan baru meningkat naik dan Butler memang disanjung ramai orang. Taktikal Kelantan dibawah Butler memang menjadi kerana Butler dilihat suka dengan taktik 4-3-3..
Butler di Terengganu sebenarnya seperti menabur garam diluka kepada peminat-peminat Red Warriors.Yang lebih sakit apabila Butler akan mengemudi Terengganu berdepan dengan Kelantan dalam saingan kedua Piala AFC 26 Mei nanti di Kota Bharu. Ya, sehingga sekarang orang masih berdebat samaada pihak mana yang betul dalam krisis Butler dan pihak pengurusan Kelantan sebelum ini sehinggakan Butler ditamatkan kontrak tapi sebenarnya ini semua adalah hikmah yang cukup unik dalam dunia bola sepak tempatan. Pemergian Butler membuka ruang kepada Bojan. Bojan tak kurang juga pengalaman sebagai jurulatih yang berkaliber. Lihat saja rekod Kelantan dalam semua saingan musim ini. Hanya satu kekalahan di AFC dibawah Bojan. Jadi perlawanan di kota bharu nanti akan penuh dengan warna warni. Derby Pantai Timur dalam saingan AFC, dua jurulatih yang penuh wibawa, para pemain yang cukup hebat, pihak pengurusan yang (boleh dikatakan mantap , tapi mungkin akan dibantah oleh ramai orang..terpulang) para penyokong yang terkenal fanatik. Kelantan musim ini sentiasa berdepan dengan perlawanan-perlawanan yang cukup tekanan.Lihat saja 3 minggu ini, tekanan di Kedah, tekanan melawan Singapura, tekanan sabtu ini untuk julang Piala FA di Bukit Jalil, tekanan daripada sessi pembalasan Butler , tekanan untuk terus kutip mata dalam liga super menghambat (dan akan pasti berjaya) memintas Singapura.
Beralih ke debaran Piala FA, semua peminat samada Sime Darby dan sudah pasti Red Warrior pasti membilang hari sebelum bertandang ke Bukit Jalil. Ramai yang sudah mendapatkan tiket.Tapi ramai lagi yang belum mendapatkan tiket. InsyaAllah, aku sendiri berharap tiket masih ada di Bukit Jalil kerana aku sendiri belum mendapatkan tiket. Satu perkara yang aku kurang suka dengan Bukit Jalil, mungkin satu sumpahan, Kelantan kurang mendapat tuah apabila bermain di Bukit Jalil.Mungkin sumpahan ini sudah dihidu FAM maka perlawanan akhir diadakan di sini.FAM mungkin mahu menambah duka Kelantan yang saban tahun terkena tindakan 'God alike' FAM. Biarkan saja FAM.Berbalik kepada sumpahan Bukit Jalil. Hanya dalam tahun 2010 Kelantan mendapat kemenangan melawan Negeri Sembilan di Bukit Jalil. Beberapa siri perlawanan sebelum dan selepas itu selalunya berakhir dengan kekalahan yang seperti tiada tuah. Bukan aku sangsi dengan kehebatan Kelantan, aku orang Kelantan, aku tahu mana letaknya harapan, aku tahu mana impian seluruh Red Warrior. Tapi aku tidak mahu juga menidakkan kemampuan Sime Darby.Kemampuan mereka mengalahkan Terengganu tidak harus dipandang mudah.Aku mahu bersorak, aku mahu melompat di bukit jalil sabtu ini. Seluruh peminat red warrior mahu semua itu..Aku harapkan, sumpahan bukit jalil dan Piala FA akan berakhir Sabtu ini. Maaf Sime Darby, Sabtu ini Sang Kijang tidak mahu lagi menangis..Kami hanya mahu menangis gembira.Gelombang Merah akan memecahkan keheningan malam Bukit Jalil Sabtu ini. Mulakan 'countdown' 19 Mei nanti.

p/s esok aku janji Butler Identity, Butler Ultimatum dan Butler Supremacy..dah agak lama tak bercerita pasal Inter..akan 'wrap up'

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share