Tuesday, May 8, 2012

Kelantan ke pusingan kedua AFC

Nwoha berjaya menjaringkan gol malam nie.Daripada barisan pemain yang diturunkan malam nie, memang terserlah yang Bojan mengambil pendekatan untuk berhati-hati dan mengarahkan pemain-pemain Kelantan bermain tanpa tekanan. Perlawanan ini juga sebagai satu pendekatan untuk merehatkan beberapa pemain setelah melalui satu rentetan perlawanan yang amat penting. Mujur Arema yang menang petang nie menghilangkan tekanan kepada kelantan dalam perlawanan malam nie.Dan dengan kemenangan Kelantan ini, Kelantan mengesahkan juara kumpulan seterusnya menanti naib juara kumpulan H untuk pusingan kedua nanti. Dengan juara kumpulan AFC ini, kelantan akan dapat bermain pusingan kedua di halaman sendiri. 2 pasukan yang akan berentap esok akan menjadi lawan Kelantan pada pusingan kedua nanti iaitu samada Kitchee daripada Hong Kong ataupun Terengganu. Adalah satu kerugian kepada bola sepak negara sekiranya Terengganu yang akan bertemu Kelantan di pusingan kedua nanti. Di harapkan Terengganu dapat menang esok dan menjadi juara kumpulan mereka.
Kelantan pula lega setelah berjaya melangkau sasaran awal dengan melangkah kaki ke pusingan kedua. Sekarang Bojan akan kembali tumpukan perhatian kepada PKNS dalam saingan Liga Super dan seterusnya menyiapkan diri untuk perlawanan akhir Piala FA dengan Sime Darby pada 19 mei nanti. para peminat dan  penyokong red warrior pastinya sekarang ini menyiapkan diri untuk ke perlawanan akhir nanti yang belum disahkan akan berlangsung di Bukit Jalil. Tiket khabarnya sudah ramai yang tempah. Tahun ini kali ke 3 Kelantan masuk ke Perlawanan Akhir Piala FA dan setelah kempunan 2 aksi sebelum ini kepada Selangor dan Terengganu, Kelantan tidak mahu lagi terus gagal mendakap satu-satunya piala yang belum lagi ada dalam koleksi Kelantan.
Akhir kata, tahniah kepada semua pemain-pemain Kelantan pada malam ini. Tumpuan beralih kepada saingan liga super kembali untuk hujung minggu nanti. tahniah juga kepada Bojan Hodak. Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share