Friday, May 4, 2012

Kelantan vs Lions XII 4 Mei 2012


Kalau zaman dulu-dulu, ramai orang kata , ramai anak muda Kelate pergi cari kerja ke Singapura.Malah, ayah aku sendiri pernah kerja sekejap kat Singapura.Selain dari itu, Singapura, bagi Kelantan adalah satu tempat yang agak asing berbanding dengan Thailand yang hanya bersebelahan.Dari segi bola sepak pula, setelah Singapura diharamkan dalam liga malaysia akibat kes judi dan rasuah bola, Singapura dan Kelantan langsung tidak ada kaitan.Tetapi musim ini, musim pertama Singapura kembali ke kancah Malaysia, musim kedua Kelantan dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga super, kedua-dua pasukan ada banyak benda yang hendak dibuktikan.
Singapura sekarang berada di tangga teratas liga tetapi dengan kelebihan 3 perlawanan. Kelantan dipisahkan dengan 5 mata dan sekiranya kelantan berjaya mencari 2 kemenangan dari tiga perlawanan, Kelantan mampu memintas Singapura. Kelantan dan Terengganu (seingat aku) adalah pasukan yang berjaya menewaskan Singapura dalam Liga Super pada tahun ini. Dan malam ini ditempat sendiri, Kelantan mahu terus mendaki takhta liga.Di hadapan penyokong sendiri, bersama sokongan padu peminat setia, bersama motivasi kemenangan di Alor Setar tempoh hari, Kelantan cukup bersedia melayan kedatangan Singapura. Satu benda yang menarik mengenai Kelantan pada musim ini adalah, kebanyakkan kemenangan yang dimenangi oleh Kelantan adalah apabila pasukan lawan terlebih dahulu menjaringkan gol.Jadi peringatan kepada Singapura, jangan biarkan Kelantan mendapat motivasi tambahan setelah ketinggalan jaringan kerana Kelantan pasti akan bangkit dan akan memenangi perlawanan. Sama seperti perlawanan pertama kedua-dua pasukan ini dalam liga super dimana Singapura terlebih dahulu jaringkan gol dan kelantan bangkit dengan 2 gol seterusnya memenangi perlawanan.
Semua orang mengakui kekuatan pasukan Singapura. Malah, hampir separuh skuad ini mengagalkan skuad Rajagopal pada tahun lepas.Jadi perlawanan malam ini cukup hebat dan berprestij. Ia akan menentukan hala tuju Liga Super. Kelantan mahu mencapai kemenangan sebanyak mungkin sebagai persediaan kepada Final Piala FA, 19 mei nanti..Singapura mahu terus menjarakkan diri dengan Kelantan dan Terengganu. Malam ini Kijang dan Singa akan berlawan. Kita sama-sama nantikan apa jua keputusannya nanti. malam ini, gomo kelate gomo.

p/s..rajagopal katanya pilih Kelantan malam nie.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share