Sunday, May 13, 2012

Lagi seminggu mahu Final Piala FA 19 Mei

Semalam siapa yang pergi ke stadium Kelana Jaya boleh perhatikan berapa ramai peminat Kelate dari Lembah Klang berhimpun di dalam stadium memberikan sokongan kepada Red Warriors. Pastinya sesiapa yang datang tengok game semalam akan teruja kerana begitu ramai peminat Kijang datang menyorak semangat kepada anak-anak buah Bojan Hodak.Dan aku dan kawan aku semalam berani katakan yang game semalam boleh diibaratkan sebagai pra-final Piala FA yang akan berlangsung Sabtu depan di Bukit Jalil. Semalam stadium Kelana Jaya dah penuh dengan rata-rata orang Kelantan dari Lembah Klang.Sabtu depan, Bukit Jalil akan penuh dengan seluruh peminat Kelantan yang berada di seluruh semenanjung Malaysia. Piala FA satu-satunya Piala yang belum lagi Kelantan julang dan setelah tewas 2 kali dalam final sebelum ini, final sabtu depan adalah medan terbaik untuk dapatkan piala tersebut. Prestasi Kelantan juga cemerlang sekarang, tiada kekalahan dalam saingan tempatan sejak tunjuk ajar dari Bojan Hodak.Senarai penjaring untuk skuad Kelantan juga semakin hari semakin bertambah. Jika dulu hanya penyerang diharapkan untuk menjaringkan gol dalam setiap perlawanan tetapi sekarang, dengan rotation yang dibuat akbiat kepadatan jadual, seolah-olah satu hikmah datang daripada FAM, apabila bukan saja penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan Kelantan menyumbangkan gol. Lihat saja gol yang dijaringkan oleh Farhan. Lihat pula bagaimana Rizal Fahmi, seorang pemain center back menjaringkan gol bertemu Lions. Obina tajam dengan tandukkannya.Dan semalam pula, Apke, seorang penjaga gol mampu membuat assist untuk gol ketiga Kelantan dijaringkan oleh Ghaddar.Daudsu pernah jaringkan gol dengan freekick. Piya semalam nyaris jaringkan gol dengan freekick. Roypy juga jaringkan gol bertemu Perak. Indra jaringkan gol freekick dalam saingan AFC. Jadi sekarang diatas kertas, berdasarkan prestasi semasa, Kelantan mempunyai cukup ramuan untuk terus mengutip kemenangan dalam setiap perlawanan. Hanya satu kelemahan Kelantan iaitu mentaliti. Bojan pernah meluahkan rasa begini selepas lawan Ayewardy tempoh hari..Kelantan mampu menang dengan jumlah jaringan yang besar setiap kali perlawanan sekiranya setiap pemain amalkan permainan penuh berdisiplin tetapi, apabila selalu dibuai kemenangan, rasa ego diri akan mula masuk. Satu lagi adalah tekanan. Tiada pasukan di Malaysia yang lebih terasa tekanan seperti apa yang Kelantan rasakan. Tekanan yang paling besar adalah daripada penyokong yang fanatik.Tetapi sebenarnya tekanan ini adalah senjata utama Kelantan. Sabtu depan, tekanan yang datang daripada beribu-ribu peminat, penyokong Red Warrior yang memenuhi segenap ruang stadium nasional Bukit Jalil akan memberikan kekuatan kepada anak buah Bojan Hodak sekalian. Sabtu depan gelombang merah akan memenuhi Bukit Jalil. Gelombang merah yang hadir dengan semangat cintakan negeri dan penuh sukarela, rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit.Gelombang merah yang akan bertempik, melaung, bersorak...Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share