Friday, May 11, 2012

PKNS vs Kelantan 12 Mei 2012

Malam esok misi menumbangkan Singa dari negara seberang berterusan. Saingan Liga Super akan bersambung dan Kelantan akan turun untuk terus mencari 3 mata .Malam esok di Lembah Klang Kelantan akan bertandang menentang PKNS. Pada pusingan pertama, kedua-dua pasukan ini bertemu di Kota Bharu dan keputusan adalah seri 1-1.Pada perlawanan itu, barisan pemain Kelantan dilihat tidak bermaya apabila melepaskan gol walaupun sudah berada di hadapan. Kali ini, PKNS dilihat semakin meningkat naik meskipun ada beberapa keputusan yang tidak konsisten seperti menang dengan Lions di KL tetapi tewas besar di Jalan Besar.Kehadiran pemain importnya benar-benar mengubah barisan tengah PKNS. Dibawah Hj Abdul Rahman, PKNS adalah satu pasukan kelab yang patut digeruni. Kelantan pula masih belum tewas di bawah pimpinan Bojan Hodak dalam saingan tempatan. Tetapi Kelantan berdepan dengan sedikit tekanan kerana perlawanan akhir Piala FA pada sabtu 19 Mei 2012. Meskipun begitu, Kelantan membawa momentum yang besar setelah menewaskan Lions dan Ayewardy di gelanggang sendiri. Mat Yo pasti mahu kembali mencari sentuhan penyudahnya. Bojan Hodak ada meluahkan rasa perlunya disiplin taktikal dalam setiap perlawanan yang pemain-pemain Kelantan tempuhi selepas ini. Malam esok satu perlawanan yang menarik akan dilangsungkan di Stadium Kelana Jaya.Kepada penyokong dan peminat Red Warriors yang berada di Lembah Klang, sama-sama memberi sokongan yang hebat kepada pemain-pemain Kelantan malam esok. Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share