Monday, June 18, 2012

Banyak jalan nak tengok tapi signboard tak ada

Lagi 5 hari mahu menghabiskan sisa-sisa sebagai seorang pelajar kat sini.Dan selalunya bila di saat-saat nak habis nie, akan timbul satu rasa takut.Kenapa? takut untuk memulakan sesuatu yang baru. Dan selepas ini, aku, mahu atau tidak mahu kena jugak melangkah ke alam yang selama nie aku elakkan. Tapi alam ini sebenarnya adalah satu transaksi kepada satu perubahan yang besar dalam hidup aku untuk 10 atau 20 tahun dan mungkin juga seumur hidup aku selepas ini. Alam pekerjaan.

Sebelum ini, aku dah lama sangat dengan alam pelajar. Alam nie orang kata antara terindah. Mana tak nya, tak perlu risau apa-apa. Duit tak risau sangat. Duit habis untuk makan, makan, dan makan. Baju baru pun kadang-kadang je beli. Untuk buat benda lain pun kadang-kadang je. tanggungjawab pun bukan besar mana. Lebih kepada diri sendiri sahaja. Jaga diri, jaga pelajaran, hantar tugasan, pergi exam. Tiap-tiap tahun benda yang sama aku lalui. Kadang-kadang, terasa macam dah burnt out.tapi aku sentiasa tanam dalam diri aku, orang sekeliling pun sentiasa beritahu, belajar nie proses yang tidak akan habis. mungkin aku hanya burnt out sebab lama jadi pelajar.bukan kerana belajar. Ya, siapa tidak suka belajar.Pelajar suka belajar hanya benci kepada tugasan, permarkahan dan peperiksaan je. Tanya la kebanyakkan pelajar, memang benda nie je yang membuatkan mereka dah bosan jadi pelajar.

Tapi sekarang nie, aku kena terima hakikat semuanya akan berakhir. Semuanya dah tamat. Dan syukur aku tamat dengan baik walaupun tidak cemerlang seperti orang lain. Aku dah usaha setakat yang aku mampu dan aku rasakan, aku sebenarnya mampu buat lebih lagi daripada apa yang aku dah capai sekarang kerana aku tahu keupayaan aku jauh lagi. Dalam proses belajar nie banyak variable yang mempengaruhi.Variable terbesar yang aku rasakan sangat mempengaruhi pelajar adalah keyakinan diri. yakin pada diri nie sangat berkait rapat dengan minat dan motivasi. Malah kalau kita selidik, benda nie saling sangkut paut. Pelajar yang bermotivasi tinggi akan tinggi minat pada subjek pelajaran lantas jadi lebih yakin. Macam nak present sesuatu dalam kelas, kalau tak yakin, hilang la minat pastu akan jadi tak bermotivasi. Atau pun boleh diputar-putar variable nie.

Bila diselidiki balik, minat nie boleh berubah dengan masa.Selalu je dengar pelajar amek kursus itu ini sebab tak minat, tapi kenapa akhirnya dia boleh je anugerah dekan. Selalu je dengar pelajar masuk jurusan itu ini sebab kehendak orang lain, sebab tak ada pilihan tapi kenapa boleh jugak dapat 3.7+ dan ke atas. Penilaian bagi pelajar bagi aku sangat subjektif. Aku selalu tekankan ada pelajar yang dapat A pun dalam subjek tue tak semestinya dia memang pakar. Apa nilai A ? sekadar mencantikkan transkrip. Apa yang buatkan pelajar unik? sebab pelajar ada banyak kelemahan dan kekuatan yang tersendiri yang hanya dapat dimaksimumkan potensinya dengan masa dan latihan dan juga peluang.

Bercerita lagi mengenai masa, latihan dan peluang, sekarang masih lagi dalam proses mencari kerja walaupun aku dah berhenti.Peluang untuk setiap pelajar untuk mendapatkan kerja bagi aku sangat banyak. Ya, orang selalu kata penggangguran tinggi. graduan tak reti cari kerja dan sebagainya. Aku sendiri rasa benda tue. Susah cari kerja. Susah lagi nak cari kerja yang kita idamkan. nak masuk kerajaan? Berapa banyak je jawatan yang ada.Kira berapa banyak universiti yang ada kat Malaysia nie. Kira pulak berapa banyak jurusan yang ada. masuk swasta? gaji kecik la. Mahal la. tak berbaloi la. Semua betul dan semua juga salah. bagi senang je, samada kita mahu atau tidak je. Ya, kadang-kadang cemburu, bila tengok orang lain senang-senang je dapat kerja bagus, senang je kumpul duit. senang je dapat peluang kerja, bukak bisnes.pastu kaya raya, dapat beli rumah, dapat beli kereta best, dapat berkeluarga, dapat senang lenang. Siapa tak mahu semua tue. Aku mahu kerja yang rilek, gaji berbaloi, dapat pangkat, orang hormat, ada kewangan kukuh, dapat beli kereta yang best, dapat bayar semua hutang yang ada, dapat beli rumah, dapat gunakan duit untuk bercuti. Tapi semua tue takkan datang kalau sekadar dengan impian, angan-angan dan cemburu. jalan berbeza-beza.Kalau Allah buat semua orang dapat kerja di Petronas sebagai contohnya, apa yang nikmatnya?Kalau Allah bagi semua orang dapat gaji RM4k sebulan, apa yang nikmatnya? Kalau Allah bagi semua orang dapat beli BMW, apa yang nikmatnya? Nikmat bagi hamba berbeza dan atas kita untuk syukur. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Yang penting kita teruskan dengan usaha kita, kita sendiri tahu apa yang kita mahu. Kita sendiri yang perlu berjalan dalam jalan yang kita ambil.Apa yang elok untuk orang lain tak semestinya elok untuk kita.Apa yang tak elok untuk orang lain tak semestinya tak elok untuk kita.

Untuk berusaha nie perkara yang penting, yang aku buat adalah tanya diri aku sendiri apa yang aku nak buat.Ya, banyak jalan lepas belajar. Aku boleh teruskan buat master macam orang lain. Sambung lagi belajar..lepas master baru kerja.Sebabnya orang cakap ekonomi tak stabil jadi ambil master, gaji lagi tinggi nanti. Aku boleh juga cari kerja mengajar. Orang kata senang mengajar. tak sakit kepala. Stabil. Aku boleh juga tunggu dulu, cari kerja yang betul-betul bagus.cari kerja luar dari KL sebab kalau mahu hidup di KL nie, kos hidup tinggi. Atau aku boleh juga kerja, cari kerja yang sesuai, berbaloi dengan apa yang aku dah ada, bina dari bawah. macam-macam jalan boleh aku cuba. Dan aku rasa, jalan-jalan nie tak semestinya akan terhenti. contohnya, jalan nak jadi pengajar boleh bertembung dengan ambil master ataupun boleh bertembung dengan aku kerja sebagai call center dulu ke.Tak ada siapa yang tahu? orang lain pun tak mampu ramal kalau aku kerja kerajaan sekalipun tak semestinya aku akan terus kerja dengan kerajaan.
Mana tahu kerja dengan kerajaan selama 5 tahun dan aku berhenti sebab kerja tersebut tak sesuai dengan personaliti aku. Alam kerja bagi aku sangat besar. Kenapa? Kerana ianya akan mencorakkan hidup kita dan juga orang lain. Contoh sebagai cikgu, kalau tak minat mengajar, bagi aku baik tak payah ambik.Sebab mengajar satu tugas yang mencabar, perlu sabar, perlu motivasi. tapi kita tak tahu di masa hadapan. peluang akan muncul bila-bila masa saja. Mungkin tak jadi cikgu, tapi jadi pengajar arah lain.jadi cikgu kepada bakal cikgu contohnya?Alam nie terbentang luas. ramai yang cakap, pengalaman itu penting. Aku akui. Ramai juga yang cakap semuanya terletak pada kita.Apa yang kita mampu,sanggup , dan mahu buat? Siapa mampu ramal kalau aku kerja sebagai operator kilang sekali pun , 10 tahun akan datang aku akan terus jadi operator kilang? tiada yang orang mampu ramal.Kita sendiri mencorakkan masa depan kita sendiri. Apa guna juga kerja di syarikat besar tapi jiwa kita tak tenang dan sentiasa berfikir mengenai jalan yang kita tak ambil. Lebih baik tanam padi di sawah yang hijau kalau kita rasa puas dengan peluh yang kita keluarkan mampu bagi kita rezeki. kalau orang lain kerja di KL tak semestinya kita kena kerja di KL jugak. kalau orang lain dapat kerja di Gong Badak tak semestinya kerja kat situ baik untuk kita jugak.Mana tahu kita mampu hidup di New York contohnya, Perth mungkin, Kiev?Moscow? Tokyo? Allah sendiri menyuruh hambanya bertebaran dalam dunia nie cari rezeki.

Pensyarah aku ada bagi nasihat, alam nie luas, kita je yang perlu cakna.Tak boleh sekatkan minda kita dengan pemikiran-pemikiran yang tak matang. Tidak ada betul atau salah dalam hidup nie.hanya bagaimana kita memberi definisi kepada benda tersebut.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share