Saturday, June 16, 2012

Cari Kerja

Lagi seminggu mahu tamat di sini. Lagi seminggu mahu keluar alam ini. Dah cukup lama. kalau orang lain aku rasa dah bergelar Dr. Kawan-kawan aku yang lain pun dah tambah ahli keluarga dah. Aku baru je nak melangkah alam kerja. 2,3 minggu nie aku cuba nasib cari kerja. kalau sebelum ini orang duk kata susah nak dapat kerja. Aku akui susah nak dapat kerja.Tapi betul la apa yang selalu orang kata.kerja banyak je sebenarnya, cuma atas kita mahu atau tidak je. kalau kita demand tinggi-tinggi siapa yang mahu ambil kan. Aku perlu sedar, aku kurang pengalaman lagi dalam bidang kerja nie.Jadi banyak syarikat yang kurang lihat pada benda tue. Untuk itu, aku dah set dalam otak aku, tak perlu nak cerewet sangat dalam cari kerja. cuba je kerja apa-apa pun asalkan sepadan dengan apa yang ada.Awal-awal kerja takkan nak demand gaji yang tinggi-tinggi kan? Asalkan gaji yang ditawarkan itu sepadan dengan apa yang kita ada, itu dah cukup berbaloi. banyak benda yang aku belajar sepanjang usaha cari kerja nie. Pertamanya, apa yang kita belajar selama nie bukanlah tidak penting tapi apa yang boleh kita praktikkan dari apa yang kita belajar tue yang penting. Banyak tempat aku pergi semuanya macam mahu tengok bagaimana aku bercakap. terutamanya dalam bahasa inggeris. bahasa inggeris aku memang tak seotai orang lain. Slang pun ada lagi kelantan..tapi aku cuba jugak.keduanya, dalam interview nie, keyakinan diri tue sangat penting. kalau masa interview pun dah gelisah gila, macam mana nak sesuaikan diri dengan suasana baru tempat kerja kan.Dan aku rasa keyakinan diri nie dapat dipupuk jika kita banyak pengalaman.Aku sendiri 'nervous' masa interview. Bila dah nervous, semua benda yang ada dalam kepala pun susah nak dikeluarkan.Tapi bila dah 2,3 kali masuk keluar tempat interview, keyakinan diri tue mula timbul. Satu lagi keyakinan diri nie jugak berkait rapat dengan apa yang kita harapkan. Boleh berharap tapi jangan mengharap sangat. Aku cuba positifkan minda aku, aku tak rugi apa pun masa pergi interview. Ya, duit habis, minyak, tol, penat lagi tapi sekurang-kurangnya kenal tempat baru. 3 minggu aku duk cari tempat interview nie aku dah kenal banyak jalan kat KL dan Selangor nie. Tempat yang sebelum nie aku sendiri tak pernah jejak kaki. Ketiganya, usaha nak cari kerja nie bermula dalam kepala kita sendiri. Apa yang sebenarnya kita nak buat. Bila kita dah set apa plan kita, senang je jalan.Satu lagi tawakkal tue memang penting. Bila dah semua selesai, kita hanya boleh berdoa dan mengharap yang terbaik daripada Allah kan. Usaha lagi. Semua orang bila aku duk borak-borak cakap benda yang sama. Susah nak dapat kerja yang betul-betul sesuai dengan diri kita selagi kita tak rasa kerja tue. jadi pesanan untuk diri aku sendiri, aku akan terus usaha cari kerja. Orang cakap sebelum berlari kena merangkak dulu. tapi dalam kes aku nie, aku dah kena mula melompat untuk capai apa yang diimpikan.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share