Saturday, June 2, 2012

Definisi Sokongan Peminat

kredit to Sokernet

Semalam Malaysia seri lawan Filipina..Barisan pemain orang kata terkuat dah..Ada pemain dari ATM, Selangor, Kelantan, Liga Super ada, Liga Perdana pun ada. Seperti biasa, perlawanan melibatkan pasukan negara tidak boleh dikritik. Ramai yang marah. Ramai bagi definisi kalau peminat, penyokong, rakyat Malaysia yang sejati, mana boleh kritik pasukan negara.Kenalah bagi sokongan setiap masa. Kenalah jaga, takleh kritik.Mahu kena gantung? Biasalah, pemain pun melenting bila tak main bagus..Peminat kena sabar.Peminat/penyokong tak tau ke pengorbanan pemain, Jurulatih Rajagopal..Tak tahu ke pengorbanan FAM atur perlawanan. Semua rakyat Malaysia yang dikatakan sokong, minat dengan bola sepak negara kena lah sentiasa bagi sokongan. Kan Malaysia juara AFF sebelum nie. Time menang ramai sokong, time kalah macam gini ramai yang kutuk ye.Memang lumrah orang kita kot, takleh nak terima kritikan.Tapi kalau time nak kritik orang lain, dia yang paling awal
Orang je tak tau sebenarnya pengorbanan seorang peminat/penyokong. Ya, kami berhak untuk kritik pasukan negara. Siapa yang bayar duit rajagopal untuk latih negara?siapa bagi duit elaun kepada pemain setiap kali main wakili negara? siapa bayar duit tambang pemain terbang sana terbang sini. Tau tak peminat nie sanggup berhabis duit semata-mata nak beli tiket tengok match malaysia. Tapi kalau persembahan masih ditakuk sama, apa guna. Duit cukai rakyat seolah-olah hilang macam tue je. Pemain , pegawai FAM mungkin leka dibuai duit, senang hidup, tapi rakyat masih lagi terpaksa banting tulang, kais pagi, kais malam cari sesuap nasi. Dan apabila harapan diberikan kepada pasukan negara, harapan tersebut hilang. Jangan berpegang kepada yang lepas lah FAM. Ya, malaysia menang AFF. Ya rajagopal yang bawa Malaysia. AFF kat mana? Asia Tenggara je kan. kelayakan Piala Dunia pun kalah.Ok, bleh nak berpegang kepada kenangan. kenapa malaysia tak jadi macam zaman datuk aun dulu. Zaman arwah Mokhtar dahari dulu. patut lagi best la dari dulu, sekarang professional kan, dulu semi pro je. Kenapa FAM?ooo,,tak leh kritik.Hanya Presiden ngan Setiausaha agung je. Rasuah pun semakin menjadi liga kita sekarang nie. bila orang bunyi pasal FAM dari FIFA, FAM melenting.tapi bila pengadil Malaysia sendiri yang kena tangkap di Singapura.Tak melenting balik ke FAM?
Kalau negara tak leh la ek nak kritik.Tapi kenapa bila negara orang lain senang je kita kritik? Kalau bab kelantan kuat je orang kritik. Pas tak bagus la.Ore Kelate tok molek laa. KB tue mundur laa.Kalau bab pasukan dari eropah senang je kritik. Bodo la Man Utd. Bangang la Liverpool. Gilo laa Barca..Bleh je kritik. Tapi kalau pasukan negara, memang kebal ekk.memang tak leh kritik, kena senantiasa bagi sokongan. Macam tue ek..Terima kasih la FAM..

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share