Thursday, June 21, 2012

EURO 2012 Semakin menjadi

Malam nie saingan suku akhir Euro 2012 akan bermula. Malam nie sekali lagi para peminat bola sepak akan berjaga malam. Setakat ini Euro 2012 menjanjikan pelbagai debaran. Banyak kejutan yang terjadi. Para peminat sukar hendak jangka pasukan mana yang akan pergi jauh. Memang terbukti elemen tuah banyak membantu dalam bola sepak. Namun begitu, rata-rata ramai mengakui yang Jerman dilihat antara pasukan yang paling konsisten dan mampu ke pentas akhir. Perancis walaupun kalah sebelum nie masih dilihat satu pasukan yang kuat kerana dibarisi pemain bintang. Sepanyol selaku juara bertahan masih diberi kepercayaan meskipun taktikal mereka dilihat semakin longgar. Itali juga berpeluang untuk mara jauh sekiranya para pemain mereka mampu menampilkan aksi terbaik dalam menyerang dan tidak bergantung pada bertahan sahaja. England pula semakin mendapat pujian walaupun sebelum nie dilanda gol kontroversi. Portugal mengharapkan sentuhan emas dan magik dari Cristiano Ronaldo mampu membawa mereka ke pentas akhir sekali lagi. Czechs pula mahu melupakan episod duka pada peringkat kumpulan dan tidak mahu semata-mata berharap kepada tuah. Greece pula membuktikan kejayaan mereka memenangi Euro 2004 adalah satu kualiti bukan semata-mata satu kisah dongeng yang tidak mampu di ulang balik.Secara keseluruhannya, Euro 2012 menjanjikan satu aksi persembahan bola sepak eropah yang sememangnya dinantikan oleh semua orang. Meskipun begitu, di kala Euro semakin kemuncaknya, saingan liga tempatan juga semakin rancak dan semakin ke penghujung.Peminat tempatan tidak seharusnya melupakan terus saingan liga tempatan ini. Sabtu dan Jumaat ini sama-sama penuhkan stadium negeri masing-masing.Sama beri sokongan pada pasukan kesayangan masing-masing. jangan biarkan pendatang terus kecapi kejayaan.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share