Saturday, June 16, 2012

Kelantan lawan Kedah 16 Jun 2012

Malam esok saingan Liga Super bersambung. Setelah berehat lebih kurang 2 minggu, Kelantan pasti mahu kembali ke sasaran asal iaitu mengutip kemenangan untuk merampas takhta liga yang dihuni oleh Singapura. Kelantan mampu menjulang Liga Super dengan awal sekiranya mampu menang 6 perlawanan selepas ini. Dengan berbaki 3 perlawanan kurang berbanding Singapura dan dengan prestasi para pemain Kelantan yang sebelum nie dalam keadaan yang terbaik, para peminat serta penyokong Red Warrior memang berharap Kelantan mampu mengekalkan kejuaraan Liga Super seterusnya mengukuhkan nama dalam persada bola sepak tempatan. lawan malam esok adalah Kedah. Kedah pasti mahu menjarakkan diri mereka daripada tangga bawah liga. Saingan malam esok yang berlangsung di Kota Bharu pasti menjanjikan saingan yang menarik. Jika diperhatikan pada rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum nie, boleh dikatakan agak seimbang. perlawanan terakhir kedua-dua pasukan adalah ketika saingan Piala FA dimana Kelantan layak ke perlawanan akhir setelah seri 2-2 di Alor Setar. Satu perlawanan yang cukup mendebarkan apabila kedah menjaringkan 2 gol di babak pertama dan Kelantan membalas 2 gol di babak kedua.Malam esok, jaringan pasti akan dicipta. Ghaddar seperti biasa akan mengetuai barisan serangan. Malam esok Kijang mahu terus melompat mencari 3 mata. Sang Kenari mahu mencari kemenangan moral. Malam sok stadium Kota Bharu akan bergema. Jika malam-malam biasa sejak seminggu yang lalu, peminat bola dihidangkan dengan saingan Euro, malam esok kembali beri sokongan kepada liga bola sepak tempatan. Gomo Kelate Gomo.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share