Tuesday, June 19, 2012

Kuala Lumpur vs Kelantan , 19 Jun 2012

Malam nie Kuala Lumpur akan ke Kota Bharu tapi sebagai tuan rumah. Kelantan akan bermain di KB tetapi sebagai pasukan pelawat. Dalam situasi malam nie, aku pendapat dua-dua pasukan akan peroleh faedah. Kuala Lumpur akan peroleh wang kutipan tiket yang tinggi, dapat bantu masalah kewangan mereka. Kelantan pula selesa bermain di hadapan penyokong sendiri dan bermotivasi untuk terus mengukuhkan tentangan terhadap Singapura di tangga atas liga. Saingan liga super semakin kemuncaknya. Kelantan setelah menang lawan Kedah tempoh hari masih mahu mencari rentak lagi setelah berehat sebelum nie dan terpaksa mengubah taktikal dikala 3 pemain pertahanan yang dibelenggu cedera iaitu Obinna, Farisham dan Azizi mat Rose yang masih cedera panjang.
Malam nie Kelantan akan teruskan misi mencari tiga mata penuh. Ghaddar masih berbisa.Tengah mampu berikan yang terbaik lagi. Rizal dan Subra perlu tingkatkan persembahan lagi. Malam nie juga Terengganu akan menanti Singapura. Peter James Butler pasti tidak berdepan masalah besar kerana awal musim ini dia sudah membawa Kelantan menang ke atas Singapura di Jalan Besar. Terengganu diharap dapat mengekang kemaraan Singapura demi maruah Liga Tempatan. Namun begitu Kelantan tidak akan hanya bergantung pada keputusan pasukan lain. Kelantan hanya fokus pada diri sendiri dengan berbekal kelebihan 5 perlawanan berbanding Singapura, Kelantan mempunyai peluang untuk memenangi Liga Super sekali lagi

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share