Saturday, June 30, 2012

Liga bola sepak tomoi di pantai timur.


Semalam, perlawanan yang menjanjikan satu saingan sengit berlangsung di Kota Bharu..Kelantan menentang Selangor..Akhirnya, Kelantan berjaya membalas dendam dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas skuad Irfan Bakti..Separuh masa pertama perlawanan rancak meskipun Kelantan terpaksa mengeluarkan Piya yang mengalami kecederaan.Tapi dengan kemasukan Ghaddar bagai menambah sengat baru kepada bahagian hadapan Kelantan.Ghaddar berjaya menjaringkan gol melalui tandukan selepas sepakan sudut daripada NorFarhan..Kelantan kemudiannya menggandakan serangan-serangan berbahaya..Separuh masa kedua lain pula ceritanya.Mungkin taktik yang diserap oleh Irfan Bakti ataupun memang 'professional' pemain-pemain selangor yang seringkali mengamalkan permainan kotor..Mangsa yang selalu menerima terjahan, tolakan, adalah Ghaddar. Sekurang-kurangnya ada 3 insiden dimana Ghaddar jatuh akibat dihentam oleh para pemain Selangor. Yang paling bagusnya apabila pengadil tidak memberikan sebarang kad..Mungkin pengadil semalam adalah pengadil yang sangat berwibawa sehingga ke tamat perlawanan para penyokong Kelantan melemparkan botol-botol air kepada para pengadil.Mujur KAFA bertindak mengiringi para pengadil masuk ke bilik persalinan.Tapi sesiapa yang menonton aksi semalam mampu lihat, betapa 'bijaknya' pengadil perlawanan. Perlawanan seringkali terhenti sehingga merencatkan mutu permainan. Kelantan mampu sebenarnya menambah jaringan tapi nasib tidak menyebelahi.Indra terkena palang gol, Ghaddar masih lagi bersikap tamak di dalam kotak penalti, Farhan menyepak lemah.Apa-apa pun Kelantan berjaya menglangsaikan hutang dengan Selangor seterusnya merampas tangga teratas liga daripada Singapura dengan kelebihan 2 perlawanan dan 1 mata di hadapan mereka. Selepas ini Kelantan hanya perlu cari 2 kemenangan daripada 4 baki jadual untuk mengekalkan trofi liga Super..Sekiranya Kelantan menang di Paroi, seterusnya menewaskan Perak di KB, Kelantan akan menjadi juara liga super dan akan menambah duri kepada Singapura dan FAM.Tapi dalam bola sepak, apa saja akan terjadi..Singapura mampu menjadi juara sekiranya menang semua 2 perlawanan selepas ini dan mengharapkan Kelantan kalah 3 perlawanan.Siapa tahu, akan muncul tangan-tangan gelap yang akan mengatur perlawanan nanti..Liga bola sepak kita dah terlalu kotor sejak dari dulu lagi, ditambah dengan kemasukan Singapura, satu persatu kes rasuah muncul dan aku yakin dan percaya sebenarnya banyak lagi kes lain yang seperti mahu ditutup oleh sesetengah pihak yang berkiblatkan wang ringgit..
Sekian untuk kali ini, moga bertemu di Paroi untuk Negeri Sembilan bertemu Kelantan.Saingan yang sengit dijangka terjadi kerana Negeri Sembilan antara pasukan yang paling susah untuk Kelantan tewaskan dan antara pasukan yang paling banyak ada sejarah dengan kemenangan dengan Kelantan..

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share