Thursday, June 28, 2012

Mussolini vs Hitler


Awal pagi esok, Itali akan bertemu Jerman dalam merebut satu lagi tempat ke perlawanan akhir bertemu dengan Sepanyol..Semalam Sepanyol menang dengan sepakan penalti dan sekali lagi Ronaldo kecewa kerana terlepas peluang untuk membuktikan bahawa dia lagi terbaik daripada Messi..
Itali tidak diberi banyak peluang berbanding Jerman yang dilihat ramai sebagai pasukan pilihan untuk ke perlawanan akhir dan juga memenangi trofi euro nanti.Namun begitu Itali telah membuktikan mereka mampu mencipta kejutan. Sekirannya Jerman mampu membuang badi kekalahan kepada pasukan Itali sebelum ini dan mampu mencipta jaringan dalam 90 minit perlawanan , mereka mampu meraih kejayaan.Perlawanan separuh akhir kedua ini juga lebih mirip kepada perlawanan antara Juventus menentang Bayern Munich kerana sebahagian besar pemain Itali bermain untuk Juventus manakala Jerman pula dibarisi ramai bintang-bintang Bayern Munich.
Sama-sama saksikan perlawanan yang pasti menarik awal pagi nanti.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share