Sunday, June 10, 2012

Penangan euro 2012

Malam nie masuk hari kedua Euro 2012 bermula.Semalam memang aksi pembukaan Euro yang hebat.Poland seri dengan Greece. Russia menang.Aksi dua-dua game memang amat memukau bagi para peminat.Tapi aku rasa peminat kat Malaysia nie mane minat team-team yang main semalam kan.ramai yang sokong  England, Jerman, Belanda, Perancis. tapi kalau diukur aksi Russia semalam, tak mustahil untuk mereka pergi jauh. Poland pun tak kurang juga dengan kekuatan sebagai tuan rumah. Sekarang nie berlangsung German lawan Portugal.Game best. Serang menyerang. Tengah padat. Tadi Belanda dah kalah. Serang banyak tapi tak berhasil. denmark serang sekali terus gol. Pendek kata, euro akan memberikan satu kepuasan dan tidak ada sesiapa pun boleh jangka keputusan nanti.Ingat Greece masa 2004? Apa-apapun, penangan Euro akan membuatkan ramai yang kurang tidur. Tapi bagi aku, kali nie macam tak terasa sangat Euro. Sebelum nie ye, aku usaha juga cari jersey mana-mana pasukan. memang dah siap jadual semua.Memang dah target tidur masa mana. Tapi untuk kali nie, macam dah kurang sedikit.Aku tetap akan tengok mana-mana game yang menarik.Sebagai peminat neutral, tetap tengok game bola kan.
Minggu depan Liga Super Malaysia akan bermula kembali. Kali nie mungkin kehangatan Liga Super akan tenggelam akibat Euro nie.Aku harapkan stadium tetap akan penuh seperti yang sebelum nie. Euro memang best layan tapi lagi berbaloi sokong negeri sendirikan. nama lagi Euro..Kita nie rakyat Malaysia, Malaysia bukan dalam Europe pun kan. tapi tak tau la kot-kot ada yang ingat Malaysia termasuk dalam Eropah pulak kan.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share