Monday, June 25, 2012

Semi final Euro 2012

Akhirnya semalam lengkap sudah pasukan-pasukan yang akan meneruskan kemaraan dalam saingan separuh akhir EURO 2012..Sepanyol akan bertemu Portugal.Jerman akan menanti kunjungan Itali..Pada pandangan aku, saingan separuh akhir kali nie amat sengit kerana keempat-empat pasukan sudah membuktikan mereka layak untuk mendapat tempat merebut saingan akhir nanti.
Sepanyol dan Portugal adalah negara yang berjiran dan dari segi sejarah, budaya serta bola sepaknya, memang lebih kurang sama.Saingan separuh akhir nanti pasti mata akan banyak tertumpu pada Cristiano Ronaldo..Bagaimana para pemain Sepanyol yang rata-ratanya dari Real Madrid dan Barcelona mampu mengawal CR7 nie.Jika dilihat pada barisan tengah, Sepanyol memang ternyata kuat tapi setakat saingan EURO tahun ini, elemen tuah banyak membantu..Walaupun Sepanyol masih dikritik kerana dilihat barisan hadapannya tumpul, barisan tengah mereka masih lagi memukau.Portugal pula tidak seharusnya hanya bergantung kepada Ronaldo semata-mata. Nani, Meireles dan Postiga perlu meningkatkan usaha memburu gol untuk menjejakkan kaki sekali lagi dalam pentas akhir Euro.
Jerman dan Itali adalah dua pasukan yang tidak asing lagi sebagai kuasa besar dalam saingan Piala Dunia dan EURO...1990, Jerman menang Piala Dunia di Itali..2006, Itali menang Piala Dunia di Jerman..Jika dibandingkan prestasi semasa, ramai yang memilih Jerman selaku juara..Barisan penyerang dengan pilihan antara Gomez dan Klose amat tajam di hadapan gol. Khedira, Ozil dan ramai lagi cukup hebat mengemudikan barisan tengah..Neuer terbukti antara penjaga gol terbilang..Dan mereka akan berhadapan dengan Itali yang datang ke Euro dengan 1001 masalah, Tapi Itali pada saingan kali ini berjaya membuang trademark taktik bertahan mereka..Cassano dan Balloteli pasti diberi harapan sekali lagi untuk menerajui barisan serangan. Pirlo akan menjadi jeneral di barisan tengah..Buffon yang sentiasa dikagumi sebagai penjaga gol hebat dunia akan mengawal gawang Itali. Saingan kedua-dua pasukan ini akan pasti menghiburkan..
Sama-sama nantikan saingan separuh akhir EURO pada 28 dan 29 jun ini..

p/s...aku sokong Itali dan ramal mungkin Itali akan bertemu Sepanyol di Final.Tetapi Jerman juga kuat..mungkin juga Jerman akan bertemu Sepanyol.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share