Tuesday, June 26, 2012

Terengganu lawan Kelantan, 26 Jun 2012


Malam ini perlawanan derby pantai timur akan berlangsung di Kuala Terengganu. Kelantan akan bertandang ke Stadium Ismail Nasaruddin Shah untuk meneruskan kemaraan mencari tiga mata dalam misi menggugat kedudukan Singapura di tangga atas liga. Terengganu pula mahu membalas dendam keatas 2 kekalahan sebelum ini di Kota Bharu dalam saingan liga super dan saingan AFC.

tiada apa lagi yang perlu diperkatakan mengenai pemain-pemain kedua-dua pasukan.Begitu juga dengan para pengendali kedua-dua pasukan yang sememangnya terbukti hebat dari segi taktikal bola sepak tempatan. Walaupun sedemikian, prestasi Terengganu di lihat sedikit jatuh apabila kalah kepada Singapura dan seri dengan PKNS sebelum ini. Kelantan pula meskipun menang 3 aksi sebelum ini, corak permainan yang ditunjukkan oleh para pemain hambar dan tidak menyakinkan.

Malam ini kedua-dua pasukan pastinya mahu menambat kembali hati para peminat mereka dan pasti akan menyajikan satu persembahan yang cukup menarik.Kelantan mahu memulakan langkah malam ini dengan kemenangan sebelum menanti kunjungan Selangor, Perak dan bertandang ke Negeri Sembilan. Terengganu pula mahu memperbaiki kedudukan sekurang-kurang merampas kembali tempat ketiga..

Sama-sama saksikan pertembungan dua pasukan ini malam ini. Gomo Kelate Gomo..

ramalan : sengit..serang dan bertahan..tapi aku jangka perlawanan berakhir dengan seri.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share