Sunday, July 29, 2012

Alahai tak berbaloi

sebulan dua nie penggemar filem pasti seronok dihidangkan dengan filem box office dari hollywood. antara filem yang mendapat impak yang besar adalah spiderman, ice age 4 dan batman : Dark Knight Rises.Tapi dalam menjejaki filem hollywood, filem tempatan juga tak kurang yang keluar.Antara filem tempatan yang aku dah layan adalah 8 jam, Jiwa taiko, Mael Lambong dan Baik giler..Filem-filem nie aku layan dengan harapan dapat berikan nafas baru tapi malangnya, taraf pengolahan filem negara kita masih lagi ditakuk yang sama. ya, aku tak harapkan filem negara kita dapat hasilkan sesuatu yang hebat seperti Batman mahupun dapat menghiburkan semua lapisan umur seperti Ice Age tapi asalkan dapat berikan kepuasan kepada si penonton. tapi apa yang boleh aku rumuskan, 4 filem yang aku saksikan terlalu stereotype. Apa yang boleh dikritik dari 4 filem nie? watak utama yang kering, pengolahan jalan cerita yang terlalu mendatar, motif utama atau mesej yang diberikan tidak kesampaian atau juga watak sampingan yang sekadar memenuhikan filem?
8 jam yang dapat dirumuskan tak sampai 8 minit

mael lambong sekadar terlambong dek penangan raja lawak

jiwa taiko yang sekadar berjiwang

baik giler orang yang sanggup tengok filem baik giler

ringkas tapi begitu la rumusan yang dapat aku berikan kepada 4 filem diatas. perlu aku hurai satu persatu?aku hanya mampu katakan yang filem-filem diatas dapat dilihat tak sampai 15 minit bagi setiap filem.kenapa? tiada mesej yang konkrit dapat disimpan oleh penonton. watak utama yang sebelum nie gah tapi seakan sekadar mengejar wang.pengarah yang sekadar membaca bukan menghayati dan menterjemahkan skrip.penerbit yang sekadar mahu publisiti.Yang lebih menyedihkan, filem-filem diatas adalah semuanya filem melayu dan selamanya kaum lain akan memandang rendah kepada keupayaan dan kebolehan kaum melayu di negara ini. lihat saja kutipan tiket dari keempat-empat filem ini. Ya, pasti ramai yang akan kata, kalau dah tak suka filem melayu, jangan tengok.tapi aku degil. aku akan sentiasa cuba tengok walaupun banyak kritikan kerana aku masih berharap akan muncul satu fenomena dimana filem melayu akan memberikan impak yang besar kepada aku dan mampu tersemat dalam fikiran.
sebagai pengakhirannya lebih baik tonton baitul rahmat yang menyelitkan mesej yang lebih kuat dan lebih bermakna dalam masyarakat kita berkenaan kasih sayang kepada warga emas.

Thursday, July 26, 2012

Sebahagian daripada besar

Alhamdulillah.Esok dah seminggu umat Islam berjaya tunaikan ibadat puasa. Dan hari nie pastinya kakitangan awam bergembira bila PM kita sedia berikan bonus setengah bulan gaji.Sebelum nie, sebelum aku kerja, aku tak pandang sangat benda-benda nie.aku naif tapi sekarang bila dah mula belajar berdiri dengan kaki sendiri.lebih luas pemikiran aku.Aku tak nafikan, bonus memang bagus.perlu hargai kakitangan awam.Kerajaan berupaya sebenarnya nak bagi bonus.Tapi dengan syarat pengurusan dengan betul. Yang jadi masalah sebelum nie,sekarang nie dan akan datang adalah pengurusan yang tak betul.Tengok keadaan ekonomi sekarang. Kuih pun dah 50 sen satu kat bazaar ramadhan. Takkan nak kena pergi beli kuih dekat bazaar ramadhan 1Malaysia kan. Orang atas-atas tak nampak benda2 macam nie.Diorang takpe, gaji dah besar, dah cukup lebih dah..Tapi tinggalkan dulu bab nie, sebab ekonomi nie takleh nak pisahkan dengan politik.

Masuk sedikit bab bola. Ghaddar akan dihadapkan ke FAM.Yang pelik FAM sendiri yang tuduh Ghaddar bertindak jahat.Aku bukan nak cakap berdasarkan orang Kelantan yang sememangnya tak puas hati kepada FAM tapi berfikir dari segi logik. Ok, kalau FAM cakap mahu adil, review semua video musim nie, hukum semua pemain yang lakukan kekasaran. kenapa hanya hukum bila ada orang atau media yang ungkit. Lagi satu, tak pelik ke, FAM yang tuduh, FAM yang akan jatuh hukuman jugak nanti. Ya, jawatan kuasa berbeza dalam FAM untuk nilai dan jatuhkan hukuman tapi ingat orang nie otak udang ke, sudah tentu Ajk FAM takkan malukan kawan FAM sendiri kan. Memang ajaib la ajk hukuman akan cakap ghaddar tak bersalah nanti, pasti malu FAM nanti. Jadi baik redha sekarang, Ghaddar akan kena hukuman. Yang dua pemain selangor tue aku tak nak ulas.sepatutnya jawatan kuasa hukuman adalah badan bebas. dan sepatutnya FAM bebas baru orang percaya.Tak mengapa, Kelantan tak akan goyah dengan ketiadaan Ghaddar. Dah buktikan sebelum nie, TSAM digantung pun masih mampu menang 2 piala.

Sesungguhnya bulan puasa tahun nie paling mencabar.Satu sebab kena puasa di KL, dengan aku sorang orang melayu dalam company, dan tiap2 hari kena redah jem semata-mata nak cari juadah berbuka tambah dengan tekanan tempat kerja.tapi itu lah, kena sentiasa fikir positif dan mengharapkan yang terbaik.ini jalan yang aku cari sendiri jadi kena sendiri tanggung.tiada siapa mampu tolong melainkan diri sendiri.tapi mak aku sentiasa pesan, jangan selalu tengok orang kat atas, sentiasa tengok orang kat bawah.baru kita dapat nikmati kehidupan nie dan syukur dgn kurniaan tuhan.semua ada maksud tersirat tersendiri.

Selamat berpuasa kepada semua

p/s ..borang cuti dah hantar..dalam otak dah plan untuk raya walaupun puasa tak sampai separuh bulan lagi.

Monday, July 23, 2012

The Dark Knight Rises

Akhirnya filem yang ditunggu2 tahun nie berjaya ditonton sabtu lepas.Dengan segala hype yang dilontarkan bermula akhir tahun lepas dengan trailer yang gempak, spoilers yang tak nak kalah, secara kasar aku boleh jawab yang disini Batman kali nie bak seperti kata Nolan sebagai pengarahnya 'the ending for an epic trilogy'. tapi sama seperti trilogy Lord of the ring yang sampai sekarang aku katakan the return of the king terlalu padat sehinggakan hilang keistimewaan nya dan bagi aku the two towers lagi hebat dari yang ketiga, sama juga perihalnya dengan Batman nie. Duel antara Batman dan Joker memang tidak terlawan.
ya, memang kurang adil mahu membandingkan persembahan Joker dan Bane.tapi apa yang menarik tentang filem kedua Batman berbanding yang ketiga ini adalah bagaimana watak-watak lain itu membantu kepada persona yang ada pada Batman.Two Face dan Gordon dalam the Dark Knight sangat memberi impak kepada Batman. Aku akui dalam The Dark Knight Rises, Gordon, Blake dan Thalia Ra'As Ghul, memang hebat tapi tidak sehebat yang dahulu.Dari segi jalan cerita , memang Nolan suka memberi satu twist bagi penonton tertanya-tanya dan mahukan lagi. Tapi itu lah keistimewaan Nolan, ending yang sentiasa membuat penonton dalam kesamaran. Ingat Inception?
Dari segi aksi aku rasa tidak banyak beza.mungkin aksi Bane lawan Batman lebih mirip kepada pertarungan dua ahli gusti meskipun Batman terkenal dengan memiliki pelbagai gadjet.Ya, Nolan sedaya upaya mahu menghidupkan Bane dari komik sebagai 'the man who broke the bat' tapi dalam realitinya, Bane tidak mampu dihidupkan sedemikian rupa sehinggakan menenggalamkan elemen lain.Jika dulu Joker mengetengahkan elemen anarki, Bane pula mahu merevolusikan Gotham disebalik agenda yang lebih besar. Dalam mengetengahkan watak Bane, kelemahan yang ketara adalah visualisasi Bane dari komik dalam realiti dengan suara mirip Darth Vader dan dengan penumpuan Bane sebagai main villain cerita ini, kadang-kadang Nolan terpaksa mengehadkan kelebihan Cat Woman dan Thalia. Cat woman memang dipuji ramai tapi bagi aku wataknya mampu dikembangkan lagi bukan sekadar seperti seorang sidekick yang di akhirnya terkulai layu di tangan Bruce Wayne. Sama juga dengan Thalia yang dikatakan pewaris League of Shadows. Thalia sepatutnya lebih agresif, sensual dan manipulatif.
Meskipun sedemikian Nolan berjaya mengolah Batman sebagai hasil karya yang selamanya berpaksi kepada kegelapan. Tidak seperti Marvel Avengers yang lebih bersifat universal dan sangat sesuai kepada seisi keluarga dengan elemen humor, Batman lebih kepada membuat para penonton menilai apa yang tersurat dan tersirat. Realiti seorang lagenda, permasalahan yang dia hadapi serta ketakutan yang selama ini dia tempuhi selamanya dicungkil oleh Nolan dalam Batman. Tapi secara keseluruhannya, Batman kali ini  mencapai tahap yang diharapkan.Mungkin ini penutup Nolan bagi satu trilogi yang hebat yang diharapkan sebagai penghidup bagi DC Comic.Mungkin juga ini perlu dianggap sebagai platform untuk DC Comic menghidupkan kembali superhero mereka menyaingi kehebatan superhero dari Marvel Comic.
Akhir kata, The Dark Knight Rises berbaloi untuk ditonton. Tetapi apabila sudah habis,kita akan tertanya, apa selepas ini? apa lagi yang ada untuk masa depan?

Saturday, July 21, 2012

Hari Merah

Hari pertama puasa.Mula-mula syukur diberikan nyawa lagi tahun ini untuk terus lagi dapat berpuasa.Diharapkan tahun ini lebih berkat daripada tahun-tahun yang sebelum nya. Tahun nie sekali lagi akan berpuasa di lembah klang.dan tahun nie juga lebih mencabar daripada tahun-tahun sebelumnya tapi apa-apa pun mampu untuk menghadapi semuanya.
Sedar tak sedar dah nak sebulan masuk alam pekerjaan.Alam realiti.sebelum nie terlalu lama dah aku ada dalam alam belajar.bila masuk alam pekerjaan nie memang betul-betul menguji ketahanan diri.Realiti nya semuanya tak indah macam yang kita harapkan dan impikan.Tapi itu lah yang akan mematangkan kita nanti.Jalan masih jauh lagi.Aku sedar tentang itu.Aku akan teruskan dan berharap masa depan sentiasa ada benda yang lagi baik daripada hari ini.
Bercakap juga mengenai dah bekerja, sudah sebulan meninggalkan alam belajar.bila tengok balik memang sekejap je rasa masa berlalu.pelbagai rasa dah telan tapi memang sekarang mengakui, alam belajar alam paling best sekali.Sekarang hanya tunggu mungkin sebulan lagi untuk terima surat dapat konvo.Result semester akhir tak keluar lagi dan tak hirau kan sangat.cukup sekadar tak jatuh banyak je.
Apa-apa pun selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua.

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan, Bulan Mulia


Malam nie umat Islam satu Malaysia akan mengetahui samada akan berpuasa esok hari ataupun sabtu. pagi tadi sampai hujan di kawasan putrajaya dan puchong (dengar-dengar tempat lain juga hujan), hujan rahmat yang turun bagi umat islam melangkah ke bulan ramadhan sekali. Bulan yang sangat ditunggu-tunggu. Bulan untuk menambah keberkatan, bulan yang membawa kegembiraan.
Alhamdulliah, sekali lagi berjaya melangkah ke bulan ramadhan. Kali ini jika dipanjangkan umur, akan melalui bulan ramadhan di kota raya dengan alam perkerjaan yang serba mencabar.Berpuasa dan berkerja dengan orang bukan islam.Tapi harapnya, dan pasti kaum lain dapat menghormati kemuliaan bulan puasa ini.
Bersama-sama melengkapi diri dengan kemuliaan bulan puasa ini.

Monday, July 16, 2012

Sunday, July 15, 2012

Doa

Doa..penghubung antara hamba dengan sang pencipta.Doa senjata paling kuat bagi umat islam. Doa bagi ketenangan. Doa bagi harapan. Doa bagi kelegaan. Doa adalah segala-galanya.
Dan setiap hari, umat islam wajib berdoa. Samada termakbul atau tidak doa itu adalah hak bagi Sang Pencipta yang maha mengetahui segalanya. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha dan berserah pada qada dan qadar.
Doa adalah segala-galanya..dan aku berdoa setiap hari untuk menjadi yang lebih terbaik dan semoga aku mendapat yang terbaik.Aku tak nampak apa yang ada dihadapan. Aku tak mahu melihat pada yang dibelakang. Aku hanya berdoa pada masa sekarang.Semoga apa yang akan diturunkan, adalah terbaik untuk aku, untuk semua orang dan mendapat keberkatan daripadanya.

Saturday, July 14, 2012

Penutup Liga Super

Malam ini perlawanan terakhir bagi saingan Liga Super 2012..Kelantan akan melayan kunjungan Sarawak bagi aksi penutup di Stadium keramat , di Kota Bharu. Kelantan mahu mencatat kemenangan di halaman sendiri bagi mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri. Kemudian, setelah beberapa siri yang seperti biasa dilihat kurang cerdik oleh FAM, Kelantan berpeluang menjulang trofi liga super di halaman sendiri, di depan penyokong sendiri seperti yang dilakukan oleh liga-liga di negara lain. Dengan tertutupnya aksi liga super malam ini, Kelantan membuktikan mereka layak dianggap sebagai satu pasukan yang memang terkuat di arena tempatan. Sasaran lain bagi tahun ini adalah AFC dan Piala Malaysia.
Bercakap seketika mengenai rangkuman liga super tahun ini bagi Kelantan, berbagai kejadian luar padang yang kontroversi melanda Kelantan.bermula dari episod percakaran Peter Butler dan pengurusan Kafa pada awal tahun, pergolakan mengenai import Kelantan, kemudian penggantungan Tan Sri Annuar Musa , kepadatan jadual perlawanan . Tetapi Kelantan membuktikan mereka kuat dan mampu menangani semuanya. Kelantan mengharungi semuanya.Dengan sokongan padu para penyokong, Bojan Hodak berjaya mencatur taktikal yang seringkali membuahkan hasil.ya, Kelantan kadang-kadang tidak bermain seperti yang sepatutnya.Ya, kadang-kadang Kelantan dilihat seperti tidak bermaya, tapi di akhir perlawanan, 3 mata berjaya dikutip.Bojan dilihat sebagai seorang yang pragmatik..Dalam bola sepak semua orang melihat sekarang satu permainan cantik, mahu seperti barcelona.tapi dalam realiti bola sepak, penghujungnya kemenangan lebih penting.Bojan bijak mencampur barisan pemain simpanan bagi menghadapi jadual yang padat. Bojan juga pandai mengetengahkan bakat barisan pemain pertahanan dan tengah bagi menjaringkan gol tidak semata-mata mengharapkan barisan serangan. Penyerang Kelantan tidak mengungguli senarai penjaring terbanyak Liga Super tapi Kelantan menjaringkan paling banyak gol dan paling sedikit bolos dalam liga tahun ini. Lihat saja barisan pertahanan Kelantan yang menjaringkan gol, Daudsu, Obinna, Subra, Rizal Fahmi, Roypy.Semuanya mampu menjaringkan gol ketika barisan serangan dilihat ketandusan idea didepan gawang lawan. Ini adalah sebenarnya senjata bagi pasukan Kelantan.Bola sepak satu permainan berpasukan.Semua orang perlu berkerjasama bagi mengutip 3 mata berharga. Kelantan acapkali menang sekadar 1-0, tapi kadang-kadang ada juga perlawanan yang cukup hebat (lawan Singapura, lawan Perak, lawan Terengganu, lawan Selangor).Pragmatik..Aku berani katakan Bojan patut dilihat seperti Mourinho.Yang pragmatik,yang hanya pentingkan kemenangan dan terus disiplin dalam taktikal..Pertahanan Kelantan antara yang terkuat meskipun terpaksa tukar pemain silih ganti. Obinna, Subra, Rizal, farisham, Nik Shahrul Azim, Daudsu, Roypy, Aziz, Zamri.Semua pemain dapat main untuk pasukan Kelantan. Taktikal sebegini yang membuat skuad Kijang mantap.
Malam ini sama-sama saksikan aksi penutup liga super.Sama-sama meraikan kejayaan Kelantan menjulang Liga Super.
Gomo Kelate Gomo

Wednesday, July 11, 2012

Happy Birthday My Dear

Happy 24th Birthday

Although I can't wish you a happy birthday in person; I will spend the whole day with happy thoughts of you.
I am wishing you all the best in the year to come.
May your days be filled with sunshine and beautiful colors.
And may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come.
I am counting the days, hours, minutes, seconds for us to be together
stepping, walking, running, climbing
the stairs of life in pursuit of success
with you by my side, forever, until the end of Time
I am thanking God today for giving you all these years
for me to see your smile, laughter
for brightening my darkest hour
for pick me in my heaviest fall
Today another year pass by
with sweet 24
you'll be the best there is
Happy Birthday To You
May God Bless You Always
May God Bless Us All the time

Monday, July 9, 2012

Tanda dalam kalendar, simpan duit

Dark Knight Rises..Avengers? Spiderman? ini akan jadi filem superhero sebenar

Colin Ferrel, action, future..More?

No Matt Damon? harap no problemo lah

nie line up utk Ogos dr GSC..simpan duit utk raya sekali terr

Sunday, July 8, 2012

Sudah Sah..Kelantan Juara Liga Super 2012

Alhamdulillah.Malam ini Kelantan sekali lagi membuktikan bahawa pasukan ini antara pasukan terhebat tanah air.Malam ini berjaya menidakkan Singapura daripada menambahkan lagi malu dalam liga Malaysia.
Malam ini Kelantan menghadiahkan satu kemenangan yang cukup gemilang, cukup diingati kepada ribuan para penyokong, peminat setia Red Warriors.
Malam ini Kelantan sebaris dengan Kedah , Selangor yang mampu jadi juara liga super untuk kali kedua berturut-turut.Malam ini Red Warrior berpendapat, Why Always us..Setelah Piala FA, menang dengan Trofi Liga Super pula, peminat, penyokong Red Warrior di segenap pelosok akan meraikan kemenangan ini. 2 dah tumbang, sekarang tumpuan teralih kepada AFC dan sudah pastinya Piala Malaysia. Tahun ini Kelantan mahu lengkapkan treble. Tahun lepas Piala Malaysia terlepas. Tahun ini membuak-buak mahu kembali ke Bukit Jalil untuk julang Piala Malaysia.
Perlawanan malam ini cukup bermakna. Jaringan besar, taktik hebat, pemain penuh professional.Meskipun ada sedikit insiden kad merah kepada pemain Perak tapi selebihnya pemain Kelantan, terutamanya di hadapan membuktikan mereka antara jentera serangan yang hebat di Malaysia. Mengapa rajagopal tak nampak ini, aku sendiri bingung..Adakah mahu pemain Kelantan jaringkan 100 gol dalam satu musim untuk dapatkan tempat dalam skuad Malaysia?Biarkan raja dengan ranking nya..
Malam ini Kelantan berhak bersorak, bergembira..Tahun ini pelbagai insiden luar padang yang berlaku. tapi prestasi skuad masih lagi konsisten, masih lagi tajam di hadapan gol, masih lagi kental di gawang gol. Kelantan skuad paling sedikit bolos. paling banyak jaringkan gol. hanya kalah 1 perlawanan. Rekod Bojan Hodak sejak ambil alih daripada Peter Butler memang cukup menakjubkan. Tak pernah kalah. Dengan menghormati Felda United dan Sarawak, Kelantan mampu mengutip mata kemenangan untuk baki 2 perlawanan lagi selepas ini tapi 2 perlawanan itu tanpa tekanan.Tahniah kepada semua. Tahniah juga buat pengurusan Kelantan yang sentiasa konsisten, professional meskipun Presiden TSAM digantung FAM tapi Kelantan buktikan, mereka antara pasukan yang patut ditakuti oleh pasukan-pasukan lain.
Malam ini Kijang melompat riang..Gomo Kelate Gomo selamanya...


Saturday, July 7, 2012

Kelantan vs Perak, 7 Julai 2012


Malam ini penentuan..Setelah separuh tahun bertarung..Banyak yang diperkatakan.Banyak yang dipersoalkan.Semua mata akan tertumpu pada malam ini. Singapura akan kehilangan taring.Kelantan membawa panji seluruh peminat, penyokong Kelantan..Membawa balik maruah bola sepak Malaysia.Mahu membuktikan bola sepak Malaysia hebat..90 minit untuk menentukan..Beberapa pemain utama sudah kembali pulih.Beberapa pemain utama mampu bermain kembali.
Perak jadi halangan..Tapi dengan keyakinan dan harapan tinggi, pemain Kelantan mampu melakukannya.Seperti yang telah ditunjukkan sebelum ini. Bojan Hodak mahu terus kekal momentum kemenangan. Malam ini Stadium Sultan Muhammad ke 4 akan bergema..Semua pengorbanan dan usaha sebelum ini akan menuai hasil.Harapnya satu perlawanan yang menakjubkan ditunjukkan malam ini.11 pemain Kelantan akan terus tunjuk aksi professional.Kelantan sedar Perak bukan satu lawan yang harus dipandang ringan.Tapi Kelantan ada ramuan untuk menewaskan mereka.Mampu mengalahkan mereka.
Malam ini sama-sama saksikan..Kelantan berjaya atau tidak mengekalkan trofi yang dimenangi tahun lepas.Mengutip trofi kedua bagi tahun ini.

Gomo Kelate Gomo

p/s..ramalan...Kelantan menang 2 gol

Thursday, July 5, 2012

The Amazing Spiderman


Filem yang dinanti untuk pertengahan tahun 2012 nie sudah pun keluar...Daripada cakap-cakap orang yang berjaya antara terawal menonton filem nie, ramai yang memuji versi baru filem spiderman. Ramai pada awal skeptik mengenai filem yang 'reboot' spiderman nie.Sebabnya sebelum nie dah keluar 3 filem spiderman tapi aku sendiri pun tak paham kenapa mahu di'reboot' balik spiderman..tapi aku tak boleh nak bagi pendapat lagi mengenai spiderman yang baru nie kerana belum berkesempatan menontonnya.Mungkin filem kali nie lagi hebat dari yang sebelum nie, siapa tahu kan. Dengan musuh spidey kali nie adalah lizard..Di kala marvel telah mengeluarkan filem crossover dalam avengers, iron man dan thor, aku rasa sudah sampai masanya jugak untuk spiderman cross over dengan superheroes marvel yang lain..lagi menarik kalau wolverine atau x men turut sama..Siapa yang tak mahu tengok kalau spiderman berlawan dengan Hulk atau pun Spiderman dapat suit baru atau gadget baru dari Tony Stark ke..Apa-apapun, aku akan cari masa untuk menonton filem spiderman yang baru nie..tapi 2 minggu nie memang pasti semua panggung di KL dan Selangor nie akan sold out untuk tiket spiderman..2 minggu lagi filem terbaru Batman pula yang akan keluar..Yang itu memang wajib kena tengok..Dark Knight Rise..

Tuesday, July 3, 2012

Mula kerja

Semalam hr pertama start keje.boleh la.nak expect tinggi pun dh kerja nie je yg ada.tahan sudah..tp yang penting,kerja nie aku tak perlu risau sgt psl tol,parking kete.jem pun kejap je..pakaian casual je jadi tak perlu pkr byk nak beli baju,seluar baru,pakai yang mane ade je..jom breakfast luh


Monday, July 2, 2012

"Saya tak nampak insiden tersebut" Irfan Bakti..

Tak napok lagi?


Negeri Sembilan lawan Kelantan, 3 Julai 2012

Malam esok Kelantan bertandang ke Paroi.
Senarai kecederaan para pemain semakin bertambah.
Negeri Sembilan bukan lawan mudah..
Kelantan mahu cari 3 mata
Kelantan mahu balas dendam Piala Sumbangsih
malam esok harap tak berlaku aksi Sabtu lepas
tapi ghaddar mungkin sudah fobia
Effa Owona tak bermain
Tapi Obinna juga tak bermain
mungkin malam esok perlawanan akan menarik
sama-sama saksikan
Gomo Kelate Gomo

p/s..sudah bermula perjalanan baru hari ini.perlu masa sesuaikan diri

Jom Share