Saturday, July 14, 2012

Penutup Liga Super

Malam ini perlawanan terakhir bagi saingan Liga Super 2012..Kelantan akan melayan kunjungan Sarawak bagi aksi penutup di Stadium keramat , di Kota Bharu. Kelantan mahu mencatat kemenangan di halaman sendiri bagi mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri. Kemudian, setelah beberapa siri yang seperti biasa dilihat kurang cerdik oleh FAM, Kelantan berpeluang menjulang trofi liga super di halaman sendiri, di depan penyokong sendiri seperti yang dilakukan oleh liga-liga di negara lain. Dengan tertutupnya aksi liga super malam ini, Kelantan membuktikan mereka layak dianggap sebagai satu pasukan yang memang terkuat di arena tempatan. Sasaran lain bagi tahun ini adalah AFC dan Piala Malaysia.
Bercakap seketika mengenai rangkuman liga super tahun ini bagi Kelantan, berbagai kejadian luar padang yang kontroversi melanda Kelantan.bermula dari episod percakaran Peter Butler dan pengurusan Kafa pada awal tahun, pergolakan mengenai import Kelantan, kemudian penggantungan Tan Sri Annuar Musa , kepadatan jadual perlawanan . Tetapi Kelantan membuktikan mereka kuat dan mampu menangani semuanya. Kelantan mengharungi semuanya.Dengan sokongan padu para penyokong, Bojan Hodak berjaya mencatur taktikal yang seringkali membuahkan hasil.ya, Kelantan kadang-kadang tidak bermain seperti yang sepatutnya.Ya, kadang-kadang Kelantan dilihat seperti tidak bermaya, tapi di akhir perlawanan, 3 mata berjaya dikutip.Bojan dilihat sebagai seorang yang pragmatik..Dalam bola sepak semua orang melihat sekarang satu permainan cantik, mahu seperti barcelona.tapi dalam realiti bola sepak, penghujungnya kemenangan lebih penting.Bojan bijak mencampur barisan pemain simpanan bagi menghadapi jadual yang padat. Bojan juga pandai mengetengahkan bakat barisan pemain pertahanan dan tengah bagi menjaringkan gol tidak semata-mata mengharapkan barisan serangan. Penyerang Kelantan tidak mengungguli senarai penjaring terbanyak Liga Super tapi Kelantan menjaringkan paling banyak gol dan paling sedikit bolos dalam liga tahun ini. Lihat saja barisan pertahanan Kelantan yang menjaringkan gol, Daudsu, Obinna, Subra, Rizal Fahmi, Roypy.Semuanya mampu menjaringkan gol ketika barisan serangan dilihat ketandusan idea didepan gawang lawan. Ini adalah sebenarnya senjata bagi pasukan Kelantan.Bola sepak satu permainan berpasukan.Semua orang perlu berkerjasama bagi mengutip 3 mata berharga. Kelantan acapkali menang sekadar 1-0, tapi kadang-kadang ada juga perlawanan yang cukup hebat (lawan Singapura, lawan Perak, lawan Terengganu, lawan Selangor).Pragmatik..Aku berani katakan Bojan patut dilihat seperti Mourinho.Yang pragmatik,yang hanya pentingkan kemenangan dan terus disiplin dalam taktikal..Pertahanan Kelantan antara yang terkuat meskipun terpaksa tukar pemain silih ganti. Obinna, Subra, Rizal, farisham, Nik Shahrul Azim, Daudsu, Roypy, Aziz, Zamri.Semua pemain dapat main untuk pasukan Kelantan. Taktikal sebegini yang membuat skuad Kijang mantap.
Malam ini sama-sama saksikan aksi penutup liga super.Sama-sama meraikan kejayaan Kelantan menjulang Liga Super.
Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share